PENGANTARABANGSAAN
9
Wadah
APRIL 2025
ACO Teruskan Usaha Pengiktirafan ASEAN menerusi Jalinan Diplomatik
Setiausaha Agung ASEAN Co-operative Organization (ACO) merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail menyampaikan cenderamata kepada Duta Besar Myanmar ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Aung Soe Win di Kedutaan Besar Republik Kesatuan Myanmar, Kuala Lumpur pada 9 April 2025. Hadir sama ialah Bendahari ACO merangkap Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (dua dari kanan) dan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad (kanan sekali).
Sesi perbincangan antara barisan kepimpinan ACO dan ANGKASA dengan Duta Besar Timor-Leste, TYT Lisualdo Menezes Coimbra Gaspari (empat dari kanan) di Kedutaan Republik Demokratik Timor-Leste, Kuala Lumpur pada 14 April 2025.
Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN DAN NADIAH KAMARUDIN
Konsul Jeneral, Mr. Roussel R. Reyes. Beliau turut mengetuai kunjungan ke atas Duta Besar Timor-Leste, TYT Lisualdo Menezes Coimbra Gaspari pada 14 April 2025. Setiap pertemuan dimanfaatkan bagi membincangkan pelbagai perkara antaranya cadangan penubuhan satu platform rasmi koperasi ASEAN. Platform itu bertujuan membolehkan gerakan koperasi menyuarakan pandangan dan cadangan berkaitan dasar secara lebih tersusun, seperti mana yang dinikmati oleh perusahaan kecil dan sederhana melalui ASEAN Coordinating Committee on Micro, Small and Medium Enterprises (ACCSME). Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata pengiktirafan ACO sebagai Entiti Bersekutu ASEAN akan membuka akses koperasi kepada pelbagai inisiatif ekonomi dan perbincangan dasar di peringkat tertinggi, sekali gus memastikan koperasi diberi peluang dan sokongan yang sama seperti PKS dalam Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC). Selain itu, ACO turut memohon kerjasama pihak kedutaan untuk menyampaikan usaha advokasi ini kepada Kementerian Luar Negeri negara masing-masing. Permohonan
Usaha menjadikan ASEAN Co-operative Organization (ACO) sebagai Entiti Bersekutu ASEAN terus diperkukuh menerusi siri kunjungan diplomatik kepimpinan ACO dan ANGKASA ke Kedutaan Besar Filipina, Myanmar dan Timor-Leste di Kuala Lumpur. Kunjungan tersebut bertujuan meraih sokongan terhadap pengiktirafan rasmi ACO serta memperluas peranan koperasi dalam pembangunan ekonomi serantau. Kunjungan pertama yang diketuai oleh Setiausaha Agung ACO merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail adalah ke atas Duta Besar Myanmar ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Aung Soe Win di Kedutaan Besar Republik Kesatuan Myanmar, Kuala Lumpur pada 9 April 2025. Kunjungan seterusnya diketuai Presiden ACO merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ke Kedutaan Besar Republik Filipina pada 11 April 2025 bagi bertemu Duta Besar Republik Filipina ke Malaysia yang diwakili oleh Menteri dan
Presiden ACO merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bersalaman dengan Menteri dan Konsul Jeneral Kedutaan Republik Filipina di Malaysia, Mr. Roussel R. Reyes.
turut merangkumi kementerian berkaitan yang menyelia hal ehwal koperasi di negara-negara tersebut bagi mendapatkan sokongan yang lebih menyeluruh terhadap pengiktirafan rasmi ACO. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut mengambil peluang kunjungan tersebut menyerahkan jemputan rasmi kepada semua pihak kedutaan untuk menghadiri ASEAN Co-operative Dialogue (ACD 2025) yang dijadual berlangsung dari 11 hingga 15 Mei 2025.
Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ ANGKASA – Azerbaijan Teroka Kerjasama Melalui Program Advokasi OIC-CU
ANGKASA yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bersama barisan kepimpinan turut mengadakan Kunjungan Hormat ke Kedutaan Besar Republik Azerbaijan di Kuala Lumpur bagi menemui Duta Besar Azerbaijan ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Irfan Davudor pada 21 April 2025. Beliau menyatakan, ANGKASA menaruh keyakinan tinggi terhadap usaha meneroka kerjasama melalui Program Advokasi OIC-Cooperative Union (OIC-CU) bersama Republik Azerbaijan dan berharap republik itu dapat memainkan peranan dalam menyokong usaha dan program advokasi melalui inisiatif platform OIC-CU menerusi bentuk perkongsian teknikal, latihan dan lawatan rasmi selain keterlibatan dengan institusi perbankan Islam di Azerbaijan. Menurut TYT Irfan Davudor, Azerbaijan berusaha memainkan peranan lebih aktif di arena global dalam negara organisasi antarabangsa selain menyumbang kepada pembangunan lebih selamat dan komprehensif untuk kemanusiaan. Hadir sama dalam kunjungan tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato' Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Pengurus Besar Kanan Kumpulan Hubungan Strategik ANGKASA, Dr. Hajah Salmah Ishak serta Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Dr. Noraini Mohamad.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (empat dari kiri) bersama barisan kepimpinan ANGKASA bergambar bersama Duta Besar Azerbaijan ke Malaysia, TYT Irfan Davudov di Kedutaan Besar Republik Azerbaijan di Kuala Lumpur pada 21 April 2025.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease