RENCANA 18
OGOS 2024
ARC Membantu Pengurusan e-Invois Koperasi
Kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) berhasrat untuk melaksanakan e-Invois secara berperingkat bagi meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran percukaian negara dalam usaha menyokong pertumbuhan ekonomi digital. Oleh ERDY IZWAN ASLI Pengurus Besar ANGKASA Research & Certification Sdn. Bhd.
format pdf, jpeg, doc dan lain-lain. e-Invois mengandungi maklumat penting, iaitu butiran penjual dan pembeli, keterangan item, kuantiti, harga tanpa cukai, cukai dan jumlah keseluruhan yang merekodkan data transaksi untuk operasi perniagaan harian. Dalam pembentangan bajet 2024 pada 13 Oktober 2023 lalu, pihak kerajaan telah memaklumkan pelaksanaan e-Invois secara berperingkat mulai Ogos 2024 kepada pembayar cukai seperti berikut:
Melalui e-Invois, pengesahan dan penyimpanan transaksi dapat dilaksanakan secara mudah bagi transaksi Perniagaan-ke- Perniagaan (B2B), Perniagaan-ke-Pengguna (B2C) dan Perniagaan-ke-Kerajaan (B2G). e-Invois merupakan representasi dalam bentuk digital bagi transaksi yang dilaksanakan antara penjual dan pembeli ,iaitu menggantikan penggunaan dokumen kertas atau elektronik seperti dalam
Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), pelaksanaan e-Invois tersebut memberi manfaat kepada pembayar cukai termasuk sektor koperasi seperti berikut : 1. Proses penyediaan invois secara manual telah diringkaskan melalui penyediaan dokumen dan mengemukakan invois secara elektronik. Kemasukan data invois secara automatik juga mengurangkan kesilapan. 2. Memudahkan pembayar cukai mengemukakan borang nyata melalui integrasi sistem bagi tujuan pelaporan cukai yang efisien dan tepat. 3. Bagi syarikat besar, pelaksanaan e-Invois dapat memperkemaskan operasi perniagaan, meningkatkan kecekapan serta menjimatkan masa dan kos melalui proses automasi, integrasi data yang lancar serta pengurusan invois yang lebih efisien; 4. Bagi Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS), pelaksanaan e-Invois secara berperingkat dapat memastikan peralihan kepada e-Invois secara lebih progresif dan terkawal. Selain itu, PMKS juga dapat menyelaras digitalisasi proses kerja dan pelaporan kewangan mengikut piawaian industri serta memastikan PMKS dapat mengadaptasi pelaksanaan dalam tempoh jangka masa panjang, sekali gus mengatasi sebarang gangguan semasa proses.
Proses pelaksanaan e-Invois oleh koperasi adalah seperti carta aliran di bawah :
Mengeluarkan Invois Setiap invois yang dikeluarkan oleh koperasi perlu dihantar ke LHDNM melalui Portal MyInvois atau Application Programming Interface (API) untuk disahkan.
Pengesahan Invois
Notifikasi
Pengesahan akan dibuat serta merta dan LHDNM akan memberi satu nombor pengenalan.
LHDNM akan memberi notikasi yang menunjukkan invois telah disahkan.
Portal MyInvois Koperasi boleh mendapatkan ringkasan melalui Portal MyInvois
Penolakan dan pembatalan e-Invois Koperasi boleh membatalkan invois dengan memaklumkan kepada LHDNM berserta justikasi .
Perkongsian e-Invois
Koperasi perlu melekatkan Kod QR yang diperolehi pada invois yang akan dikeluarkan kepada pelanggan.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease