WADAH PELANCAR EDISI OGOS 2024

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 12

OGOS 2024

Sidang Kemuncak Himpunkan Pemimpin Wanita dalam Koperasi di Asia Pasifik

Barisan tetamu kehormat dan peserta bergambar kenangan selepas tamat majlis perasmian Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Wanita dalam Koperasi Asia Pasifik di Hanoi, Vietnam pada 29 Julai 2024.

Oleh NOR AZAH ABD. AZIZ

Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Wanita dalam Koperasi Asia Pasifik yang berlangsung selama tiga hari bermula 29 Julai 2024 di Hanoi, Vietnam menjadi platform eksklusif bagi menghimpunkan wanita yang memegang tampuk kepimpinan di semua peringkat dalam sektor koperasi. Seramai 100 peserta dari 14 negara menyertai program tersebut yang dianjurkan secara bersama oleh Ikatan Koperasi Antarabangsa - Asia dan Pasifik (ICA-AP), Jawatankuasa Wanita ICA-AP dan Vietnam Cooperative Alliance (VCA). Program yang bertemakan ‘Memperkasa Kepimpinan: Mengemudi Masa Depan Koperasi dengan Wanita di Tampuk Kepimpinan’ itu memberi peluang kepada peserta untuk berkumpul di pentas global bagi bertukar idea, memperoleh pengetahuan dan membina rangkaian merentasi negara dan sektor dalam persekitaran dunia yang berubah dengan pesat selepas pandemik COVID-19. “Pemimpin wanita, terutamanya dalam perniagaan dan koperasi, terus merintis

Setiausaha Parti Pusat merangkap Ketua Suruhanjaya Jawatankuasa Pusat Parti untuk Hubungan Luar, Mr. Le Hoai Trung ketika menyampaikan ucapan khas.

Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa - Asia dan Pasifik (ICA- AP) merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah beramah mesra bersama Presiden Vietnam Cooperative Alliance , Ms. Cao Xuan Thu.

Hadir sama ke majlis itu ialah Presiden ICA-AP, Dr. Chandrapal Singh Yadav, Naib Presiden ICA- AP merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Naib Presiden ICA-AP, Mr. Cai Zhenhong, Pengerusi Jawatankuasa Wanita ICA-AP, Ms. Chitose Arai dan Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer. Barisan kepimpinan ANGKASA yang turut hadir ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain, wakil Sektor Wanita ANGKASA, Hajah Noorizan Abd. Latif dan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Penyelidikan dan Pembangunan ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad. Mr. Le Hoai Trung juga meminta VCA untuk menyelaras secara proaktif dengan kementerian dan agensi berkaitan dalam melaksanakan inisiatif dan aktiviti secara bersama untuk mempromosi peranan pemimpin

koperasi, khususnya wanita, yang menyumbang secara berkesan kepada pembangunan ekonomi negara. Selain itu, beliau menekankan pentingnya untuk memastikan wanita memegang tampuk kepimpinan di semua peringkat dalam koperasi. Terdahulu, Presiden VCA, Ms. Cao Xuan Thu Van dalam ucapannya berkata, kerajaan Vietnam telah memperkenalkan pelbagai mekanisme untuk menggalakkan penyertaan wanita dalam pembangunan ekonomi dan pertumbuhan koperasi di negara itu. Sebagai contoh, program yang menyokong pembangunan ekonomi kolektif dan koperasi bagi tempoh 2021-2025 menekankan terhadap usaha berterusan bagi meningkatkan jumlah koperasi

dan berinovasi secara proaktif dengan meningkatkan kecekapan perniagaan, menghijaukan pengeluaran dan

menggalakkan penggunaan mampan,” kata Setiausaha Parti Pusat merangkap Ketua Suruhanjaya Jawatankuasa Pusat Parti untuk Hubungan Luar, Mr. Le Hoai Trung. Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian sidang kemuncak tersebut pada 29 Julai 2024 di Hotel Fortuna, Hanoi.

dan kesatuan koperasi yang dipimpin oleh belia dan wanita

Ms. Cao Xuan Thu Van ketika menyampaikan ucapan aluan.

Presiden ICA-AP , Dr. Chandrapal Singh Yadav.

veteran.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease