PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 13 OGOS 2024 Perkasa Kepimpinan Wanita Bantu Koperasi Kekal Relevan, Berdaya Saing
Sesi tematik pertama dalam Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Wanita dalam Koperasi Asia Pasifik yang membincangkan topik ‘Membina Daya Tahan dan Kebolehsesuaian dalam Dunia yang Berubah’ menampilkan (dari kiri) Ms. Elenita V. San Roque (Filipina), hos, Ms. Donna Dizon (Filipina), Ms. Helma Vermuë (Belanda) dan Ms. Ruchi Agarwal (India).
Sesi tematik yang mengupas topik ‘Memupuk Keterangkuman dan Tanggungjawab Sosial’ menampilkan (dari kiri) Ms. Chitra K. Subba (Nepal), hos, Ms. Priti Patel (India), Ms. Vu Thi Thu Huong (Vietnam) dan Ms. Miho Takaura (Jepun).
Dari kiri, Ms. Chitose Arai (Jepun), hos, Ms. Ingrid Christensen (Denmark), Ms. Lecira Juarez (Filipina) dan Ms. Savitri Singh (India) membincangkam sesi tematik bertajuk ‘Pertumbuhan Peribadi dan Keseimbangan Kerja-Kehidupan’.
Pengarah Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP), Mr. Balu Iyer (tiga dari kanan) ketika menghoskan sesi tematik ‘Pementoran dan Pembangunan Kepimpinan’.
Oleh NOR AZAH ABD. AZIZ
koperasi atau organisasi seperti Naib Presiden, CEO, Pengarah Urusan dan Pengarah Eksekutif selain mempunyai pengalaman luas dalam gerakan koperasi serta bidang kepimpinan dan pengurusan. Sidang kemuncak itu juga menyediakan platform berharga untuk perkongsian pengalaman antara pemimpin wanita daripada pelbagai latar belakang. Mereka berpeluang berkongsi cabaran dan kejayaan masing-masing, memperkukuh kerjasama serta membina hubungan profesional yang dapat menyokong matlamat bersama. Hadir sama ke program tersebut ialah Presiden ICA-AP, Dr. Chandrapal Singh Yadav, Naib Presiden ICA-AP merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Wanita ICA-AP, Ms. Chitose Arai, barisan ahli lembaga ICA- AP dan Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer. Barisan kepimpinan ANGKASA yang turut hadir ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain, wakil Sektor Wanita ANGKASA, Hajah Noorizan Abd. Latif dan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Penyelidikan dan Pembangunan ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad.
Golongan wanita, terutamanya yang memegang jawatan penting dalam pucuk kepimpinan koperasi perlu progresif dalam menghadapi cabaran global yang semakin kompleks. Cabaran seperti ketidaktentuan ekonomi dan perubahan iklim menuntut mereka untuk mempertingkatkan keupayaan kepimpinan untuk memastikan koperasi terus relevan dan berdaya saing. Di samping itu, wanita juga perlu memberikan keutamaan terhadap penjagaan diri, pertumbuhan peribadi, pengurusan stres serta keseimbangan kerja dan kehidupan yang amat penting terutama bagi mereka yang memikul pelbagai peranan dan tanggungjawab. Demikian adalah antara fokus utama perbincangan pada hari kedua (30 Julai 2024) Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Wanita dalam Koperasi Asia Pasifik di Hanoi, Vietnam. Sebanyak empat sesi tematik telah berlangsung yang memfokus kepada topik ‘Pementoran dan Pembangunan Kepimpinan’, ‘Pertumbuhan Peribadi dan KeseimbanganKerja-Kehidupan’,‘Membina Daya Tahan dan Kebolehsesuaian dalam Dunia yang Berubah’ dan ‘Memupuk Keterangkuman dan Tanggungjawab Sosial’. Setiap sesi perbincangan menampilkan barisan panel penceramah wanita yang memegang jawatan tertinggi dalam
Mr. Balu bergambar bersama Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kanan) dan peserta sidang kemuncak. Turut bersama, Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain (dua dari kiri) dan wakil Sektor Wanita ANGKASA, Hajah Noorizan Abd. Latif (dua dari kanan).
Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berbicara bersama Ms. Helma Vermuë dan Ms. Priti Patel.
Sebagai penutup, sidang kemuncak itu menekankan bahawa untuk mencapai kejayaan yang berterusan, wanita dalam kepimpinan koperasi perlu terus menambah ilmu dan memupuk kemahiran yang relevan. Menerusi tekad dan sokongan yang betul, mereka bukan sahaja mampu mengharungi cabaran semasa, malah juga memacu koperasi ke arah masa depan yang lebih cerah dan inklusif.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease