ANGKASA 9
OGOS 2024
ANGKASA Terima Peruntukan RM2.5 Juta bagi Pembangunan Perniagaan dan Pendidikan Koperasi
Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ BIN SARDIN
ANGKASA telah menerima peruntukan berjumlah RM2.5 juta daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi membiayai pelaksanaan Program Pembangunan Perniagaan Koperasi dan Tabung Pendidikan ANGKASA. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM2 juta akan digunakan untuk membantu koperasi mengembangkan perniagaan manakala RM500 ribu adalah bagi tujuan pembiayaan boleh ubah yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA untuk anggota koperasi, anak anggota koperasi dan kakitangan koperasi melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Penyerahan sumbangan itu telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick kepada Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah di Bilik Gerakan KUSKOP, Putrajaya pada 16 Julai 2024. Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Tuan Rusli Jaafar, Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar dan Pembangunan) SKM, Haji Azam Sulaiman, Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil KUSKOP merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Encik Azizul Alias.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick (tiga dari kanan) menyerahkan replika cek peruntukan bagi Program Pembangunan Perniagaan Koperasi berjumlah RM2 juta kepada Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Turut sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Tuan Rusli Jaafar (dua dari kanan), Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar dan Pembangunan) SKM, Haji Azam Sulaiman (kanan sekali), Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (dua dari kiri) dan Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil KUSKOP merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Encik Azizul Alias (kiri sekali).
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease