KOPERASI 17
OGOS 2024
Jangka hayat pokok lemon adalah antara 50 hingga 70 tahun.
Buah lemon mempunyai pasaran yang luas kerana kegunaannya dalam menghasilkan lebih 50 produk hiliran seperti produk penjagaan diri dan kecantikan serta produk pencuci pakaian, penjagaan rumah dan kereta. Melalui Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang dilaksanakan oleh KUAF, koperasi tersebut berjaya mengeluarkan sendiri 10 produk hiliran yang dijual di sekitar Johor. “Tiga sumber pendapatan boleh diraih oleh anggota KUAF yang menceburi aktiviti ini. Pertama, hasil jualan buah lemon kepada KUAF. Kedua, pembuatan produk hiliran dan ketiga, anggota KUAF mendapat dividen daripada pulangan projek tanaman lemon oleh koperasi,” kata Encik Alizan. Beliau juga berkata bahawa koperasi itu berazam untuk membuka sebuah kilang pada tahun 2025 bagi mengeluarkan produk minuman jus dan detoks serta pati berasaskan lemon supaya dapat dipasarkan secara lebih meluas dan boleh menyaingi produk sedia ada di pasaran.
Berat buah lemon boleh mencapai sehingga satu kilogram dan harga pula bergantung pada gred sekitar RM30 sen hingga RM90 sen sebiji.
Tempoh putik buah lemon ke peringkat menjadi buah matang mengambil masa antara 50 hingga 65 hari.
Koperasi Usaha Anak Felda Berhad (KUAF)
No.2, Bangunan Koperasi FELDA Ayer Hitam 8600 Kluang, Johor
Alamat
Telefon E-mel
+6017 – 798 0408 feldakuaf@gmail.com
Tarikh ditubuhkan Jumlah keanggotaan
5 Ogos 2020
143 orang
https://www.facebook.com/kuaf.felda
i. ii.
Tanaman lemon
Pertanian kontrak - Membekal anak benih lemon - Memberi tunjuk ajar dan khidmat nasihat - Membeli semula hasil tanaman Menghasilkan produk hiliran berasaskan lemon
Aktiviti
iii.
Produk pati jus lemon madu dan minyak urut aromaterapi berasaskan lemon keluaran KUAF.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease