WADAH PELANCAR EDISI MAC 2025

INFO SEMASA 6

Wadah

MAC 2025

Tabung Umrah ANGKASA Bantu Laksana Ibadah Umrah

Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Muhamad Razak Idris memasukkan wang ke dalam Tabung Umrah ANGKASA sebagai simbolik kepada Majlis Peluncuran Tabung Umrah ANGKASA di Putrajaya pada 20 Februari 2025. Turut sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (dua dari kiri) dan Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Kewangan ANGKASA, Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus (kiri sekali).

bertempat di Putrajaya pada 20 Februari 2025. Beliau menyatakan keyakinan terhadap inisiatif tersebut yang jelas mencerminkan prinsip ekonomi Islam digabungkan dengan pendekatan baharu untuk manfaat masyarakat keseluruhannya. "Penggunaan Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) adalah kaedah yang dipercayai kerana sistem ini telah digunapakai sejak 1977 dan ANGKASA menguruskan sebanyak 1,295 pelanggan pada masa ini," ujarnya. Terdahulu, dalam ucapan Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya mewakili Presiden ANGKASA berkata, Tabung Umrah ANGKASA yang dilancarkan itu adalah satu inisiatif berimpak tinggi yang memperlihatkan kreativiti dan inovasi ANGKASA, sekali gus menggambarkan usaha berterusan badan puncak gerakan koperasi dalam memberi nilai tambah kepada perkhidmatan koperasi dan anggotanya.

"Tabung ini mensasarkan dua segmen utama iaitu majikan bersasar serta kakitangan sektor awam dan swasta yang memfokuskan kepada lebih 18,000 majikan berdaftar di bawah SPGA, manakala segmen kedua ialah individu Muslim yang mencari platform simpanan patuh Syariah sebagai persediaan untuk menunaikan ibadah umrah,"katanya. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Bahagian Promosi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Mohd Firdaus Shaari, barisan Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Dato' Haji Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Encik Ezleezan Othman (Wakil Kementerian Kewangan Malaysia), Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah, Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain dan Pengerusi ANGKASA Negeri Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin.

Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

ANGKASA terus mengorak langkah dengan memperkenalkan Tabung Umrah ANGKASA sebagai platform inovatif dalam membantu umat Islam menabung secara patuh Syariah bagi menunaikan ibadah umrah. Inisiatif tabungan tersebut direka bagi membantu umat Islam merancang kewangan secara berkala tanpa sebarang komitmen pembiayaan selain memastikan penyimpan dapat menabung secara sistematik, patuh Syariah dan bebas beban hutang. Bagi merealisasikan usaha tersebut, Majlis Peluncuran Tabung Umrah ANGKASA telah disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Muhamad Razak Idris mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

PROSES TABUNG UMRAH

05

01

02

03

04

Apabila tabungan telah matang dan mencukupi, langkah ke Tanah Suci, bermula.

Individu yang berminat perlu mengisi

Potongan tabungan bermula melalui Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) ke akaun MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) sebagai Pemegang Amanah

MAAB akan menerima wang potongan bulanan dan menguruskan tabungan tersebut

Manfaat Eksklusif Kewangan & Bukan Kewangan

1.

Borang Pendaftaran Tabung Umrah Borang Kebenaran Potongan Gaji (BPA 1/79) My ANGKASA Amanah Berhad Surat Ikatan Amanah

2.

3.

Sumber: Tabung Umrah ANGKASA

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease