Wadah
MAC 2025 JILID: WP07/3
ANGKASACoop
www.angkasa.coop KDN PP19744/02/2023 (035373)
ANGKASA Wakili Malaysia pada Pelancaran IYC2025 Peringkat Rantau Asia Pasifik dan Jepun
Oleh: NOR LELA ABDUL GHANI
ANGKASA mewakili Malaysia pada Majlis Pelancaran Sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa (IYC) 2025 peringkat rantau Asia Pasifik dan Jepun yang telah berlangsung dengan penuh bersejarah di United Nations University , Tokyo, Jepun pada 19 Februari 2025. Majlis yang dianjurkan oleh Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP) dengan kerjasama IYC2025 Japan Committee dan International Labour Organization (ILO) for Japan telah berjaya menghimpunkan seramai 250 orang pemimpin koperasi rantau Asia Pasifik, wakil kerajaan dan pertubuhan antarabangsa secara fizikal serta 450 orang secara dalam talian.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah merangkap Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa - Asia dan Pasifik (ICA-AP) diberi pengiktirafan menyampaikan pembentangan mewakili Malaysia pada Majlis Pelancaran Sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa (IYC) 2025 peringkat rantau Asia Pasifik dan Jepun di United Nations University , Tokyo (Jepun) pada 19 Februari 2025.
BERSAMBUNG DI MUKA 2
ANGKASA Adakan Kunjungan Hormat ke atas Duta Besar Malaysia ke Jepun.
ANGKASA Hargai Jasa dan Komitmen Petugas Media.
Tabung Umrah ANGKASA Bantu Laksana Ibadah Umrah.
3 muka
5
6
muka
muka
Sila Klik Kod QR untuk maklumat lanjut
2 PENGANTARABANGSAAN KOPERASI
Wadah
MAC 2025
Delegasi ANGKASA yang diketuai Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (tiga dari kiri) pada Majlis Pelancaran Sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa (IYC) 2025 peringkat rantau Asia Pasifik dan Jepun. Hadir sama ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato' Haji Kamarudin Ismail (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh (kiri sekali).
DARI MUKA 1
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah merangkap Naib Presiden ICA-AP telah diberi pengiktirafan menyampaikan pembentangan mewakili Malaysia mengenai perancangan dan aktiviti gerakan koperasi negara dalam menyemarakkan sambutan IYC2025. Beliau dalam pembentangannya menekankan komitmen Malaysia terhadap IYC2025 dengan menggariskan pelbagai inisiatif nasional yang telah dirangka antaranya termasuk penubuhan Jawatankuasa Pemandu IYC2025 yang dipengerusikan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia serta Institut Koperasi Malaysia. Beliau juga turut membentangkan inisiatif ANGKASA yang akan memanfaatkan Kepengerusian ASEAN 2025 dengan menjadikan koperasi sebagai salah satu agenda utama dalam sidang kemuncak ASEAN. Sokongan kerajaan Malaysia terhadap ANGKASA selaku badan apeks gerakan koperasi dengan memperuntukkan RM1 juta bagi menyokong program koperasi ASEAN akan digerakkan menerusi penganjuran ASEAN Cooperative Dialogue (ACD) pada bulan Mei 2025. Program itu dijangka menjadi
platform utama dalam memupuk kerjasama antara koperasi yang bakal menghimpunkan kira-kira 200 peserta yang terdiri daripada wakil kementerian, agensi, koperasi dan badan koperasi apeks dari negara anggota ASEAN. Di samping itu, beliau turut memberi penekanan terhadap kepentingan membina rangkaian kerjasama koperasi serantau, khususnya dalam menghadapi cabaran ekonomi yang semakin dinamik. Dalam konteks tersebut, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menggesa gerakan koperasi untuk memperkukuh perdagangan antara koperasi dengan koperasi (C-2-C) menerusi inisiatif yang menyediakan ekosistem kondusif bagi aktiviti perdagangan dan pelaburan koperasi. Justeru, Malaysia menerusi ANGKASA mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dan perkongsian dengan koperasi rantau Asia Pasifik bagi memastikan IYC2025 benar-benar memberi impak yang signifikan kepada pertumbuhan dan kemajuan koperasi global seiring dengan tema yang diangkat iaitu ‘Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat’. Majlis Pelancaran Sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa (IYC) 2025 peringkat rantau Asia Pasifik dan Jepun telah disempurnakan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bergambar bersama Presiden ICA-AP, Dr. Chandra Pal Singh Yadav (dua dari kanan) selepas Majlis Pelancaran Sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa (IYC) 2025 peringkat rantau Asia Pasifik dan Jepun.
Bangsa Bersatu, António Guterres yang menyampaikan ucapan menerusi mesej video diikuti oleh wakil kerajaan Jepun iaitu Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet, Mr. Keiichiro Tachibana. Ahli Parlimen dan Pengerusi Kaukus Ahli Parlimen bagi Promosi Koperasi di Dewan Perwakilan Jepun, Mr. Hiroshi Moriyama juga mengambil peluang dalam majlis tersebut untuk berkongsi pandangannya mengenai kepentingan koperasi dalam pembangunan ekonomi. Presiden ICA, Dr. Ariel Guarco turut menyampaikan mesej penghargaan yang menekankan peranan koperasi sebagai instrumen penting dalam menangani cabaran ekonomi dan sosial dunia. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah mengetuai delegasi Malaysia dalam lawatan kerja rasmi ke Jepun bermula pada 18 hingga 22 Februari 2025. Turut sama ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh.
Sidang Pengarang
Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Timbalan Presiden • Dr. Mohd Azlan Yahya Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa • Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi Pengarang
Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Seksyen Penerbitan Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (253940-X)
• Nor Azah Abd. Aziz • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor
Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur.
3 PENGANTARABANGSAAN KOPERASI
Wadah
MAC 2025
ANGKASA Adakan Kunjungan Hormat ke atas Duta Besar Malaysia ke Jepun
Duta Besar Malaysia ke Jepun, Tuan Yang Terutama (TYT) Dato' Shahril Effendi Abd Ghany (dua dari kiri) menerima kunjungan hormat delegasi Malaysia yang diketuai oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kanan) di Pejabat Kedutaan Malaysia di Tokyo, Jepun pada 19 Februari 2025.
Oleh: NOR LELA ABDUL GHANI
Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Duta Besar Malaysia ke Jepun, Tuan Yang Terutama (TYT) Dato' Shahril Effendi Abd Ghany di Pejabat Kedutaan Malaysia di Tokyo pada 19 Februari 2025. Kunjungan itu merupakan sebahagian daripada agenda rasmi sempena Mesyuarat Lembaga Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP) serta Pelancaran Sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa (IYC) 2025 peringkat rantau Asia Pasifik dan Jepun yang berlangsung dari 18 hingga 21 Februari 2025. Dalam pertemuan tersebut, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah telah berkongsi perkembangan dan pencapaian gerakan koperasi Malaysia selain membincangkan usaha memperkukuh hubungan koperasi antara Malaysia dengan Jepun termasuk dalam aspek kerjasama perdagangan, pembangunan koperasi komuniti dan peranan ANGKASA mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa. Duta Besar Malaysia ke Jepun, TYT Dato’ Shahril Effendi Abd Ghany menyatakan keyakinan beliau terhadap kredibiliti ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi negara dalam memacu pembangunan gerakan koperasi di peringkat nasional dan antarabangsa. Beliau turut menyokong penuh hasrat Datuk Seri Dr. Abdul
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenangan kepada TYT Dato' Shahril Effendi. Turut hadir ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato' Haji Kamarudin Ismail (kanan sekali) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh (kiri sekali).
Fattah selaku Naib Presiden ICA-AP untuk meluaskan penubuhan koperasi khususnya koperasi berbentuk komuniti seperti koperasi kariah masjid untuk dimanfaatkan oleh komuniti Muslim di Jepun. Katanya, inisiatif tersebut bukan sahaja dapat memperkasakan ekonomi komuniti Muslim di Jepun, malah membuka peluang kerjasama lebih luas antara koperasi Malaysia dengan Jepun khususnya dalam industri halal dan pembangunan sosial masyarakat setempat.
Beliau turut menyatakan komitmen Kedutaan Malaysia di Jepun dalam membantu meningkatkan jaringan dan hubungan antara kedua-dua negara demi meningkatkan kerjasama ekonomi dan pembangunan koperasi antara Malaysia denganJepun. Hadir sama dalam kunjungan tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.
Dari Meja Presiden
Pelaksanaan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) CoopCare di bulan Ramadan mampu membawa pelbagai kebaikan, bukan sahaja kepada golongan asnaf malah kepada anggota koperasi dan masyarakat secara keseluruhan. CoopCare boleh menjadi platform dalam usaha koperasi untuk mempereratkan hubungan dengan komuniti. Aktiviti seperti agihan makanan, sumbangan kepada golongan memerlukan dan iftar membuka ruang interaksi yang lebih mesra serta menunjukkan tahap cakna selaras dengan prinsip koperasi Ketujuh iaitu Berprihatin kepada Masyarakat. Selain itu, CoopCare juga dapat meningkatkan imej dan reputasi koperasi. Masyarakat akan lebih menghargai koperasi yang bukan sahaja fokus kepada aktiviti perniagaan, tetapi juga memainkan
peranan aktif dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik, terutamanya dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Dari sudut dalaman, program CoopCare juga menyuntik semangat kerja berpasukan dan nilai kemanusiaan dalam kalangan anggota koperasi yang terlibat.
ANGKASA menerusi program CoopCare Rezeki Ramadan ANGKASA 2025/1446H kini sedang bergiat aktif menjayakan mengadakan majlis penyerahan sumbangan barang keperluan harian menerusi Projek BA100 kepada golongan asnaf termasuk petugas barisan hadapan. Semoga lebih banyak koperasi dapat menganjurkan program seumpama ini demi manfaat bersama.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)
PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 4
Wadah
MAC 2025
Kerjasama Koperasi Serantau Diperkukuh dalam Menjayakan Sambutan IYC2025
Barisan Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP) serta perwakilan koperasi bergambar kenangan selepas Mesyuarat Lembaga Serantau ICA-AP yang berlangsung di Tokyo, Jepun pada 18 Februari 2025.
Oleh: NOR LELA ABDUL GHANI
akan diadakan pada bulan Mei 2025 di Malaysia. ACD 2025 dijangka menghimpunkan kira-kira 200 peserta yang terdiri daripada wakil kementerian, agensi, koperasi dan badan koperasi apeks dari negara anggota ASEAN. Terdahulu, Presiden ICA-AP, Dr. Chandra Pal Singh Yadav dalam ucaptamanya menekankan kepentingan memperkukuh kerjasama antara koperasi dengan pihak berkepentingan dalam membangunkan daya tahan ekonomi serta menangani cabaran sosioekonomi global. Presiden Japanese Consumers' Co-operative Union (JCCU), Mr. Toshio Tsuchiya selaku tuan rumah turut merakamkan penghargaan dan mengalu- alukan kehadiran anggota lembaga ICA- AP ke Jepun bagi menyertai pelancaran IYC2025 peringkat rantau Asia Pasifik dan Jepun pada 19 Februari 2025. Seramai 39 perwakilan hadir secara fizikal dan dalam talian menerusi mesyuarat hibrid itu yang dipengerusikan oleh Dr. Chandra Pal. Hadir sama ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh. Mesyuarat telah membentangkan sebanyak 11 agenda termasuk mengesahkan Minit Mesyuarat yang berlangsung di New Delhi, India pada 28 November 2024, pembentangan aktiviti Jawatankuasa Wanita dan Jawatankuasa Belia, keanggotaan ICA-AP, laporan kewangan, sambutan IYC2025, Pelan Strategik ICA-AP 2025- 2030, Pelancaran IYC2025 peringkat rantau Asia Pasifik dan Jepun serta perbincangan mengenai perkara berbangkit dan perniagaan berpotensi untuk koperasi di rantau Asia Pasifik.
Mesyuarat Lembaga Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa - Asia dan Pasifik (ICA-AP) yang berlangsung pada 18 Februari 2025 di Tokyo, Jepun memberi tumpuan kepada peranan negara anggota untuk terus memperkukuh kerjasama dalam menjayakan sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa (IYC) 2025. Mesyuarat membincangkan agenda utama bagi memperkasakan peranan koperasi dalam ekosistem ekonomi global. Antara tumpuan utama adalah Perancangan Strategik ICA-AP 2025-2030 yang dirangka untuk menyelaraskan hala tuju koperasi dengan agenda pembangunan serantau dan global bagi memastikan koperasi kekal relevan serta berdaya saing dalam menghadapi cabaran masa hadapan. Selain itu, mesyuarat turut menekankan usaha memperkukuh jalinan kerjasama gerakan koperasi peringkat serantau untuk meneroka peluang baharu dan memanfaatkan jaringan perdagangan menerusi platform koperasi. ICA-AP mempunyai 114 anggota sehingga 31 Disember 2024, mewakili 29 buah negara. Malaysia yang diwakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah selaku Naib Presiden ICA-AP turut dijadikan contoh dalam pelaksanaan promosi sambutan IYC2025 menerusi penubuhan jawatankuasa yang melibatkan kerjasama erat dan sokongan penuh daripada pihak kerajaan untuk mengetengahkan isu serta hala tuju kelestarian gerakan koperasi. Perancangan turut merangkumi penganjuran program ASEAN Co- operative Dialogue (ACD) bersempena tahun Kepengerusian ASEAN yang
Mesyuarat dipengerusikan oleh Presiden ICA-AP, Dr. Chandra Pal Singh Yadav (dua dari kiri).
(Dari kiri) Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balasubramanian Iyer, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato' Haji Kamarudin Ismail.
Mesyuarat sedang berlangsung.
INFO SEMASA 5
Wadah
MAC 2025
ANGKASA Hargai Jasa dan Komitmen Petugas Media
Oleh: NOR AZAH ABD. AZIZ RAHMAT MOHD DID
Sumbangan seterusnya melibatkan 300 pek kurma kepada petugas TV AlHijrah pada 5 Mac 2025 di Kuala Lumpur, serta 300 dan 150 pek kurma masing-masing kepada warga kerja BERNAMA dan Astro Awani. Turut mengiringi beliau ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim. Turut hadir ialah Timbalan Pengarang Urusan Kumpulan, Berita & Hal Ehwal Semasa Kumpulan Media Prima Berhad, Puan Farrah Naz Karim, Pengarang Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Azhari Muhidin, Pengarang Kumpulan Berita Harian, Encik Zulkifli Jalil, Pengarang Kumpulan Harian Metro, Encik Husain Jahit, Pengurus Pembangunan dan Perolehan Kandungan, Jabatan Pengurusan Kandungan TV AlHijrah, Puan Nurjannah Mohd Salleh, Editor Eksekutif BERNAMA, Mohd Haikal Mohd Isa dan Ketua Pengarang Astro Awani, Encik Ashwad Ismail.
Usaha dan komitmen berterusan petugas media dalam menyalurkan berita terkini serta berkualiti kepada rakyat Malaysia, khususnya mengenai pembangunan koperasi telah banyak memberi kesan positif selain meningkatkan tahap keyakinan masyarakat terhadap gerakan tersebut. Sebagai menghargai jasa dan sumbangan para petugas media, ANGKASA melalui Program Tanggungjawab Sosial Koperasi (CSR) CoopCare Rezeki Ramadan 2025/1446H telah menyantuni petugas media daripada Kumpulan Media Prima Berhad, AlHijrah, BERNAMA dan Astro Awani. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah telah menyampaikan sumbangan sebanyak 500 pek kurma kepada petugas Berita Harian, Harian Metro, New Straits Times dan TV3 pada 4 Mac 2025 di Bangsar, Selangor.
Editor Eksekutif BERNAMA,Encik Mohd Haikal Mohd Isa (dua dari kiri) menerima cenderamata daripada Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.
Ketua Pengarang Astro Awani, Encik Ashwad Ismail mewakili warga kerja Astro menerima 150 pek kurma daripada Datuk Seri Dr. Abdul Fattah.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (lima dari kanan) menyampaikan sumbangan pek kurma sempena Program Tanggungjawab Sosial Koperasi (CSR) CoopCare Rezeki Ramadan 2025/1446H kepada Pengarang Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Azhari Muhidin (enam dari kiri). Turut serta ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain (empat dari kanan).
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyerahkan pek kurma kepada petugas TV Al Hijrah.
Datuk Seri Dr Abdul Fattah menyampaikan pek kurma kepada petugas BERNAMA sambil disaksikan Encik Mohd Haikal.
INFO SEMASA 6
Wadah
MAC 2025
Tabung Umrah ANGKASA Bantu Laksana Ibadah Umrah
Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Muhamad Razak Idris memasukkan wang ke dalam Tabung Umrah ANGKASA sebagai simbolik kepada Majlis Peluncuran Tabung Umrah ANGKASA di Putrajaya pada 20 Februari 2025. Turut sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (dua dari kiri) dan Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Kewangan ANGKASA, Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus (kiri sekali).
bertempat di Putrajaya pada 20 Februari 2025. Beliau menyatakan keyakinan terhadap inisiatif tersebut yang jelas mencerminkan prinsip ekonomi Islam digabungkan dengan pendekatan baharu untuk manfaat masyarakat keseluruhannya. "Penggunaan Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) adalah kaedah yang dipercayai kerana sistem ini telah digunapakai sejak 1977 dan ANGKASA menguruskan sebanyak 1,295 pelanggan pada masa ini," ujarnya. Terdahulu, dalam ucapan Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya mewakili Presiden ANGKASA berkata, Tabung Umrah ANGKASA yang dilancarkan itu adalah satu inisiatif berimpak tinggi yang memperlihatkan kreativiti dan inovasi ANGKASA, sekali gus menggambarkan usaha berterusan badan puncak gerakan koperasi dalam memberi nilai tambah kepada perkhidmatan koperasi dan anggotanya.
"Tabung ini mensasarkan dua segmen utama iaitu majikan bersasar serta kakitangan sektor awam dan swasta yang memfokuskan kepada lebih 18,000 majikan berdaftar di bawah SPGA, manakala segmen kedua ialah individu Muslim yang mencari platform simpanan patuh Syariah sebagai persediaan untuk menunaikan ibadah umrah,"katanya. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Bahagian Promosi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Mohd Firdaus Shaari, barisan Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Dato' Haji Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Encik Ezleezan Othman (Wakil Kementerian Kewangan Malaysia), Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah, Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain dan Pengerusi ANGKASA Negeri Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin.
Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
ANGKASA terus mengorak langkah dengan memperkenalkan Tabung Umrah ANGKASA sebagai platform inovatif dalam membantu umat Islam menabung secara patuh Syariah bagi menunaikan ibadah umrah. Inisiatif tabungan tersebut direka bagi membantu umat Islam merancang kewangan secara berkala tanpa sebarang komitmen pembiayaan selain memastikan penyimpan dapat menabung secara sistematik, patuh Syariah dan bebas beban hutang. Bagi merealisasikan usaha tersebut, Majlis Peluncuran Tabung Umrah ANGKASA telah disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Muhamad Razak Idris mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
PROSES TABUNG UMRAH
05
01
02
03
04
Apabila tabungan telah matang dan mencukupi, langkah ke Tanah Suci, bermula.
Individu yang berminat perlu mengisi
Potongan tabungan bermula melalui Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) ke akaun MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) sebagai Pemegang Amanah
MAAB akan menerima wang potongan bulanan dan menguruskan tabungan tersebut
Manfaat Eksklusif Kewangan & Bukan Kewangan
1.
Borang Pendaftaran Tabung Umrah Borang Kebenaran Potongan Gaji (BPA 1/79) My ANGKASA Amanah Berhad Surat Ikatan Amanah
2.
3.
Sumber: Tabung Umrah ANGKASA
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease