3
25 - 26 Julai 2024 World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur
Abdul Razak Shaik, Encik Azizul Alias (Wakil KUSKOP) dan Encik Ezleezan Othman (Wakil Kementerian Kewangan). Selain itu, barisan Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (JTK) ANGKASA, barisan Pengerusi ANGKASA Negeri, barisan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA diketuai oleh Dato' Haji Shaharudin Mohd Sa'ad, barisan Penasihat Korporat ANGKASA dan barisan pengurusan ANGKASA diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh. Kongres anjuran ANGKASA dengan sokongan KUSKOP serta kerjasama SKM dan IKMa itu telah berjaya menghimpunkan penyertaan lebih 6,200 orang perwakilan secara fizikal dan dalam talian.
RM2 Juta Jualan Rahmah di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). RM2 Juta Penyertaan koperasi dalam kelompok perkampungan MADANI di bawah Program Sejati MADANI. RM1 Juta ANGKASA menjayakan agenda memperkukuh jaringan kerjasama ekonomi serantau melalui ASEAN Co-operative Organization (ACO) sempena Sidang kemuncak ASEAN 2025. RM500 Ribu Koperasi masjid di desa. RM500 Ribu Latihan meningkatkan kompetensi koperator di desa. Peruntukan kepada ANGKASA untuk pembangunan gerakan koperasi: YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim meminta: Kementerian Digital memberi fokus terhadap program digital di ANGKASA dan gerakan koperasi. Satu sesi khas diadakan antara Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dengan ANGKASA untuk mencari jalan dan kaedah bagi memanfaatkan lagi potensi sektor koperasi dalam meningkatkan pelaburan dan perdagangan negara. Gerakan koperasi dimasukkan sebagai salah satu agenda dalam ASEAN 2025 yang akan dipengerusikan oleh Malaysia pada tahun depan.
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama tetamu kehormat dan barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA.
tambah beliau. Bagi merealisasikan usaha pemerkasaan gerakan koperasi katanya, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM6 juta kepada ANGKASA. Beliau berkata, jumlah itu melibatkan peruntukan sebanyak RM2 juta melalui Jualan Rahmah di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), manakala RM2 juta lagi bagi Program Sejati MADANI, iaitu melibatkan penyertaan koperasi dalam kelompok perkampungan MADANI. "Sebanyak RM1 juta turut diperuntukkan kepada ANGKASA bagi menjayakan agenda memperkukuh jaringan kerjasama ekonomi serantau di mana Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN 2025,” katanya.
Selain itu, sebanyak RM500,000 yang mana masing-masing akan disalurkan kepada koperasi masjid di desa dan latihan meningkatkan kompetensi koperator di desa. Di samping itu, kerajaan juga secara prinsip bersetuju untuk meminda beberapa peruntukan undang-undang untuk menjadikan koperasi sebagai entiti perniagaan. YAB Dato' Seri Anwar berkata, draf cadangan pindaan undang-undang tersebut sedang dipersiapkan Jabatan Peguam Negara sebelum dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan. Terdahulu, YB Datuk Ewon dalam ucapannya menyatakan, beliau dan kementeriannya komited mengambil langkah untuk menilai dan melaksanakan setiap cadangan serta keperluan yang dibangkitkan dalam kongres tersebut. Setiap resolusi katanya, akan diselaraskan dalam usaha untuk memperkukuh peranan koperasi sebagai penggerak utama dalam pembangunan ekonomi negara. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B), Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Tuan Rusli Jaafar dan Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor. Barisan kepimpinan ANGKASA yang hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, barisan Anggota Lembaga ANGKASA, iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato' Haji Kamarudin Ismail, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman
Jemputan khas antarabangsa, iaitu Pengarah Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP), Mr. Balu Iyer (dua dari kanan) dan Ketua Umum Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN), Prof. Dr. Andi Muhammad Nurdin Halid (dua dari kiri).
Dari Meja Presiden
warga koperasi untuk berusaha lebih keras serta menjadi lebih proaktif dan produktif untuk terus memajukan sektor koperasi. Berbekalkan sokongan dan kepercayaan yang selama ini diberikan oleh kerajaan, ANGKASA yakin bahawa gerakan
Bagai ‘pucuk dicita ulam mendatang’. Begitulah ibaratnya perasaan yang dirasai oleh warga koperasi ketika Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan berjumlah RM6 juta bagi memperkasakan kekuatan dan potensi gerakan koperasi negara. Hakikatnya, kehadiran beliau ke Dewan Merdeka pada pagi 26 Julai 2024 itu sudah cukup menunjukkan bahawa Kerajaan MADANI begitu cakna dan prihatin terhadap pembangunan gerakan koperasi sekali gus menyuntik motivasi dalam diri ahli koperasi yang hadir. Justeru, peruntukan yang diberikan sewajarnya membangkitkan inspirasi dan semangat baharu dalam diri setiap
koperasi akan terus berkembang dengan pesat, menjayakan inisiatif yang dirancang dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sekarang adalah masanya untuk seluruh warga koperasi berganding bahu dan berusaha secara kolektif, memanfaatkan setiap peluang yang ada untuk meningkatkan keupayaan serta kualiti perkhidmatan koperasi. ANGKASA berharap agar setiap sen yang diperuntukkan akan digunakan dengan penuh tanggungjawab dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease