WADAH PELANCAR EDISI OGOS 2024

KOPERASI 16

OGOS 2024

Koperasi Usaha Anak Felda Berhad (KUAF) Sasar Tanam 10,000 Pokok Lemon

Pengerusi Koperasi Usaha Anak Felda Berhad (KUAF), Encik Alizan Amin (tengah) menunjukkan pelbagai rangkaian produk berasaskan buah lemon yang dikeluarkan oleh koperasi itu.

Berbekalkan sokongan daripada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), koperasi tersebut mengusahakan ladang lemon di atas tanah seluas lima ekar di FELDA Ayer Hitam, Kluang, Johor yang melibatkan sebanyak 2,000 pokok. Bersama dengan 15 rakan strategik terdiri daripada koperasi, persatuan dan individu, KUAF juga mengusahakan ladang lemon di beberapa kawasan sekitar Ayer Hitam dan Mersing yang keseluruhannya berkeluasan 36 ekar membabitkan sebanyak 2,500 pokok. Menurut Pengerusinya, Encik Alizan Amin, koperasi berkenaan berhasrat untuk menjadi pengeluar lemon terbesar

anak benih, KUAF turut akan membeli semula hasil tanaman untuk memastikan kestabilan pasaran dan memberi sokongan yang berterusan kepada mereka yang menceburi bidang tersebut. Usaha itu juga boleh mengurangkan kebergantungan negara terhadap lemon yang diimport dari luar negara terutama dari India, Australia, New Zealand dan Afrika Selatan. “Lemon adalah sejenis tanaman yang tahan lasak dan tahan panas serta ditanam dengan pantauan berkala sehingga boleh dituai. Pokok, daun dan buahnya memberikan pelbagai manfaat untuk tujuan kesihatan, masakan dan kegunaan harian,” ujar beliau.

Oleh NOR AZAH ABD AZIZ

Kebaikan buah lemon yang mengandungi pelbagai khasiat serta mempunyai banyak kegunaan dari sudut kulinari, perubatan dan kesihatan di samping boleh menghasilkan pelbagai produk hiliran telah mendorong Koperasi Usaha Anak Felda Berhad (KUAF) untuk memulakan Projek Tanaman Lemon Ayer Hitam pada Mac 2020.

Jelas Encik Alizan, berbanding tanaman lain, buah lemon adalah tanaman yang tidak bermusim serta hanya perlu dibaja dan diracun sekali setiap bulan sehinggalah usianya mencapai enam bulan. Selain itu, pokoknya yang berduri menjadikannya tidak digemari haiwan perosak serta mempunyai

Jus Lemon Asam Boi keluaran KUAF mampu menghilangkan dahaga dengan rasa yang menyegarkan serta mempunyai manfaat kesihatan seperti membantu

di Malaysia dengan sasaran 10,000 pokok pada tahun 2025 melalui pertanian kontrak. Menerusi usaha tersebut,

dalam pencernaan dan meningkatkan tenaga.

KUAF mengalu-alukan mana- mana pihak yang berminat untuk berkolaborasi bersama mereka dalam projek berkenaan agar hasrat itu dapat dicapai. Tambah beliau, selain memberi tunjuk ajar dan khidmat nasihat serta membekalkan

jangka hayat hingga 70 tahun. Setelah setahun setengah, buah boleh dituai dan kebiasaannya setiap pokok boleh menghasilkan antara 20 hingga 50 biji buah.

Buah lemon yang diusahakan oleh KUAF adalah daripada spesis ‘ Citrus Limon’ berasal dari Asia dan kaya dengan vitamin C.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease