7
25 - 26 Julai 2024 World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur
Reaksi Peserta
Noor Salleh Tamanong Koperasi Kakitangan SAWIT Kinabalu Bhd.
01
Alhamdulillah, Kongres Koperasi Kebangsaan telah berakhir dengan jayanya. ‘Salute to all Organising Committee’ dan ANGKASA yang diterajui oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Bagi saya kehadiran YAB Perdana Menteri sudah cukup membanggakan dan berkesan bagi memenuhi tujuan dan inspirasi kongres kali ini.
Thevagi Kanesan (Guru) Koperasi SMK Seksyen 10 Kota Damansara Selangor Bhd.
02
Saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah mengumumkan pemberian dana kepada ANGKASA untuk memajukan lagi ekonomi. Saya juga berasa gembira kerana dapat berjumpa dengan beliau untuk pertama kalinya secara bersemuka sebegini. Terima kasih.
Wong Hon Fai (Pelajar) Koperasi SMK Setapak Indah Bhd.
03
Terima kasih diucapkan kepada ANGKASA kerana memberi peluang kepada kami menyertai Kongres Koperasi Kebangsaan 2024. Saya rasa amat seronok kerana dapat berjumpa dengan YAB Perdana Menteri dan mendengar amanat beliau.
Nur Ain Azmira Abu Seman Institut Koperasi Malaysia (IKMa)
04
Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 sangat relevan untuk dianjurkan pada setiap tahun. Melalui kongres ini koperator telah diberi peluang untuk menyuarakan pendapat dan pertanyaan masing-masing secara terbuka. Selain itu, melalui kongresi ini orang ramai terutamanya para pelajar di peringkat sekolah diberi pendedahan berkaitan koperasi yang secara tidak langsung menjadikan nama koperasi tidak asing lagi dalam kalangan umum.
Usamah Zair Shahrul Bashah Koperasi SANTUN YaPEIM Bhd.
05
Kami warga koperasi sangat berbesar hati dengan kehadiran YAB Perdana Menteri ke Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 yang diadakan selepas 55 tahun. Ini membukti beliau antara Perdana Menteri yang menyokong padu gerakan operasi sejak dari dahulu lagi. Semoga segala perancangan kita warga koperasi dalam kongres kali ini akan mencapai objektif yang direncanakan.
Adinal Syah Putra Koperasi Kakitangan ANGKASA Bhd.
06
Saya amat berbesar hati dapat menyertai Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 dan mendengar resolusi yang dibentangkan oleh Presiden ANGKASA mewakili gerakan koperasi di Malaysia. Semoga suntikan dana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri sebanyak RM 6 juta kepada ANGKASA untuk program pembangunan koperasi akan melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease