2 PENGANTARABANGSAAN KOPERASI
Wadah
MAC 2025
Delegasi ANGKASA yang diketuai Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (tiga dari kiri) pada Majlis Pelancaran Sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa (IYC) 2025 peringkat rantau Asia Pasifik dan Jepun. Hadir sama ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato' Haji Kamarudin Ismail (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh (kiri sekali).
DARI MUKA 1
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah merangkap Naib Presiden ICA-AP telah diberi pengiktirafan menyampaikan pembentangan mewakili Malaysia mengenai perancangan dan aktiviti gerakan koperasi negara dalam menyemarakkan sambutan IYC2025. Beliau dalam pembentangannya menekankan komitmen Malaysia terhadap IYC2025 dengan menggariskan pelbagai inisiatif nasional yang telah dirangka antaranya termasuk penubuhan Jawatankuasa Pemandu IYC2025 yang dipengerusikan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia serta Institut Koperasi Malaysia. Beliau juga turut membentangkan inisiatif ANGKASA yang akan memanfaatkan Kepengerusian ASEAN 2025 dengan menjadikan koperasi sebagai salah satu agenda utama dalam sidang kemuncak ASEAN. Sokongan kerajaan Malaysia terhadap ANGKASA selaku badan apeks gerakan koperasi dengan memperuntukkan RM1 juta bagi menyokong program koperasi ASEAN akan digerakkan menerusi penganjuran ASEAN Cooperative Dialogue (ACD) pada bulan Mei 2025. Program itu dijangka menjadi
platform utama dalam memupuk kerjasama antara koperasi yang bakal menghimpunkan kira-kira 200 peserta yang terdiri daripada wakil kementerian, agensi, koperasi dan badan koperasi apeks dari negara anggota ASEAN. Di samping itu, beliau turut memberi penekanan terhadap kepentingan membina rangkaian kerjasama koperasi serantau, khususnya dalam menghadapi cabaran ekonomi yang semakin dinamik. Dalam konteks tersebut, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menggesa gerakan koperasi untuk memperkukuh perdagangan antara koperasi dengan koperasi (C-2-C) menerusi inisiatif yang menyediakan ekosistem kondusif bagi aktiviti perdagangan dan pelaburan koperasi. Justeru, Malaysia menerusi ANGKASA mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dan perkongsian dengan koperasi rantau Asia Pasifik bagi memastikan IYC2025 benar-benar memberi impak yang signifikan kepada pertumbuhan dan kemajuan koperasi global seiring dengan tema yang diangkat iaitu ‘Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat’. Majlis Pelancaran Sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa (IYC) 2025 peringkat rantau Asia Pasifik dan Jepun telah disempurnakan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bergambar bersama Presiden ICA-AP, Dr. Chandra Pal Singh Yadav (dua dari kanan) selepas Majlis Pelancaran Sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa (IYC) 2025 peringkat rantau Asia Pasifik dan Jepun.
Bangsa Bersatu, António Guterres yang menyampaikan ucapan menerusi mesej video diikuti oleh wakil kerajaan Jepun iaitu Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet, Mr. Keiichiro Tachibana. Ahli Parlimen dan Pengerusi Kaukus Ahli Parlimen bagi Promosi Koperasi di Dewan Perwakilan Jepun, Mr. Hiroshi Moriyama juga mengambil peluang dalam majlis tersebut untuk berkongsi pandangannya mengenai kepentingan koperasi dalam pembangunan ekonomi. Presiden ICA, Dr. Ariel Guarco turut menyampaikan mesej penghargaan yang menekankan peranan koperasi sebagai instrumen penting dalam menangani cabaran ekonomi dan sosial dunia. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah mengetuai delegasi Malaysia dalam lawatan kerja rasmi ke Jepun bermula pada 18 hingga 22 Februari 2025. Turut sama ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh.
Sidang Pengarang
Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Timbalan Presiden • Dr. Mohd Azlan Yahya Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa • Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi Pengarang
Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Seksyen Penerbitan Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (253940-X)
• Nor Azah Abd. Aziz • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor
Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease