DISEMBER 2022 JILID: WP04 /12
ANGKASACoop
www.angkasa.coop
RM1.00
2
Pemupukan SDG ke-9 Teras Kemajuan Ekonomi Koperasi Persidangan Perdagangan dan Perniagaan Koperasi-ke-Koperasi (C-2-C)
Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Dato’ Suriani Dato’ Ahmad (duduk, tengah barisan kedua) dan dif kehormat bergambar bersama peserta Persidangan Perdagangan dan Perniagaan Koperasi-ke-Koperasi (C2C).
Oleh NADIAH KAMARUDIN
Dato’ Ahmad berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam bersempena Persidangan Perdagangan dan Perniagaan Koperasi-ke-Koperasi (C-2-C). Majlis tersebut telah diadakan pada 30 November 2022 di Kuala Lumpur dan dihadiri oleh seramai 60 peserta mewakili 23 buah koperasi dari 10 buah negara. Persidangan yang memfokuskan pada 'Permintaan lawan Peluang dalam Perniagaan Koperasi: Merapatkan Jurang Melalui Industri, Inovasi dan Infrastruktur (SDG 9)' dianjurkan oleh Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP), ASEAN Co- operative Organization (ACO) dan ANGKASA. Sementara itu, Presiden ANGKASA merangkap Naib Presiden ICA-AP, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menegaskan bahawa ANGKASA akan terus memperjuangkan hak dan kepentingan gerakan koperasi serta komited untuk menjayakan Agenda 2030 agar gerakan itu kekal berdaya maju bagi menghadapi cabaran dunia hari ini dan masa depan. Seterusnya, Pengarah Serantau
ILAVARASAN A/L TAMILCHELVAN
Pemupukan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang kesembilan (9) iaitu 'Industri, Inovasi dan Infrastruktur' adalah antara teras utama yang perlu dititiberatkan oleh gerakan koperasi global untuk kekal relevan, kompetitif dan berdaya saing sekali gus mampu meningkatkan sumbangan sektor koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pemerkasaan SDG-9 akan memberi ruang dan peluang kepada koperasi untuk meningkatkan daya saing, memajukan pembangunan teknologi domestik, penyelidikan dan inovasi serta memastikan persekitaran dasar yang kondusif untuk kepelbagaian industri dan penambahan nilai kepada komoditi. Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Dato’ Suriani
Dato’ Suriani Dato’ Ahmad ketika menyampaikan Suriani Dato’ Ahmad ketika menyampaikan ucapan.
Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Encik Rusli Jaafar, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Modal Insan Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Encik Mohd Zaib Mat Yunus dan Timbalan Presiden ANGKASA, Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik. Anggota Lembaga ANGKASA yang turut hadir ialah Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya, Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa dan Encik Azizul Alias, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim dan Penasihat Korporat (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin.
ICA-AP, Mr. Balasubramanian Iyer dalam ucapannya berkata, persidangan tersebut adalah platform terbaik untuk mengetengahkan isu global yang boleh dibincangkan secara kolektif dan menyeluruh. Hadir sama ke majlis makan malam tersebut ialah Timbalan
Presiden ANGKASA merangkap Naib Presiden ICA-AP, Datuk Seri Dr. ANGKASA merangkap Naib Presiden ICA-AP, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (dua dari kiri) bersama peserta dari luar negara.
Sidang Pengarang
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim
Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal
Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dr. Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Koperasi Pos Nasional Berhad Wisma KOPONAS 70-74, Jalan Tun Sambanthan 50470 Kuala Lumpur Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd. No. 21 Jalan 2/27E, Seksyen 10 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi
Muat Turun Aplikasi
Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Mudah Alih PELANCAR PERCUMA
• Nadiah Kamarudin • Rahmat Mohd. Did
• Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir
Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor
3
Koperasi Optimistik Hadapi Krisis Ekonomi
Seramai 60 peserta mewakili 23 buah koperasi dari 10 buah negara telah menghadiri Persidangan Perdagangan dan Perniagaan Koperasi-ke-Koperasi (C-2-C) di Kuala 60 peserta mewakili 23 buah koperasi dari 10 buah negara telah menghadiri Persidangan Perdagangan dan Perniagaan Koperasi-ke-Koperasi (C-2-C) di Kuala Lumpur pada 30 November 2022.
Pada persidangan itu, turut berlangsung tiga forum yang menumpukan kepada kepentingan mempercepatkan adaptasi inovasi dalam sektor pertanian dan industri asas tani, kepenggunaan serta kewangan memandangkan tiga sektor berimpak tinggi tersebut mempunyai penglibatan besar oleh koperasi di seluruh dunia. Inovasi sering dikaitkan dengan penghasilan produk dan perkhidmatan. Walau bagaimanapun, skop inovasi turut merangkumi cara sesebuah perniagaan dikendalikan seperti mengadaptasi teknologi terkini, menyesuaikan perniagaan dengan kaedah dan sistem baharu serta memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah. Ketandusan aspek inovasi menyebabkan koperasi ketinggalan kerana mereka tidak mampu untuk menyediakan atau menawarkan produk dan perkhidmatan yang kompetitif, selaras dengan permintaan pengguna di peringkat tempatan, serantau dan global.
Oleh NADIAH KAMARUDIN
Menurut Bapak Firdaus, kerjasama antara CIMT dengan sektor koperasi adalah bertepatan dengan keadaan semasa dan cabaran ekonomi mendatang. Tambah beliau, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah melaporkan bahawa pihaknya tidak menolak kemungkinan dunia akan mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 2023. “Melangkah ke hadapan, CIMT sedang meneroka kerjasama jangka panjang melalui penekanan terhadap penubuhan sebuah majlis bersama koperasi (Cooperative Joint Council) dengan badan puncak gerakan koperasi dari tiga negara iaitu ANGKASA (Malaysia), Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN) dan Cooperative League of Thailand (CLT),” ujar Bapak Firdaus. Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) merupakan sebuah inisiatif kerjasama subrantau yang dibentuk pada tahun 1993 oleh kerajaan Indonesia, Malaysia dan Thailand bertujuan memperkasakan transformasi ekonomi di tiga negara tersebut.
Langkah awal yang perlu diambil oleh koperasi untuk menghadapi krisis ekonomi global yang mendatang adalah bersikap optimistik bahawa cabaran itu mampu diatasi dengan baik. Demikian antara initipati ucapan Pengarah Centre for IMT-GT Subregional Cooperation (CIMT), Bapak Firdaus Dahlan ketika menyampaikan ucapan dasarnya.
Pengarah Centre for IMT-GT Subregional Cooperation (CIMT), Bapak Firdaus Dahlan pada Persidangan Perdagangan dan Perniagaan Koperasi-ke-Koperasi (C-2-C) yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada 30 November 2022. Seramai 60 peserta mewakili 23 buah koperasi dari 10 buah negara telah hadir ke program itu.
Peserta bertanya soalan kepada ahli panel pada sesi forum. bertanya soalan kepada ahli panel pada sesi forum.
Antara peserta yang hadir pada persidangan. peserta yang hadir pada persidangan.
Dari Meja Presiden
Aspek inovasi yang merupakan antara tiga aspek penting dalam SDG ke-9 memainkan peranan signifikan dalam pembangunan ekonomi yang mampan. Kerajaan telah mengusahakan pelbagai inisiatif untuk membantu koperasi mengembangkan perniagaan mereka melalui pemberian geran atau pinjaman, latihan dan bengkel, pemasaran serta pengiklanan. Walau bagaimanapun, jika tiada usaha yang berterusan daripada koperasi sendiri untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang mengikut permintaan pengguna berikutan ketandusan inovasi, koperasi tidak mampu untuk bersaing di pasaran tempatan mahupun luar negara. Kesan pandemik COVID-19 yang mengubah tabiat dan gaya hidup manusia masa kini secara drastik seharusnya mengajar kita untuk menerapkan inovasi melalui penerapan digitalisasi dalam pengoperasian perniagaan.
ANGKASA merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 dan YB Datuk Ewon Benedick sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta barisan kabinet baharu Malaysia di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan. Semoga Malaysia terus cemerlang dan gemilang di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri. Sementara itu, jati diri koperasi mengutamakan nilai seperti perpaduan, demokrasi, kesamaan, kesaksamaan, kesetiaan dan bersatu hati. Hal demikian menjadikan koperasi sebagai sebuah gerakan yang menumpukan pada keperluan anggota, memastikan penyertaan dan pendekatan menyeluruh untuk menghadapi cabaran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Justeru, tidak dapat dinafikan koperasi adalah sebuah model yang ideal untuk melaksana dan menjayakan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) atau lebih dikenali sebagai Agenda 2030.
Sumbangan sektor koperasi di Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) amat bergantung kepada sejauh mana lebih 15,000 koperasi di negara kita komited untuk meletakkan aspek inovasi sebagai antara pemacu utama dalam perniagaan mereka.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA
4
FORUM 1
Fokus :
Pertanian: Kepentingan mewujudkan infrastruktur yang berdaya tahan dalam meningkatkan inovasi dalam kalangan koperasi pertanian untuk mencapai sekuriti makanan.
Moderator Mr. Balasubramanian Iyer Pengarah Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP)
Panelis 1
Panelis 2
Dr. Jung-Yun Choi (Korea) Felo Penyelidik Bersekutu
Bapak Suroto (Indonesia) Ketua Pegawai Eksekutif Induk Koperasi Usaha Rakyat Indonesia (inKUR)
Pasukan Penyelidik Dasar Pertanian NH Economic Research Institute, National Agricultural Cooperative Federation (NACF)
FORUM 2
FORUM 3
Fokus :
Fokus :
Komuniti & Kepenggunaan: Mengubah cara biasa menjalankan perniagaan dengan meningkatkan tahap persaingan koperasi di pasaran dengan menyediakan sumber produk dan perkhidmatan yang alternatif kepada pengguna.
Kewangan: Mewujudkan pengalaman yang positif untuk pelanggan dan memfokuskan pada membolehkan keperluan pelanggan dengan memanfaatkan teknologi baharu.
Moderator
Moderator
Dr. Noraini Mohamad Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa ANGKASA
Mr. Nurdin Abdullah Presiden Malaysia Australia Business Council (MABC)
Panelis 1
Panelis 1
Ms. Christie Rowena C. Plantilla (Filipina) Ketua Pegawai Eksekutif Federation of People’s Sustainable Development Cooperative (FPSDC)
Encik Khairul Anuar Mohammad Anuar (Malaysia) Ketua Pegawai Eksekutif Co-opbank Pertama (CBP)
Panelis 2
Panelis 2
Bapak Ilham Nasai (Indonesia) Pengarah Perhubungan Luar Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN)
Ms. Evangeline Lopez (Filipina) Ketua Kumpulan Perkhidmatan Pembayaran National Confederation of Cooperatives (NATCCO)
Panelis 3
Panelis 3
Mr. Leintz Vusilai (Vanuatu) Pakar Akaun Vanuatu Cooperative Business Network (VCBN)
Mr. Laurensius Tony (Indonesia) Pengurus Teknologi Maklumat PUSKOP Credit Union Indonesia (PUSKOPCUINA)
5
REAKSI PESERTA PERSIDANGAN PERDAGANGAN DAN PERNIAGAAN KOPERASI KE KOPERASI (C-2-C)
Raul Q. Montemayor Filipina
Kebetulan saya terlibat dalam sektor pertanian. Saya melihat sektor pertanian ini menghadapi pelbagai masalah yang tidak boleh diselesaikan secara individu. Maka penglibatan dalam organisasi ICA-AP ini dilihat penting dalam menjadi agen utama yang menyediakan bantuan teknikal dalam menyelesaikan masalah pertanian.
Benjamin Kang Singapura
Adeline Kee Singapura
Pada pendapat saya, menerusi penglibatan dalam program ICA-AP ini kami dapat menganalisis pelan perdagangan negara anggota yang lain untuk dijadikan sebagai panduan khususnya dalam konteks perdagangan.
Bapak Ilham Nasai Indonesia
Perdagangan antara koperasi di peringkat rantau Asia Pasifik boleh diperkasakan dengan inisiatif merancakkan perdagangan dua hala sesama koperasi.
Saya berharap menerusi penganjuran program ini, wakil koperasi antarabangsa dapat bertukar pendapat mengenai ilmu perdagangan koperasi. Selain itu, kerjasama koperasi dapat diwujudkan bagi membolehkan gerakan koperasi terus maju pada masa hadapan.
Dr. Maduwilla Gamarachige Sunil Silva Sri Lanka
Program ini berupaya menjadi medan perbincangan dan platform terbaik kepada koperasi dalam meningkatkan kualiti pelaksanaan aktiviti serta pelan perdagangan koperasi demi kesejahteraan negara anggota yang terlibat. Christie Rowena C. Plantilla Tetay Filipina
Leintz Vusilai Vanuatu
Koperasi berpeluang mewujudkan kerjasama menerusi perdagangan dan perniagaan dengan negara anggota ICA - AP melalui sumber yang disediakan.
Perdagangan Koperasi-ke-Koperasi (C-2-C) dapat mempelbagaikan ekonomi gerakan sekali gus meningkatkan rantaian nilai seperti memperkukuh hubungan antara koperasi.
6
Jawatankuasa Perdagangan ICA-AP Fokus Produk Halal
Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP) yang diketuai oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP) yang diketuai oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah selaku Pengerusi jawatankuasa telah diadakan secara hibrid di Kuala Lumpur pada 1 Disember 2022.
Oleh ILAVARASAN A/L TAMILCHELVAN
Usaha untuk mengetengahkan pelbagai produk dan perkhidmatan halal keluaran koperasi di rantau Asia Tenggara melalui penganjuran sebuah forum pada tahun 2023 menjadi antara fokus utama Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP). Perkara tersebut telah dibincangkan dalam satu mesyuarat jawatankuasa tersebut yang diadakan secara hibrid di Kuala Lumpur pada 1 Disember 2022. Mesyuarat itu yang telah dihadiri oleh lapan anggota mewakili lima koperasi dari lima negara iaitu Korea, China, Nepal Malaysia dan Filipina telah dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah selaku Pengerusi jawatankuasa. Hadir sama dalam mesyuarat ialah Anggota Lembaga jawatankuasa merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balasubramanian Iyer, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad. Menurut Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, penganjuran forum tersebut adalah selaras dengan Pelan Strategik Tiga (3) Tahun jawatankuasa itu yang mahu meningkatkan jumlah keanggotaan dan penglibatan anggota mereka dalam program di peringkat antarabangsa untuk menggalakkan hubungan perdagangan dan ekonomi antara koperasi. Katanya, negara anggota jawatankuasa seperti Filipina dan China menyokong cadangan untuk mengadakan sebuah forum yang memfokuskan pada produk halal kerana yakin dengan permintaan daripada orang Islam dan negara bukan Islam yang sentiasa meningkat. Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA-AP yang telah ditubuhkan pada 2016 mempunyai seramai 20 anggota mewakili 11 koperasi dari lapan negara.
Peserta yang menyertai mesyuarat secara hibrid. yang menyertai mesyuarat secara hibrid.
Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA-AP
Malaysia
China
Filipina
Sri Lanka
Palestin
Korea
Nepal
Iran
ANGKASA
National Cooperative Bank Limited National Cooperative Federation of Nepal
All China Federation of Supply and Marketing Cooperatives
Federation of People's Sustainable Development Cooperative
Pishgaman Cooperative Union
Matara District Hospital Cooperative
Economic and Social Development Center
Iran Chamber of Cooperatives
National Agricultural Cooperative Federation
Central Union of Rural and Agricultural Cooperatives of Iran
7
ACO Fokus Usaha Menjadi Rakan Sekutu ASEAN Mesyuarat Agung Tahunan ASEAN Co-operative Organization (AC0) 2021
Presiden ACO, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah bergambar bersama pemimpin koperasi mewakili tujuh badan puncak gerakan koperasi dari tujuh negara ACO, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah bergambar bersama pemimpin koperasi mewakili tujuh badan puncak gerakan koperasi dari tujuh negara anggota ACO yang hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan ACO 2021 di Kuala Lumpur pada 1 Disember 2022.
Oleh NADIAH KAMARUDIN
Fokus lapan koperasi apeks dari negara anggota ASEAN Co-operative Organization (ACO) kini tertumpu ke arah menjadikan organisasi itu sebagai antara rakan sekutu ASEAN setelah selesai dengan usaha untuk merapatkan kembali hubungan antara ACO dengan Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia pada September 2022. Usaha untuk menjadikan ACO sebagai rakan sekutu ASEAN adalah signifikan dengan misinya iaitu memperkasakan peranan sektor koperasi sebagai penyumbang ketiga kepada pertumbuhan ekonomi di negara Asia Tenggara selepas sektor kerajaan dan swasta. Demikian dinyatakan oleh Presiden ACO merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah pada Mesyuarat Agung Tahunan ACO untuk tahun 2021 yang diadakan secara hibrid di Kuala Lumpur pada 1 Disember 2022. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh 11 pemimpin koperasi mewakili tujuh badan puncak gerakan koperasi dari tujuh negara anggota ACO iaitu Malaysia, Indonesia, Vietnam, Singapura, Thailand, Filipina dan Myanmar. Ahli Lembaga ACO lain yang turut hadir ialah Setiausaha Agung ACO merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Bendahari ACO merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya. Hadir sama dalam mesyuarat ialah Pengarah Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa - Asia dan Pasifik (ICA-AP), Mr. Balasubramanian Iyer dan Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik. Menurut Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, menjadi rakan sekutu ASEAN akan memudahkan ACO dan memberikan kelebihan kepadanya untuk menjalankan apa-apa aktiviti berbentuk kolaborasi, kerjasama strategik dan jaringan perniagaan dengan koperasi di rantau tersebut. Beliau turut menyatakan harapannya agar setiap anggota ACO dapat melobi kerajaan masing- masing supaya ACO diberikan status sebagai rakan sekutu ASEAN. Katanya, ACO juga akan bekerjasama dengan Centre for IMT-GT Subregional Cooperation (CIMT) untuk menubuhkan sebuah majlis bersama koperasi (Cooperative Joint Council) untuk membangunkan aktiviti perniagaan koperasi di
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah mengekalkan jawatannya Seri Dr. Abdul Fattah mengekalkan jawatannya sebagai Presiden ACO untuk satu penggal (2022- 2026).
Setiausaha Agung ACO, Dato’ Haji Kamarudin Ismail. Agung ACO, Dato’ Haji Kamarudin Ismail.
Naib Pengerusi Pengerusi Philippine Cooperative Centre , Mr. Raul Q. Montemayor (kiri) dilantik sebagai Naib Presiden 2 ACO.
Bendahari ACO, Dr. Mohd. Azlan Yahya.
Malaysia, Indonesia dan Thailand. Usaha itu akan memfokuskan pada pembangunan perniagaan dalam empat sektor iaitu koperasi sekolah, koperasi kariah masjid, kewangan Islam dan produk halal. Sementara itu, mesyuarat sebulat suara mencapai keputusan untuk mengekalkan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah sebagai Presiden ACO dan melantik Naib Pengerusi Philippine Cooperative Centre , Mr. Raul Q. Montemayor sebagai Naib Presiden 2 ACO untuk satu penggal (2022-2026). Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN) akan mencalonkan seorang wakil yang akan dipilih oleh Lembaga Pengarahnya sebagai Naib Presiden 1 ACO. Sebanyak 11 agenda telah dibentangkan dalam mesyuarat itu antaranya ialah kolaborasi dengan National Commission of Muslim Filipinos membangunkan koperasi kariah masjid di Filipina dan menjalankan program pemerkasaan ekonomi komuniti Muslim di negara tersebut. Mesyuarat itu juga dihadiri oleh empat pemerhati iaitu Mr. Leintz Vusilai daripada V anuatu Cooperative Business Network , Mr. Romula F. Caceras dan Ms. Evangeline Lopez daripada National Confederation of Cooperatives dan Penyelaras Projek CIMT, Puan Hamiliana Muhd Ali serta Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim dan Penasihat Korporat (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md. Yusof Haji. Samsudin.
Bapak Ilham Nasai (tengah) daripada Dewan Ilham Nasai (tengah) daripada Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN) ketika memberikan pandangannya dalam mesyuarat.
ANGGOTA ASEAN CO-OPERATIVE ORGANIZATION
1. Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN) 2. Singapore National Cooperative Federation (SNCF) 3. Cooperative League of Thailan d (CLT) 4. Philippine Cooperative Centre (PCC) 5. Vietnam Cooperative Alliance (VCA) 6. Central Cooperative Society Myanmar (CCS) 7. Cooperative Association of Cambodia (CAC) 8. Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)
8 ANGKASA
DISEMBER 2022
Pengiktirafan kepada Gerakan Koperasi Negara
ANGKASA Terima Anugerah Emas MTC – Juara Anugerah Pelancongan Koperasi
Datuk Haji Mohamad Ali Hasan
Pengerusi Jawatankuasa Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan (SPPDK) ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menzahirkan rasa syukur dan jutaan terima kasih atas penganugerahan itu dan menganggap pengiktirafan tersebut bukan untuk ANGKASA semata-mata tetapi kepada Gerakan Koperasi di Malaysia secara keseluruhan. “Saya juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, barisan Anggota Lembaga ANGKASA, Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (JTK), barisan Pengurusan dan warga ANGKASA yang telah memberikan kerjasama erat, persefahaman dan bantuan gerak kerja sempurna bagi memudahkan SPPDK menjalankan pelbagai kegiatan serta program untuk kemakmuran serta kebajikan anggota koperasi khasnya dan warga Malaysia amnya, walaupun dunia berhadapan dengan wabak COVID-19 dua tahun lalu", katanya. Beliau yang juga Anggota Lembaga ANGKASA menyatakan, pengiktirafan kali ketiga itu tentunya hasil kerja kuat warga kerja SPPDK yang sentiasa bersemangat meneruskan program pelancongan koperasi untuk manfaat gerakan. “Pengiktirafan ini juga sebagai penanda aras kepada koperasi pelancongan di Malaysia untuk bersama-sama seiring dengan standard yang digunakan syarikat swasta dalam sektor pelancongan negara. ANGKASA berharap hubungan baik antara MOTAC dengan Malaysia Inbound Tourism Association (MITA) mampu merealisasikan matlamat ini melalui pelbagai usaha bermanfaat untuk pelancongan negara", ujarnya. Berdasarkan rekod, ANGKASA sebelum ini telah menerima dua anugerah yang sama iaitu Anugerah Emas Program Inisiatif Pelancongan (Gold Award Tourism Initiative Programme) daripada MTC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 20 November 2017 dan pada 30 Oktober 2018 di Hotel Palace of Golden Horses, Selangor.
Pengerusi JPAN Sarawak, Encik Wan Azizan menerima sijil dan trofi daripada Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting. Turut kelihatan ialah Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC), Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri (tengah) dan Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Encik Uzaidi Udani (dua dari kiri).
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Majlis tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting kepada wakil ANGKASA iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin. penyampaian anugerah Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dan Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Encik Uzaidi Udani. Majlis penganugerahan yang memasuki
Penglibatan ANGKASA dalam sektor pelancongan koperasi mendapat pengiktirafan negara apabila menerima Anugerah Emas MTC – Juara Anugerah Pelancongan Koperasi (Malaysia Tourism Council (MTC) Gold Award – Champion Of Cooperative Tourism Award pada Majlis Makan Malam Gala Malaysia Tourism Council Gold Awards 2022 bertempat di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching, Sarawak pada 22 Oktober 2022.
edisi ke-6 pada tahun 2022 disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kerajaan Negeri Sarawak melalui Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP). Bertemakan ‘Recognising The Real Champions in Tourism’, MTC Gold Awards 2022 menganugerahkan lebih 100 anugerah kepada pemain industri pelancongan melalui dua kategori utama iaitu Gold Award iaitu 100 Anugerah Emas diberikan kepada pemain individu dan syarikat, dan Icon iaitu Anugerah Emas untuk personaliti dan
negeri yang menyumbang kepada industri pe– lancongan negara.
Sijil pengiktirafan dan trofi Anugerah Emas – Juara Anugerah Pelancongan Koperasi. pengiktirafan dan trofi Anugerah Emas – Juara Anugerah Pelancongan Koperasi.
9 ANGKASA
DISEMBER 2022
Program Wacana Ilmu Sektor Hartanah dan Industri Binaan ANGKASA 2022 Terokai Ekonomi Berasaskan Ilmu Pengetahuan
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kanan) hadir ketika merasmikan Program Wacana Ilmu Sektor Hartanah dan Industri Binaan ANGKASA 2022 di Petaling Jaya. Turut sama ialah Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (dua dari kiri), Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (tiga dari kiri), Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah (dua dari kanan), Datuk Haji Abdul Razak Hussain (kanan sekali) dan Ir. Ts. Mohd Ramli Parman (kiri sekali).
padanan dapat diminimumkan. Untuk makluman, lebih 34,000 unit kediaman bernilai RM21.7 bilion yang siap dibina tidak terjual dalam tempoh separuh pertama tahun ini dengan Johor merupakan negeri mencatatkan jumlah tertinggi," jelas beliau. Menurutnya lagi, pemaju koperasi disaran untuk merujuk Portal Unsold Property Enquiry System Malaysia (UPESM) yang dibangunkan NAPIC sebelum merancang pembangunan baharu dalam sesuatu kawasan serta menjalankan kajian menyeluruh agar dapat membuat keputusan yang tepat dan tidak menyebabkan lambakan stok rumah pada masa hadapan. Hadir sama pada majlis itu ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Hartanah dan Pengurusan Aset ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Hartanah dan Pengurusan Aset ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah; Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain dan Pengurus Besar, Bahagian Pengurusan Aset dan Pembangunan Hartanah, Ir. Ts. Mohd Ramli Parman. Seramai 150 peserta hadir mengikuti kertas kerja tajuk 'Penggunaan Konsep Musyarakah Mutanaqisah Dalam Pembiayaan Rumah', 'Pembangunan Modal Insan Dalam Sektor Hartanah Industri Binaan' dan Perkongsian Pengalaman dalam Pengurusan Projek Perumahan Koperasi.
Oleh NOR AZAH ABD AZIZ
Anggota koperasi disaran supaya sentiasa meningkatkan ilmu dan pengetahuan agar dapat meneroka peluang baharu untuk meningkatkan ekonomi koperasi. Demikian dinyatakan oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu berucap merasmikan Program Wacana Ilmu Sektor Hartanah dan Industri Binaan ANGKASA 2022 di Petaling Jaya pada 28 November 2022. Katanya, wacana ilmu yang dianjurkan oleh ANGKASA dari semasa ke semasa dapat membantu anggota meningkatkan ilmu sekali gus memberi impak positif kepada percambahan idea, pemikiran dan peluang-peluang baharu. Wacana ilmu juga boleh berperanan sebagai platform untuk mencari jalan memperkasakan kembali perniagaan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan suasana sosioekonomi semasa yang mencabar. Menurut beliau, sektor hartanah dan binaan adalah antara sektor yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Namun dalam tempoh separuh pertama tahun 2022, prestasi urus niaga sektor ini meningkat 30 peratus dengan transaksi bernilai RM84 bilion. Perkara tersebut dinilai berdasarkan Laporan Pasaran Hartanah Separuh Pertama Tahun 2022 yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Hartanah dan Pengurusan Aset ANGKASA,Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa sedang menyampaikan ucapan alu-aluan. Negara (NAPIC) iaitu agensi bawah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Berdasarkan kepada laporan tersebut, sektor hartanah kediaman merekodkan 116,178 transaksi bernilai RM45.62 bilion dengan Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor dan Selangor membentuk kira-kira 47 peratus daripada keseluruhan kediaman nasional. "Aktiviti pasaran memperlihatkan trend positif manakala pelancaran kediaman baharu memperlihatkan sentimen berhati-hati. Amat perlu pemaju koperasi memberi perhatian pada data rumah yang tidak terjual, selain memastikan rumah yang dibina menepati permintaan dengan harga mampu milik sebelum melaksanakan projek baharu. Ini amat penting dalam memastikan penawaran perumahan selari dengan permintaan dan isu ketidak
Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan turut menyertai program.
Sebahagian peserta yang hadir. peserta yang hadir.
10 ANGKASA
DISEMBER 2022
12 ANGKASA
DISEMBER 2022
Promosi Pengurusan Wasiat Melalui Rancangan Akademi Daie Muda YADIM 2022
Oleh MOHD ZAKUAN AZMI
Kerjasama
strategik
terbaharu
antara Amanah Berhad (MAAB) dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dijangka dapat meningkatkan sinergi pemasaran selain terus memupuk kesedaran masyarakat Islam terhadap kepentingan pengurusan wasiat dan harta pusaka. MyANGKASA Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, pendekatan yang digunakan melalui medium dakwah oleh pelatih Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) 2022 bukan sahaja dapat membantu mengukuhkan penjenamaan MAAB di saluran media elektronik dan media sosial, malah turut mempromosikan MAAB sebagai platform pengurusan amanah secara lebih menyeluruh. Katanya, MAAB sedia menjalin bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi meningkatkan mesej kesedaran tersebut di samping meningkatkan strategi pemasaran untuk produk- produk berasaskan wasiat dan pengurusan pusaka.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama peserta Rancangan Akademi Daie Muda YADIM 2022.
"Setakat ini, MAAB telah mencatat pencapaian membanggakan dengan pendaftaran wasiat melebihi 223,247 kes. Jumlah nilai aset dianggarkan sebanyak RM111.6 bilion. Jika pentadbiran pusaka ini diselesaikan kelak, pendapatan MAAB dianggarkan mencecah RM2.23 bilion," jelas beliau. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Majlis Pengisian Ilmu MyANGKASA Amanah Berhad bersama 28 Pelatih Akademi Daie
Muda YADIM (ADMY) 2022 pada 25 Oktober 2022 di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, Selangor. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi MAAB yang juga Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM (Menanggung Tugas Yang Dipertua YADIM), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Institut Latihan Dakwah YADIM, Encik Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAAB
yang juga Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kredit & Kewangan ANGKASA, Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim. MAAB menjalin kerjasama strategik dengan pihak YADIM sebagai penaja bersama rancangan Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) 2022 musim ke-4 yang bersiaran secara langsung di TV Al-Hijrah.
Program RNPK Bantu Koperasi Tingkat Jualan Produk MAAB
Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
Beliau
berkata
demikian
sewaktu merasmikan Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik antara MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) dengan Koperasi berucap KOPERKASA Sarawak Berhad pada 31 Oktober 2022 secara maya melalui aplikasi Zoom Meeting. KOPERKASA yang merupakan koperasi pertama menyertai RNPK bakal diberikan fi komisen RNPK bagi proses jualan seperti berikut: i. Memperoleh 60% daripada harga wasiat yang didaftarkan (60% daripada RM500.00).
MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) dengan kerjasama sektor kewangan ANGKASA telah mewujudkan Rakan Niaga Premium Koperasi (RNPK) melalui saluran Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) bagi membantu koperasi mengembangkan perniagaannya melalui produk perancangan dan pentadbiran harta pusaka MAAB. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata program tersebut merupakan inisiatif Sektor Kewangan ANGKASA yang menawarkan peluang perniagaan alternatif kepada koperasi. Menurut beliau, RNPK bertujuan untuk membantu koperasi sebagai rakan niaga kepada MAAB. Selain itu, RNPK juga menyasarkan koperasi yang berpotensi untuk menjadi RNPK dengan meletakkan hanya satu RNPK bagi setiap daerah. "MAAB juga memberi peluang kepada anggota koperasi dan anggota keluarga yang lain untuk menjual produk perancangan dan pentadbiran harta pusaka. Pendekatan tersebut dapat memberi peluang pekerjaan baharu kepada mereka sekali gus mampu menjana pendapatan sebagai agen jualan," ujar beliau.
Majlis menandatangani MoU KOPERKASA dengan MAAB.
ii. Amanah Pusakacare: RM10/bulan atau RM11/bulan atau RM12/bulan selama lima tahun (mengikut pakej harga).
MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB), Dato’ Haji Kamaruddin Ismail; Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin; Pengerusi Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad (KOPERKASA), Encik Fathi Haji Hambali dan Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kredit & Kewangan ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Pengarah MAAB, Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus.
iii. Komisen untuk produk lain akan dinyatakan di dalam perjanjian perkhidmatan.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah juga berharap agar kerjasama strategik yang terjalin antara MAAB dan Koperasi KOPERKASA Sarawak Berhad mampu mencipta dan mencapai kejayaan yang gemilang. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi
13 ANGKASA
DISEMBER 2022
ANGKASA Perkasa Rangkaian Coop Farmasi Melalui Perjanjian Usaha Sama dengan KOPUTRA
Majlis Perasmian Pembukaan Coop Farmasi & Wellness KOPUTRA Setia Alam yang berlangsung pada 26 November 2022 telah disempurnakan oleh Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan mewakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan Haji Zaharudin (empat dari kiri) menunjukkan dokumen yang ditandatangani antara ANGKASA di bawah jenama Coop Farmasi bersama KOPUTRA pada 3 November 2022. Turut sama ialah Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh (empat dari kanan) dan Haji Nor Azmi Jalil (tiga dari kanan).
diwujudkan dan empat daripadanya dimiliki oleh ANGKASA manakala selebihnya milik Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (KOGURU) dan KOPUTRA di Setia Alam, Selangor. “Dua buah lagi premis Coop Farmasi milik koperasi akan diwujudkan menjelang Disember 2022 iaitu milik Koperasi FELDA Sungai Koyan III Raub Berhad dan Koperasi Majlis Perbandaran Dungun Berhad,” katanya. Tambahnya lagi, model perniagaan Coop Farmasi bukan hanya memfokuskan kepada kedai fizikal sahaja, tetapi dalam peringkat percubaan untuk mengadaptasi kemudahan digitalisasi kesihatan melalui sistem ‘doc2us’.
Oleh RAHMAT MOHD DID RAHMAT MOHD DID
“Sistem ini membolehkan pesakit untuk berjumpa doktor atau pakar kesihatan melalui aplikasi tersebut. Seterusnya, preskripsi ubat akan dihantar ke premis Coop Farmasi berdekatan secara dalam talian dan pesakit boleh memilih untuk mengambil ubat di Coop Farmasi atau dihantar ke rumah masing-masing” katanya lagi. Sementara itu, Pengerusi KOPUTRA, Haji Zaharuddin Alias dalam ucapannya berkata, pihaknya amat berbangga dengan pembukaan Coop Farmasi pertama milik KOPUTRA dan sedia untuk membuka lebih banyak cawangan pada masa hadapan jika model perniagaan tersebut memberikan impak positif. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh; Pengurus Besar Bahagian Perniagaan ANGKASA, Haji Nor Azmi Jalil; Penasihat Undang- Undang ANGKASA, Dato’ Haji Mohamad Shariff Haji Abu Samah dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.
ANGKASA jaringan perniagaan penjagaan diri dan kesihatan bawah jenama Coop Farmasi dengan memeterai perjanjian bersama Koperasi Pelaburan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) pada 3 November 2022. memperluaskan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, ANGKASA mengambil langkah untuk menceburi sektor tersebut kerana melihat kesesuaiannya dengan ekosistem koperasi di Malaysia. Menurut beliau, sehingga kini terdapat enam buah premis Coop Farmasi yang telah
Mudahkan Penduduk Setempat Beli Produk Kesihatan Coop Farmasi Sungai Koyan III
Oleh MOHD ZAKUAN AZMI MOHD ZAKUAN AZMI
Coop Farmasi milik Koperasi Felda Sungai Koyan III Raub Berhad adalah farmasi yang ketiga ditubuhkan di Pahang selain di Bentong dan Kuantan bawah seliaan MyANGKASA Farmasi Sdn. Bhd. Selain farmasi, koperasi tersebut yang ditubuhkan sejak 30 Jun 1977 turut menjalankan perniagaan stesen minyak Petronas, perladangan, perkhidmatan pengangkutan, peruncitan, sewaan aset, penternakan lembu integrasi, belian BTS , kedai makanan haiwan dan kontrak pertanian. Hadir sama dalam sesi lawatan tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Lembaga MyANGKASA Farmasi Sdn. Bhd., Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Pahang, Encik Ibrahim Husain; Pengurus Besar Bahagian Perniagaan, Haji Nor Azmi Abd. Jalil dan barisan Anggota Lembaga Koperasi.
Fasiliti yang disediakan melalui Coop Farmasi Felda Sungai Koyan 3 di Sungai Koyan, Raub, Pahang bukan sahaja dapat membantu orang ramai termasuk masyarakat orang Asli untuk mendapatkan produk kesihatan dan ubat-ubatan, malah dapat menjimatkan masa dan kos pengangkutan kerana kedudukan farmasi lain yang jauh di bandar Raub. Demikian dinyatakan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail sewaktu hadir dalam lawatan ringkas ke farmasi tersebut pada 18 November 2022. Beliau yang diiringi oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah turut dibawa melihat suasana ruang jualan selain diberi penerangan ringkas oleh Pengerusi Koperasi Felda Sungai Koyan III Raub Berhad, Haji Mohd Radzi Mohd Noh.
YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) dan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bergambar di hadapan Coop Farmasi Felda Sungai Koyan III di Sungai Koyan, Raub, Pahang bersama ALK Koperasi Felda Sungai Koyan III. Turut kelihatan ialah Pengarah SKM Negeri Pahang, Encik Ibrahim Husain (tiga dari kiri) dan Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa.
14 PENGANTARABANGSAAN KOPERASI
DISEMBER 2022
Pelancongan Islam: Potensi Baharu Industri Pelancongan Global
Datuk Haji Mohamad Ali Hasan ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Cooperative: The Next Industry Player For Tourism In Malaysia And ASEAN’.
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
3 rd World Islamic Tourism Conference And Exhibition 2022 (WITC) anjuran Pusat Pelancongan Islam (ITC) yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 17 hingga 19 Oktober 2022 lalu telah mengetengahkan segmen pelancongan Islam yang semakin rancak berkembang. Langkah meneroka pasaran baharu melibatkan pengguna Islam dilihat sebagai antara strategi penting dalam usaha untuk meningkatkan kembali industri pelancongan dan ekonomi yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Persidangan antarabangsa yang bertemakan ‘Islamic Tourism: Inspiring Balance, Transformations and Solutions’ itu berjaya mengumpulkan seramai 300 delegasi dari dalam dan luar negara selain 40 panel dan moderator menjadi platform terbaik untuk saling berkongsi ilmu dan pengalaman khususnya mengenai pasaran pelancongan Muslim. Delegasi yang terlibat termasuk dari negara Uzbekistan, Bosnia Herzegovina, Turkiye, Arab Saudi dan Rusia. ANGKASA dijemput mengambil bahagian dan Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan telah bertindak sebagai salah seorang panel dalam Sesi Islamic Tourism Economy Forum bersama dua panel lain iaitu Timbalan Presiden Majlis Pelancongan, Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC), Puan Norhaslina Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif, Penang Halal International, Encik Fazil Irwan Som. Forum tersebut dikendalikan oleh moderator iaitu Pengerusi Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) , Encik Mohd Ridzal Mohd Sheriff. Datuk Haji Mohamad Ali Hasan turut membentangkan kertas kerja bertajuk ‘ Cooperative: The Next Industry Player For -Tourism In Malaysia yang mengupas mengenai perkembangan gerakan koperasi yang diterajui ANGKASA sebagai badan Puncak Gerakan Koperasi di Malaysia dan kepentingan industri pelancongan koperasi terhadap perkembangan ekonomi negara. Selain itu, inti pati pembentangan turut mengetengahkah kejayaan ANGKASA membawa 97 jemaah menyertai Program Sulung COOP Umrah ANGKASA pada 24 September 2022 lalu melalui kerjasama rakan strategik. Beliau yang juga Pengerusi Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan (SPPDK) ANGKASA berkata, pelancongan Islam adalah satu penjenamaan yang berkesan dan cara pemasaran untuk menarik pasaran Muslim dalam situasi pelancongan baharu perlu diberi penekanan yang sewajarnya termasuk aspek kesihatan dan keselamatan. “Skop Pelancongan Islam amat luas dan mempunyai hubungan dengan bidang sosioekonomi yang lain kerana bidang tersebut mampu membuka banyak peluang kepada lebih banyak pihak. Malah, Pelancongan Islam adalah bidang yang belum diterokai sepenuhnya dan berpotensi dalam memajukan ekonomi Islam secara keseluruhan,” ujarnya.
The 3 rd World Islamic Tourism Conference And Exhibition 2022 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 17 hingga 19 Oktober 2022.
Menurut beliau, ANGKASA turut mengambil peluang menerusi Pelan Pemulihan Pelancongan yang dibangunkan kerajaan untuk mengembalikan keyakinan pelancong terhadap tahap keselamatan di sesuatu destinasi pelancongan di samping merancakkan kembali perkhidmatan dan produk pelancongan koperasi. “Menerusi projek rintis kolaborasi bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) pada Januari 2020 lalu, sejumlah 24 buah koperasi telah mencapai sasaran dalam menaik taraf laman web, pelan pemasaran online serta menambah nilai produk dalam usaha merancakkan perniagaan pelancongan koperasi negara,” katanya.
Hotel - COOP Hotel: 25 buah koperasi (29 Hotel dan Resort)
12 buah koperasi Lodge – COOPLodge:
40 buah koperasi Homestay – COOPStay:
JARINGAN DAN PERKHIDMATAN PERNIAGAAN SPPDK ANGKASA
Koperasi Sekolah: Inter School Coop Tourism Programme (ISTAC): 250 buah Koperasi Sekolah
Spa – COOPSpa: 13 buah koperasi
Farmasi & Pharma Wellness – COOPFarmasi dan COOPWellness: 6 buah koperasi (200 outlet)
Travel - COOPTravel: 8 buah kepentingan koperasi
Dialisis - COOPDialisis: 13 buah koperasi (13 Pusat Dialisis)
Jadual: Jaringan Perkhidmatan dan Perniagaan Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan (SPPDK) ANGKASA
15 PENGANTARABANGSAAN KOPERASI
DISEMBER 2022
Persidangan Antarabangsa untuk Koperasi Perumahan Ke-4 (ICCH’22)
ANGKASA Bentang Kertas Kerja Pembangunan Koperasi Sekolah
Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Pembangunan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Azam Sulaiman menyampaikan cenderahati kepada Menteri Perumahan, Utiliti dan Komuniti Bandar Mesir, Dr. Assem El Gazzar.
Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA Global, Dato' Haji Kamarudin Ismail pada Persidangan Antarabangsa untuk Koperasi Perumahan ke-4 (ICCH’22).
Oleh NADIAH KAMARUDIN
Mutanaqisah telah ditulis oleh Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Co–operative Housing International , Datuk Haji Mohamad Ali Hasan serta pen– ceramah kewangan dan ekonomi, Prof. Dato' Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera. Sementara itu, de– legasi Malaysia turut mengadakan kunjungan hormat menemui Duta Malaysia ke Mesir iaitu Tuan Yang Terutama Zamani Ismail di St. Regis Al Masa Hotel. Beliau yang turut
'Program Pembangunan Modal Insan Melalui Koperasi Sekolah' menjadi topik pembentangan ANGKASA dalam Persidangan Antarabangsa untuk Koperasi Perumahan ke-4 (ICCH’22) di Kaherah, Mesir yang dihoskan oleh General Authority for Construction and Housing Cooperatives. Pembentangan tersebut telah dilakukan oleh Anggota Lembaga merangkap Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), Dato' Haji Kamarudin Ismail. Hadir sama dalam persidangan itu ialah Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Pembangunan SKM, Encik Azam Sulaiman dan Pengarah SKM Negeri Melaka, Encik Mohd Firdaus Shaari. Persidangan yang berlangsung selama empat hari bermula 17 Oktober 2022 di St. Regis Almasa Hotel tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Perumahan, Utiliti dan Komuniti Bandar Mesir, Dr. Assem El Gazzar. Program itu juga diadakan selari dengan 13th Africa Ministerial Co-operative Conference (AMCCO) yang dianjurkan oleh ICA- Africa. Hadir sama dalam dua program tersebut ialah Presiden ICA, Dr. Ariel Guarco. Lebih 50 wakil negara- negara Afrika turut berkongsi aktiviti dan pencapaian koperasi masing-masing. Tema yang diangkat pada persidangan tersebut adalah 'Growing Africa Together: The role of African Cooperatives in accelerating Sustainable Development Goals (2030) and the Africa We Want (Agenda 2063)'. ANGKASA telah dijemput khas oleh jawatankuasa ICCH’22 untuk berkongsi pengalaman mengenai model koperasi sekolah di Malaysia dan bagaimana modul tersebut berupaya memberi impak positif terhadap pembangunan modal insan khususnya dalam kalangan generasi muda. Kertas kerja yang bertajuk 'Sewa-Untuk-Beli (RTO): Skim / Projek Rumah Mampu Milik Melalui Koperasi Kewangan Islam di Malaysia' turut diedarkan kepada wakil koperasi pada persidangan ICCH’22. Kertas kerja itu yang memfokuskan pada pembiayaan rumah melalui kontrak Musharakah
Kertas kerja oleh Ahli Lembaga Cooperative Housing International , Datuk Haji Mohamad Ali Hasan serta penceramah kewangan dan ekonomi, Prof. Dato' Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera.
hadir dalam majlis perasmian persidangan telah meluangkan masa dengan berkongsi maklumat mengenai perkembangan gerakan koperasi di Mesir.
Encik Azam dan Dato’ Haji Kamarudin di hadapan bangunan General Authority for Construction and Housing Cooperatives.
Dato’ Haji Kamarudin berbincang dengan delegasi dari Mesir.
16 ANGKASA
DISEMBER 2022
KOPSYA Pacu Kecemerlangan Sektor Perbankan Islam Koperasi
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ketika menyampaikan ucapan pada MAPT KOPSYA Kali Ke-8.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (berdiri, tiga dari kanan) meraikan kemenangan selepas mesyuarat selesai.
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Koperasi ANGKASA (KOPSYA) optimis dan komited terhadap usaha memacu kecemerlangan ke arah memperkukuh institusi kewangan Islam gerakan koperasi negara. Pembiayaan Syariah Pengerusi KOPSYA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, usaha itu mampu direalisasikan menerusi sasaran KOPSYA untuk mendapat keanggotaan sebanyak 5,000 koperasi pada tahun 2030 berbanding pada 2022 hanya 1,528 koperasi, manakala syer keanggotaan pula disasarkan sebanyak RM100 juta. Katanya, inisiatif ANGKASA menubuhkan KOPSYA sebagai koperasi menengah bertujuan untuk menyediakan platform terbaik kepada koperasi mikro bagi mendapatkan pembiayaan perniagaan dengan lebih mudah pada kadar caj keuntungan yang rendah.
Pendaftaran perwakilan.
Perwakilan bergambar sebelum mesyuarat bermula.
Perwakilan yang hadir secara fizikal di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya.
MAPT KOPSYA Kali Ke-8 dipengerusikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.
Jurucakap yang mengambil bahagian dalam mesyuarat.
17 ANGKASA
DISEMBER 2022
KOPSYA Mampu Lonjak Kejayaan Cemerlang
Sesi pengundian yang berlangsung secara fizikal.
Usaha membantu mengumpulkan modal daripada koperasi berstatus besar dan sederhana untuk menanam syer ke dalam KOPSYA bagi membolehkan koperasi mikro mendapat pembiayaan dengan lebih mudah dan murah berbanding sekiranya mendapat pembiayaan atau pinjaman luar. "Sehingga 2022, KOPSYA telah mengeluarkan pembiayaan sebanyak RM506.8 juta dan itu diharap dapat dijangkakan pada tahun 2030, jumlah tersebut akan bertambah kepada RM1.3 bilion yang bakal dimanfaatkan sepenuhnya oleh koperasi anggota. Unjuran pendapatan juga adalah positif iaitu dengan pertambahan sebanyak RM157.3 juta kepada RM312.3 juta berbanding RM155 juta (kumulatif). Tidak mustahil dengan usaha yang giat dilaksanakan, KOPSYA mampu menjana keuntungan sebelum cukai sebanyak RM129.4 juta berbanding RM31.4 juta sahaja (kumulatif),” katanya. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) KOPSYA Kali Ke-8 bertempat di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya pada 29 Oktober 2022. Beliau juga menyeru kepada semua koperasi anggota agar dapat menambah syer koperasi masing-masing bagi mengembangkan dana KOPSYA. MAPT KOPSYA Kali Ke-8 yang dijalankan secara hibrid disertai seramai 889 perwakilan
berdaftar seluruh negara. Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dimulakan dengan agenda Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-7 (2018). Sebanyak 15 agenda MAPT KOPSYA telah dibentangkan pada mesyuarat tersebut bagi tempoh Januari sehingga Disember untuk tahun 2019, 2020 dan 2021 selain membentang dan meluluskan Anggaran Belanjawan Bagi Tahun Kewangan 2022 dan Anggaran Belanjawan 2023. Mesyuarat turut membentang dan meluluskan Cadangan Kontrak Tawarruq Untuk Deposit Koperasi Anggota, memilih Panel Juruaudit Luar Bagi tahun 2022, membentang dan meluluskan Cadangan Skop dan Had Pelaburan, membentang dan meluluskan Cadangan Had Maksimum Keberhutangan, menimbang dan meluluskan Cadangan Pemberian Dividen Bagi tahun 2019,2020 dan 2021 serta mendengar dan memutuskan Usul Yang Diterima Daripada Perwakilan. Mesyuarat ini berjalan lancar dengan penyertaan seramai 15 jurucakap mengambil bahagian membentangkan usul daripada koperasi anggota mengikut etika yang ditetapkan mesyuarat. Proses pengundian secara digital juga dijalankan bagi melantik 15 Anggota Lembaga KOPSYA dan Jawatankuasa Penentusah Minit MAPT Kali Ke-8.
ANGKASA amat menghargai usaha mantan Presiden ANGKASA, Allahyarham Prof. Dato’ Dr. Mohd Ali Baharum yang begitu gigih memastikan penubuhan KOPSYA dapat direalisasikan dan beroperasi berlandaskan pematuhan syariah. Alhamdulillah, KOPSYA terus bergerak dengan cepat dan dalam masa dua (2) tahun sejak ditubuhkan pada Julai 2011, pertumbuhannya amat membanggakan apabila 312 buah koperasi telah menjadi anggota dengan nilai RM203.3 juta. Sebagai Pengerusi KOPSYA, saya akan terus memberi penumpuan kepada usaha mempelbagaikan produk dan perkhidmatan kewangan bagi memastikan prestasi kewangan KOPSYA lebih dinamik berasaskan Maqasid Syariah. Sejak ditubuhkan, perolehan KOPSYA kekal stabil kecuali pada tahun 2020 akibat pandemik COVID-19. Setiap tahun, KOPSYA tidak gagal memberikan dividen sebanyak 5 peratus untuk beberapa tahun terdahulu. Berdasarkan modal syer anggota yang meningkat setiap tahun dan jumlah koperasi anggota yang turut meningkat, ANGKASA yakin KOPSYA mampu melonjak lebih jauh kehadapan. Demi merealisasikan usaha tersebut, KOPSYA akan bergerak seiring dengan ANGKASA dalam membantu koperasi anggota mendapat pembiayaan dengan lebih mudah dan kadar caj yang lebih murah sekali gus menjadi pelengkap perbankan dalam urus niaga perniagaan. Sasaran 2030 yang ditetapkan KOPSYA merupakan sasaran realistik dan boleh dicapai selain bertepatan dengan Pelan Strategik ANGKASA 2050 atau PESAN50 yang kini sedang memasuki fasa Pelan Jangka Sederhana (2021-2030) bertemakan ‘Koperasi Menjadi Pilihan Utama Perniagaan’.
Senarai ALK KOPSYA 2022
Jawatankuasa Penentusah Minit MAPT Kali Ke-8:
Pengerusi: Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah
1.
Puan Anis Akmal Arshad (Koperasi Kakitangan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam Malaysia Berhad) Ustaz Muhammad Amir Abdullah (Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad) Haji Saidon Othman (Koperasi Pembangunan Daerah Kuantan Berhad) Haji Adnan Awang (Koperasi Guru- Guru DTC Malaysia Berhad) Haji Majib Jussoh (Koperasi Pengangkutan & Kepenggunaan Melayu Kedah Berhad) Haji Mohamad Hanifah B K Koya Moideen Kutty (Koperasi Guru Melayu Pahang Selatan Berhad)
Timbalan Pengerusi: Haji Zaharudin Alias
Setiausaha: Haji Alimen Ahmad
2.
Bendahari: Hajah Riguan Rashidi
3.
Anggota Lembaga: - DSP Suhaimi Haji Ahmad - Datuk Haji Azih Muda - Prof. Ts. Dr. Razali Hassan - Datuk Haji Mohamad Ali Hasan - Prof. Dr. Haji Wan Mohtar Wan Yusoff - Mohd Fauzi Mohammed Saif - Puan Norizah Abdullah - Haji Mohd Jamil Othman - Haji Mohamad Noor Mohamad - Encik Syahrudin Hanib - Encik Meor Mohd Faizul Abd Karim
4.
5.
6.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Pengerusi KOPSYA
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease