PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 4
Wadah
MAC 2025
Kerjasama Koperasi Serantau Diperkukuh dalam Menjayakan Sambutan IYC2025
Barisan Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP) serta perwakilan koperasi bergambar kenangan selepas Mesyuarat Lembaga Serantau ICA-AP yang berlangsung di Tokyo, Jepun pada 18 Februari 2025.
Oleh: NOR LELA ABDUL GHANI
akan diadakan pada bulan Mei 2025 di Malaysia. ACD 2025 dijangka menghimpunkan kira-kira 200 peserta yang terdiri daripada wakil kementerian, agensi, koperasi dan badan koperasi apeks dari negara anggota ASEAN. Terdahulu, Presiden ICA-AP, Dr. Chandra Pal Singh Yadav dalam ucaptamanya menekankan kepentingan memperkukuh kerjasama antara koperasi dengan pihak berkepentingan dalam membangunkan daya tahan ekonomi serta menangani cabaran sosioekonomi global. Presiden Japanese Consumers' Co-operative Union (JCCU), Mr. Toshio Tsuchiya selaku tuan rumah turut merakamkan penghargaan dan mengalu- alukan kehadiran anggota lembaga ICA- AP ke Jepun bagi menyertai pelancaran IYC2025 peringkat rantau Asia Pasifik dan Jepun pada 19 Februari 2025. Seramai 39 perwakilan hadir secara fizikal dan dalam talian menerusi mesyuarat hibrid itu yang dipengerusikan oleh Dr. Chandra Pal. Hadir sama ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh. Mesyuarat telah membentangkan sebanyak 11 agenda termasuk mengesahkan Minit Mesyuarat yang berlangsung di New Delhi, India pada 28 November 2024, pembentangan aktiviti Jawatankuasa Wanita dan Jawatankuasa Belia, keanggotaan ICA-AP, laporan kewangan, sambutan IYC2025, Pelan Strategik ICA-AP 2025- 2030, Pelancaran IYC2025 peringkat rantau Asia Pasifik dan Jepun serta perbincangan mengenai perkara berbangkit dan perniagaan berpotensi untuk koperasi di rantau Asia Pasifik.
Mesyuarat Lembaga Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa - Asia dan Pasifik (ICA-AP) yang berlangsung pada 18 Februari 2025 di Tokyo, Jepun memberi tumpuan kepada peranan negara anggota untuk terus memperkukuh kerjasama dalam menjayakan sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa (IYC) 2025. Mesyuarat membincangkan agenda utama bagi memperkasakan peranan koperasi dalam ekosistem ekonomi global. Antara tumpuan utama adalah Perancangan Strategik ICA-AP 2025-2030 yang dirangka untuk menyelaraskan hala tuju koperasi dengan agenda pembangunan serantau dan global bagi memastikan koperasi kekal relevan serta berdaya saing dalam menghadapi cabaran masa hadapan. Selain itu, mesyuarat turut menekankan usaha memperkukuh jalinan kerjasama gerakan koperasi peringkat serantau untuk meneroka peluang baharu dan memanfaatkan jaringan perdagangan menerusi platform koperasi. ICA-AP mempunyai 114 anggota sehingga 31 Disember 2024, mewakili 29 buah negara. Malaysia yang diwakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah selaku Naib Presiden ICA-AP turut dijadikan contoh dalam pelaksanaan promosi sambutan IYC2025 menerusi penubuhan jawatankuasa yang melibatkan kerjasama erat dan sokongan penuh daripada pihak kerajaan untuk mengetengahkan isu serta hala tuju kelestarian gerakan koperasi. Perancangan turut merangkumi penganjuran program ASEAN Co- operative Dialogue (ACD) bersempena tahun Kepengerusian ASEAN yang
Mesyuarat dipengerusikan oleh Presiden ICA-AP, Dr. Chandra Pal Singh Yadav (dua dari kiri).
(Dari kiri) Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balasubramanian Iyer, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato' Haji Kamarudin Ismail.
Mesyuarat sedang berlangsung.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease