5
25 - 26 Julai 2024 World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur
Penyertaan Inklusif Gerakan Koperasi Penting dalam Ekonomi MADANI
Wacana Koperasi: EKONOMI MADANI MALAYSIA menampilkan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali (kiri) dan dikendalikan oleh Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.
Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali berkata perlu ada jalan penyelesaian konkrit untuk meningkatkan penglibatan golongan belia dan profesional dalam gerakan koperasi.
Bengkel Perbincangan Kumpulan yang dikendalikan oleh ANGKASA-UMK Research Academy (AURA).
Oleh NADIAH KAMARUDIN
adalah merisaukan antaranya penglibatan golongan belia dan profesional dalam koperasi yang masih pada tahap rendah. “7.2 juta individu bersamaan 22 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia merupakan anggota koperasi, tetapi daripada jumlah tersebut (7.2 juta), golongan belia dan profesional hanyalah mewakili 1.28 peratus. Itu bagi saya merisaukan. Bagaimana kita nak memikat hati anak muda terutamanya dan profesional? Saya cadangkan buat deep analytics kepada 7.2 juta individu ini untuk fahamkan karakter dan sifat mereka supaya masalah ini dapat diatasi,” jelas beliau. Satu lagi cabaran yang dihadapi oleh gerakan koperasi adalah jurang perbezaan sumbangan perolehan. Koperasi dalam kluster ‘besar’ jumlahnya kecil namun memberi sumbangan yang besar kepada perolehan gerakan koperasi, berbeza dengan koperasi dalam kluster ‘mikro’ yang banyak jumlahnya namun merekodkan sumbangan paling rendah. Hadir sama ke Wacana Koperasi: EKONOMI MADANI MALAYSIA ialah Presiden ANGKASA,
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Datuk Mohd Ali Mansor dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Tuan Amran Haji Abd. Kadir. Program wacana itu turut diikuti dengan Bengkel Perbincangan Kumpulan yang melibatkan 300 peserta bagi menghurai lebih mendalam empat fokus utama yang diberi penekanan dalam Kongres Koperasi Kebangsaan 2024. Empat fokus itu adalah 'Jati diri dan identiti koperasi', 'Akta, peraturan dan tata kelola koperasi', 'Pendidikan dan modal insan koperasi' dan 'Daya Saing Perniagaan Koperasi'. Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap sesi perbincangan dikendalikan oleh wakil daripada ANGKASA-UMK Research Academy (AURA). Hari pertama kongres berakhir dengan sesi pemurnian resolusi yang diketuai oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah.
Complexity economy atau kerumitan ekonomi pada masa ini menuntut satu penyertaan inklusif oleh semua pihak termasuk gerakan koperasi di Malaysia. Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali berkata, koperasi mempunyai peranan dalam merealisasikan tujuh penanda aras yang ditetapkan ekonomi MADANI sebagai sasaran jangka sederhana yang mahu dicapai sebelum 10 tahun. Beliau berkata demikian sewaktu Wacana Koperasi: EKONOMI MADANI MALAYSIA yang dikendalikan oleh Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik sebagai moderator program di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 25 Julai 2024. Menurut beliau, gerakan koperasi perlu mencari jalan penyelesaian dalam mengatasi beberapa cabaran yang pada pandangannya
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease