WADAH PELANCAR EDISI MAC 2025

3 PENGANTARABANGSAAN KOPERASI

Wadah

MAC 2025

ANGKASA Adakan Kunjungan Hormat ke atas Duta Besar Malaysia ke Jepun

Duta Besar Malaysia ke Jepun, Tuan Yang Terutama (TYT) Dato' Shahril Effendi Abd Ghany (dua dari kiri) menerima kunjungan hormat delegasi Malaysia yang diketuai oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kanan) di Pejabat Kedutaan Malaysia di Tokyo, Jepun pada 19 Februari 2025.

Oleh: NOR LELA ABDUL GHANI

Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Duta Besar Malaysia ke Jepun, Tuan Yang Terutama (TYT) Dato' Shahril Effendi Abd Ghany di Pejabat Kedutaan Malaysia di Tokyo pada 19 Februari 2025. Kunjungan itu merupakan sebahagian daripada agenda rasmi sempena Mesyuarat Lembaga Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP) serta Pelancaran Sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa (IYC) 2025 peringkat rantau Asia Pasifik dan Jepun yang berlangsung dari 18 hingga 21 Februari 2025. Dalam pertemuan tersebut, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah telah berkongsi perkembangan dan pencapaian gerakan koperasi Malaysia selain membincangkan usaha memperkukuh hubungan koperasi antara Malaysia dengan Jepun termasuk dalam aspek kerjasama perdagangan, pembangunan koperasi komuniti dan peranan ANGKASA mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa. Duta Besar Malaysia ke Jepun, TYT Dato’ Shahril Effendi Abd Ghany menyatakan keyakinan beliau terhadap kredibiliti ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi negara dalam memacu pembangunan gerakan koperasi di peringkat nasional dan antarabangsa. Beliau turut menyokong penuh hasrat Datuk Seri Dr. Abdul

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenangan kepada TYT Dato' Shahril Effendi. Turut hadir ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato' Haji Kamarudin Ismail (kanan sekali) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh (kiri sekali).

Fattah selaku Naib Presiden ICA-AP untuk meluaskan penubuhan koperasi khususnya koperasi berbentuk komuniti seperti koperasi kariah masjid untuk dimanfaatkan oleh komuniti Muslim di Jepun. Katanya, inisiatif tersebut bukan sahaja dapat memperkasakan ekonomi komuniti Muslim di Jepun, malah membuka peluang kerjasama lebih luas antara koperasi Malaysia dengan Jepun khususnya dalam industri halal dan pembangunan sosial masyarakat setempat.

Beliau turut menyatakan komitmen Kedutaan Malaysia di Jepun dalam membantu meningkatkan jaringan dan hubungan antara kedua-dua negara demi meningkatkan kerjasama ekonomi dan pembangunan koperasi antara Malaysia denganJepun. Hadir sama dalam kunjungan tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

Dari Meja Presiden

Pelaksanaan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) CoopCare di bulan Ramadan mampu membawa pelbagai kebaikan, bukan sahaja kepada golongan asnaf malah kepada anggota koperasi dan masyarakat secara keseluruhan. CoopCare boleh menjadi platform dalam usaha koperasi untuk mempereratkan hubungan dengan komuniti. Aktiviti seperti agihan makanan, sumbangan kepada golongan memerlukan dan iftar membuka ruang interaksi yang lebih mesra serta menunjukkan tahap cakna selaras dengan prinsip koperasi Ketujuh iaitu Berprihatin kepada Masyarakat. Selain itu, CoopCare juga dapat meningkatkan imej dan reputasi koperasi. Masyarakat akan lebih menghargai koperasi yang bukan sahaja fokus kepada aktiviti perniagaan, tetapi juga memainkan

peranan aktif dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik, terutamanya dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Dari sudut dalaman, program CoopCare juga menyuntik semangat kerja berpasukan dan nilai kemanusiaan dalam kalangan anggota koperasi yang terlibat.

ANGKASA menerusi program CoopCare Rezeki Ramadan ANGKASA 2025/1446H kini sedang bergiat aktif menjayakan mengadakan majlis penyerahan sumbangan barang keperluan harian menerusi Projek BA100 kepada golongan asnaf termasuk petugas barisan hadapan. Semoga lebih banyak koperasi dapat menganjurkan program seumpama ini demi manfaat bersama.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease