WADAH PELANCAR EDISI OGOS 2024

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 14

OGOS 2024

Komunikasi Berkesan Bantu Wanita Pacu Kejayaan Koperasi

Peserta sidang kemuncak bergambar kenangan.

Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (empat dari kanan) bergambar bersama Pengerusi Jawatankuasa Wanita Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP), Ms. Chitose Arai (tengah) dan beberapa peserta.

Sebahagian peserta ketika mengadakan perbincangan dalam sesi latihan berjudul ‘Purpose Driven Leadership by Women in Cooperatives’.

Oleh NOR AZAH ABD. AZIZ

Dalam era globalisasi yang semakin mencabar, peranan wanita dalam gerakan koperasi semakin menonjol. Kepimpinan yang efektif memerlukan lebih daripada sekadar semangat dan dedikasi, malah turut memerlukan kemahiran komunikasi yang mantap. Kemahiran berkomunikasi termasuk berucap di hadapan umum, strategi dan taktik dalam perundingan serta menyelesaikan konflik merupakan antara keperluan utama yang harus dikuasai oleh pemimpin wanita dalam koperasi bagi memastikan keberkesanan organisasi dan keupayaan untuk bersaing dalam pasaran tempatan mahupun global.

Seramai 100 peserta Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Wanita dalam Koperasi Asia Pasifik berpeluang memperdalam kemahiran berkomunikasi mereka dalam sesi latihan berjudul ‘Purpose Driven Leadership by Women in Cooperatives’ di Hanoi, Vietnam pada 31 Julai 2024. Sesi latihan tersebut dikendalikan oleh Prof. Vasanthi Srinivasan dari Indian Institute of Management Bangalore , seorang pakar dalam pengurusan sumber manusia serta telah

Peserta ketika mengadakan lawatan ke Hong Van Commune yang diusahakan oleh Hong Van Cooperative .

kedua sidang kemuncak selain turut menyuarakan tentang kekeliruan atau isu yang dihadapi dalam koperasi mereka. Sidang kemuncak itu berakhir dengan lawatan sambil belajar ke Hong Van Cooperative yang menjadi model kejayaan dalam bidang agropelancongan dan pertanian hijau di Hanoi hasil daripada pelbagai usaha seperti menghasilkan rangkaian produk berasaskan pokok Moringa. Koperasi tersebut turut membangunkan Hong Van Commune , sebuah destinasi pelancongan untuk perkampungan kraf hiasan yang berjaya menarik lebih 80 ribu pelawat setiap tahun.

memberikan khidmat nasihat secara meluas kepada banyak syarikat di India dan multinasional dalam bidang pembangunan kepimpinan. Di samping itu, peserta juga diberi peluang mengutarakan pandangan mereka terhadap empat sesi tematik yang dibincang pada hari

Sesi latihan dikendalikan oleh Prof. Vasanthi Srinivasan dari Indian Institute of Management Bangalore .

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease