WADAH PELANCAR DISEMBER 2022

13 ANGKASA

DISEMBER 2022

ANGKASA Perkasa Rangkaian Coop Farmasi Melalui Perjanjian Usaha Sama dengan KOPUTRA

Majlis Perasmian Pembukaan Coop Farmasi & Wellness KOPUTRA Setia Alam yang berlangsung pada 26 November 2022 telah disempurnakan oleh Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan mewakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan Haji Zaharudin (empat dari kiri) menunjukkan dokumen yang ditandatangani antara ANGKASA di bawah jenama Coop Farmasi bersama KOPUTRA pada 3 November 2022. Turut sama ialah Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh (empat dari kanan) dan Haji Nor Azmi Jalil (tiga dari kanan).

diwujudkan dan empat daripadanya dimiliki oleh ANGKASA manakala selebihnya milik Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (KOGURU) dan KOPUTRA di Setia Alam, Selangor. “Dua buah lagi premis Coop Farmasi milik koperasi akan diwujudkan menjelang Disember 2022 iaitu milik Koperasi FELDA Sungai Koyan III Raub Berhad dan Koperasi Majlis Perbandaran Dungun Berhad,” katanya. Tambahnya lagi, model perniagaan Coop Farmasi bukan hanya memfokuskan kepada kedai fizikal sahaja, tetapi dalam peringkat percubaan untuk mengadaptasi kemudahan digitalisasi kesihatan melalui sistem ‘doc2us’.

Oleh RAHMAT MOHD DID RAHMAT MOHD DID

“Sistem ini membolehkan pesakit untuk berjumpa doktor atau pakar kesihatan melalui aplikasi tersebut. Seterusnya, preskripsi ubat akan dihantar ke premis Coop Farmasi berdekatan secara dalam talian dan pesakit boleh memilih untuk mengambil ubat di Coop Farmasi atau dihantar ke rumah masing-masing” katanya lagi. Sementara itu, Pengerusi KOPUTRA, Haji Zaharuddin Alias dalam ucapannya berkata, pihaknya amat berbangga dengan pembukaan Coop Farmasi pertama milik KOPUTRA dan sedia untuk membuka lebih banyak cawangan pada masa hadapan jika model perniagaan tersebut memberikan impak positif. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh; Pengurus Besar Bahagian Perniagaan ANGKASA, Haji Nor Azmi Jalil; Penasihat Undang- Undang ANGKASA, Dato’ Haji Mohamad Shariff Haji Abu Samah dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

ANGKASA jaringan perniagaan penjagaan diri dan kesihatan bawah jenama Coop Farmasi dengan memeterai perjanjian bersama Koperasi Pelaburan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) pada 3 November 2022. memperluaskan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, ANGKASA mengambil langkah untuk menceburi sektor tersebut kerana melihat kesesuaiannya dengan ekosistem koperasi di Malaysia. Menurut beliau, sehingga kini terdapat enam buah premis Coop Farmasi yang telah

Mudahkan Penduduk Setempat Beli Produk Kesihatan Coop Farmasi Sungai Koyan III

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI MOHD ZAKUAN AZMI

Coop Farmasi milik Koperasi Felda Sungai Koyan III Raub Berhad adalah farmasi yang ketiga ditubuhkan di Pahang selain di Bentong dan Kuantan bawah seliaan MyANGKASA Farmasi Sdn. Bhd. Selain farmasi, koperasi tersebut yang ditubuhkan sejak 30 Jun 1977 turut menjalankan perniagaan stesen minyak Petronas, perladangan, perkhidmatan pengangkutan, peruncitan, sewaan aset, penternakan lembu integrasi, belian BTS , kedai makanan haiwan dan kontrak pertanian. Hadir sama dalam sesi lawatan tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Lembaga MyANGKASA Farmasi Sdn. Bhd., Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Pahang, Encik Ibrahim Husain; Pengurus Besar Bahagian Perniagaan, Haji Nor Azmi Abd. Jalil dan barisan Anggota Lembaga Koperasi.

Fasiliti yang disediakan melalui Coop Farmasi Felda Sungai Koyan 3 di Sungai Koyan, Raub, Pahang bukan sahaja dapat membantu orang ramai termasuk masyarakat orang Asli untuk mendapatkan produk kesihatan dan ubat-ubatan, malah dapat menjimatkan masa dan kos pengangkutan kerana kedudukan farmasi lain yang jauh di bandar Raub. Demikian dinyatakan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail sewaktu hadir dalam lawatan ringkas ke farmasi tersebut pada 18 November 2022. Beliau yang diiringi oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah turut dibawa melihat suasana ruang jualan selain diberi penerangan ringkas oleh Pengerusi Koperasi Felda Sungai Koyan III Raub Berhad, Haji Mohd Radzi Mohd Noh.

YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) dan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bergambar di hadapan Coop Farmasi Felda Sungai Koyan III di Sungai Koyan, Raub, Pahang bersama ALK Koperasi Felda Sungai Koyan III. Turut kelihatan ialah Pengarah SKM Negeri Pahang, Encik Ibrahim Husain (tiga dari kiri) dan Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease