KOPERASI 10
OGOS 2024 Lebih 500 Sertai Coop Walk Sempena HKN Negeri Melaka
EXCO Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Kerajaan Negeri Melaka, YB Tuan Allex Seah Shoo Chin menyempurnakan acara pelepasan peserta lelaki dalam Program Coop Walk di Lingkaran MITC, Ayer Keroh, Melaka pada 11 Ogos 2024.
Oleh NADIAH KAMARUDIN
Seramai 515 peserta pelbagai latar belakang dan usia telah memeriahkan Program Coop Walk yang diadakan di Lingkaran MITC, Ayer Keroh, Melaka pada 11 Ogos 2024 dalam usaha mempromosi amalan dan gaya hidup sihat. Aktiviti berjalan kaki sejauh 3.4 kilometer anjuran ANGKASA Negeri Melaka bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Melaka itu merupakan antara tarikan utama yang berlangsung sempena Hari Koperasi Negara (HKN) peringkat negeri tersebut. Acara pelepasan peserta telah disempurnakan oleh EXCO Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Kerajaan Negeri Melaka, YB Tuan Allex Seah Shoo Chin dan Timbalannya, YB Puan Tuminah Kadi @ Mohd Hasim. Hadir sama ialah Pengarah SKM Cawangan Negeri Melaka, Encik Mustafa Kamal Mohd Nor, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka, Haji Zaidan Haji Abd. Hadi. Peserta yang memulakan larian pada jam 7.30 pagi turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah dalam sesi cabutan bertuah selepas berakhirnya acara. Hadir sama ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dato' Haji Kamarudin Ismail serta barisan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Melaka. Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Melaka 2024 berlangsung selama tiga hari bermula 9 Ogos 2024 di Perkarangan Pasaraya MYDIN Mall Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC). Selain Coop Walk , pelbagai lagi aktiviti menarik yang telah diadakan antaranya Jualan Rahmah Kasih Sayang, Jualan MADANI Koperasi & Usahawan, Forum Perdana, Pertandingan COOP Chef, Business Talk, Pocket Talk , Taklimat Pembiayaan Perniagaan, pertandingan mewarna kanak-kanak serta kuiz dan cabutan bertuah. Lebih 50 reruai yang mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan koperasi turut dibuka untuk pengunjung.
Timbalan EXCO Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Kerajaan Negeri Melaka, YB Puan Tuminah Kadi @ Mohd Hasim melepaskan peserta wanita.
Peserta pelbagai usia bersemangat menyertai Program Coop Walk .
Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Melaka, Encik Mustafa Kamal Mohd Nor (dua dari kanan) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada peserta.
Peserta menerima hadiah cabutan bertuah yang disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease