WADAH PELANCAR EDISI OGOS 2024

4

25 - 26 Julai 2024 World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur

Peranan dan Martabat Gerakan Koperasi Diperkukuh Melalui Kongres

Seramai 300 peserta telah menghadiri Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 yang membuka tirainya pada 25 Julai 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

jadi pada 10 tahun akan datang, 20 tahun akan datang, 50 tahun akan datang, malah 100 tahun akan datang. Kongres hari ini kita nak lahirkan resolusi yang kita nak tinggalkan supaya gerakan koperasi relevan sehinggalah bukan sahaja kepada anak-anak dan cucu kita, malah cicit kita pada masa akan datang,” ujar beliau. Beliau juga berkata tujuan kongres diadakan adalah untuk memperkasa dan mengangkat martabat gerakan koperasi termasuk agensi terlibat yang melaksanakan peranan dan tanggungjawab bagi membangunkan gerakan tersebut. “Kita kena tunjukkan apa yang telah dibuat serta penambahbaikan dan perkara baharu yang kita perlu buat secara bersama untuk kita julang dan angkat gerakan koperasi agar lebih maju dan berjaya serta lebih dominan dalam pembangunan ekonomi negara. Kongres ini adalah wadah untuk kita semua secara kolektif membawa suara akar umbi gerakan koperasi kepada pihak kerajaan bagi memastikan gerakan ini terus memberi sumbangan signifikan kepada pertumbuhan sosioekonomi negara,” tambah beliau. Dalam majlis yang sama turut berlangsung pembentangan kertas

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika menyampaikan ucap utama.

Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Encik Azizul Alias.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 membuka tirainya pada 25 Julai 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dengan satu misi yang jelas, iaitu menghasilkan resolusi untuk diangkat dan diserahkan kepada Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam Majlis Perasmian Penutupan yang berlangsung pada 26 Julai 2024. “Kongres pertama diadakan pada tahun 1966, kemudiannya disusuli dengan satu lagi kongres, pada tahun 1971 dan selepas 53 tahun (kongres tidak dijalankan) bukanlah satu masa yang singkat,” kata Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucap utama beliau. Beliau berkata demikian di hadapan lebih 300 peserta terdiri daripada pemimpin dan anggota koperasi, wakil agensi kerajaan dan swasta serta wakil institusi kewangan. “Satu tempoh yang panjang dan sudah tentu dalam tempoh 53 tahun, ada banyak perkara yang telah berlaku seperti perubahan politik, perubahan ekonomi, perubahan sosial dan peningkatan taraf hidup. Semua perkara yang berlaku menuntut

Sebahagian daripada Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan ANGKASA ketika menghadiri kongres.

kerja oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil KUSKOP merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Encik Azizul Alias yang mengupas secara mendalam mengenai Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DaKoM 2030). Seterusnya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Tuan Amran Haji Abd. Kadir telah menghuraikan kertas kerja bertajuk ‘Prestasi, Isu dan Cabaran Gerakan Koperasi’ manakala Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor pula menyampaikan kertas kerja ‘Hala Tuju Pembangunan Pendidikan dan Modal Insan Koperasi’. Turut hadir ke majlis perasmian ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) IKMa, Encik Mohd Zaib Mat Yunus.

kita mengambil kira perkara ini untuk menentukan apakah yang kita (koperasi) nak buat, apakah koperasi nak

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Tuan Amran Haji Abd. Kadir.

Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Datuk Mohd Ali Mansor.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease