2
25 - 26 Julai 2024 World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur
ANGKASA Serah Resolusi Kongres, Penuhi Keperluan dan Kehendak Gerakan
Lebih 6,200 perwakilan secara fizikal dan dalam talian telah mengikuti Majlis Penutupan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 26 Julai 2024. Turut sama ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick (dua dari kiri), Timbalan Menteri KUSKOP, YB Dato’ Ramanan Ramakrishnan (kanan sekali), Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali (kiri sekali) dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (dua dari kanan). (Kredit gambar: Facebook Anwar Ibrahim).
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
jemputan khas antarabangsa, iaitu Pengarah Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa - Asia dan Pasific (ICA-AP), Mr. Balu Iyer dan Ketua Umum Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN), Prof. Dr. Andi Muhammad Nurdin Halid. Penyerahan resolusi tersebut merupakan dokumen rasmi yang diterima oleh kerajaan sebagai bukti mewakili suara gerakan koperasi dalam menyatakan pendirian teguh terhadap keperluan dan kehendak sebenar gerakan, hasil daripada 27 Sesi Libat Urus (SLU) menerusi penglibatan kira-kira 6,000 koperator seluruh negara. Selepas kongres koperasi pertama pada tahun 1966 dan kedua pada 1971, pelbagai perubahan dalam landskap ekonomi negara serta global dan hal tersebut menuntut gerakan untuk melakukan penelitian semula terhadap isu dan cabaran supaya koperasi selari dengan perubahan persekitaran pada masa sekarang.
yang amat penting untuk digembleng secara bersama agar matlamat kesejahteraan rakyat terjamin menerusi penyertaan yang lebih meluas. Usaha memacu kekuatan ekonomi juga perlu seiring dalam melonjakkan kekuatan gerakan seiring dengan pengukuhan ekonomi MADANI yang diperjuangkan," ujarnya. "Gerakan koperasi tidak boleh bangkit, segar hanya menerusi satu kementerian. Ini dasar negara. Ekonomi MADANI menuntut seluruh jentera Kerajaan beri tumpuan dan perhatian kepada gerakan koperasi,"
ANGKASA sekali lagi melakar detik bersejarah dalam gerakan koperasi negara apabila buat pertama kalinya menganjurkan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 pada tanggal 26 Julai 2024. Acara besar-besaran yang berlangsung selepas 53 tahun kongres tidak diadakan itu menyaksikan penyerahan resolusi Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 secara rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim. Penyerahan resolusi hasil daripada suara gerakan koperasi tersebut telah disempurnakan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah pada Majlis Penutupan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024, bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, Timbalan Menteri KUSKOP, YB Dato’ Ramanan Ramakrishnan dan Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato Sri Suriani Dato' Ahmad serta
YAB Dato' Seri Anwar dalam ucapan penutupan kongres tersebut menzahirkan sokongan penuh terhadap usaha memperkasa dan membangunkan gerakan koperasi negara. "Sektor koperasi adalah asas dan tonggak pertumbuhan ekonomi rakyat
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika membentangkan resolusi Kongres Koperasi Kebangsaan 2024.
Sidang Pengarang
Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Dr. Mohd Azlan Yahya Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa • Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh
Pengurus Besar Kanan Kumpulan Perhubungan Strategik • Dr. Hajah Salmah Ishak
Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Seksyen Penerbitan Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Perhubungan Strategik E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (253940-X)
Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA
• Halim Haji Ibrahim Penolong Pengarang (Menanggung Tugas Pengurus) • Nor Azah Abd. Aziz Pengarang • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor
Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease