KOPERASI 11
OGOS 2024 Program ‘Gegau Subuh 4.0’ Sempena HKN Negeri Melaka
Kuliah subuh disampaikan oleh Timbalan Mufti Negeri Pahang, Ustaz Dato' Haji Badli Shah Alauddin.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang. Turut bersama ialah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Melaka, Encik Mustafa Kamal Mohd Nor (kiri sekali) dan Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka, Haji Zaidan Ab. Hadi (dua dari kiri).
Ratusan jemaah menunaikan solat Subuh yang diketuai oleh Imam 1 Masjid Al- Alami MITC, Ustaz Mohd Arif Rahimi Md Sakih Al-Hafiz dalam Program ‘Gegau Subuh 4.0’ pada 4 Ogos 2024. (Kredit gambar: Facebook Masjid Al-Alami MITC).
Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ BIN SARDIN
Umat Islam di sekitar Ayer Keroh, Melaka mengimarahkan aktiviti Program 'Gegau Subuh 4.0' yang diadakan bersempena Hari Koperasi Negara (HKN) Peringkat Negeri Melaka 2024 di Masjid Al-Alami MITC pada 4 Ogos 2024. Program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Melaka, ANGKASA Negeri Melaka dan Koperasi Gabungan Masjid-Masjid Negeri Melaka Berhad itu turut diserikan dengan kuliah subuh oleh Timbalan Mufti Negeri Pahang, Ustaz Dato' Haji Badli Shah Alauddin. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika ditemui media PELANCAR berkata, program seumpama itu amat penting dalam mengukuhkan perpaduan umat Islam di samping menggalakkan semua ahli kariah masjid di negeri Melaka menubuhkan koperasi bagi meningkatkan taraf ekonomi umat Islam. “Saya menggesa semua ahli kariah masjid dalam Melaka supaya
Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Al-Alami MITC Melaka Berhad, Datuk Haji Mohd Arif Haji Yusa (dua dari kanan) menyerahkan replika cek sumbangan koperasi itu berjumlah RM13,006.00 kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka merangkap Pengerusi Masjid Al-Alami MITC Melaka, Datuk Badaruddin Mohd Kassim.
mengambil peluang ini kerana bukan sahaja dapat memakmurkan masjid malah mengharmonikan hubungan masyarakat. Masjid bukan sahaja dijadikan tempat untuk beribadat dan menuntut ilmu agama malahan perlu diperluas peranannya menjadi platform utama pembangunan ekonomi ummah setempat dan masyarakat Islam secara keseluruhannya,” katanya. Turut hadir ialah Pengarah SKM Cawangan Negeri Melaka, Encik Mustafa Kamal Mohd Nor dan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka, Datuk Rahmad Mariman. Barisan kepimpinan ANGKASA yang hadir sama ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka, barisan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Melaka. Zaidan Ab. Hadi serta Sambutan Hari Koperasi Negara (HKN) Peringkat Negeri Melaka 2024 telah diadakan di Perkarangan Pasaraya MYDIN Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada 9 hingga 11 Ogos 2024.
Haji
Jemaah yang hadir mengambil peluang bergambar bersama Ustaz Dato' Haji Badli Shah Alauddin.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease