WADAH PELANCAR DISEMBER 2022

14 PENGANTARABANGSAAN KOPERASI

DISEMBER 2022

Pelancongan Islam: Potensi Baharu Industri Pelancongan Global

Datuk Haji Mohamad Ali Hasan ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Cooperative: The Next Industry Player For Tourism In Malaysia And ASEAN’.

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

3 rd World Islamic Tourism Conference And Exhibition 2022 (WITC) anjuran Pusat Pelancongan Islam (ITC) yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 17 hingga 19 Oktober 2022 lalu telah mengetengahkan segmen pelancongan Islam yang semakin rancak berkembang. Langkah meneroka pasaran baharu melibatkan pengguna Islam dilihat sebagai antara strategi penting dalam usaha untuk meningkatkan kembali industri pelancongan dan ekonomi yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Persidangan antarabangsa yang bertemakan ‘Islamic Tourism: Inspiring Balance, Transformations and Solutions’ itu berjaya mengumpulkan seramai 300 delegasi dari dalam dan luar negara selain 40 panel dan moderator menjadi platform terbaik untuk saling berkongsi ilmu dan pengalaman khususnya mengenai pasaran pelancongan Muslim. Delegasi yang terlibat termasuk dari negara Uzbekistan, Bosnia Herzegovina, Turkiye, Arab Saudi dan Rusia. ANGKASA dijemput mengambil bahagian dan Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan telah bertindak sebagai salah seorang panel dalam Sesi Islamic Tourism Economy Forum bersama dua panel lain iaitu Timbalan Presiden Majlis Pelancongan, Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC), Puan Norhaslina Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif, Penang Halal International, Encik Fazil Irwan Som. Forum tersebut dikendalikan oleh moderator iaitu Pengerusi Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) , Encik Mohd Ridzal Mohd Sheriff. Datuk Haji Mohamad Ali Hasan turut membentangkan kertas kerja bertajuk ‘ Cooperative: The Next Industry Player For -Tourism In Malaysia yang mengupas mengenai perkembangan gerakan koperasi yang diterajui ANGKASA sebagai badan Puncak Gerakan Koperasi di Malaysia dan kepentingan industri pelancongan koperasi terhadap perkembangan ekonomi negara. Selain itu, inti pati pembentangan turut mengetengahkah kejayaan ANGKASA membawa 97 jemaah menyertai Program Sulung COOP Umrah ANGKASA pada 24 September 2022 lalu melalui kerjasama rakan strategik. Beliau yang juga Pengerusi Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan (SPPDK) ANGKASA berkata, pelancongan Islam adalah satu penjenamaan yang berkesan dan cara pemasaran untuk menarik pasaran Muslim dalam situasi pelancongan baharu perlu diberi penekanan yang sewajarnya termasuk aspek kesihatan dan keselamatan. “Skop Pelancongan Islam amat luas dan mempunyai hubungan dengan bidang sosioekonomi yang lain kerana bidang tersebut mampu membuka banyak peluang kepada lebih banyak pihak. Malah, Pelancongan Islam adalah bidang yang belum diterokai sepenuhnya dan berpotensi dalam memajukan ekonomi Islam secara keseluruhan,” ujarnya.

The 3 rd World Islamic Tourism Conference And Exhibition 2022 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 17 hingga 19 Oktober 2022.

Menurut beliau, ANGKASA turut mengambil peluang menerusi Pelan Pemulihan Pelancongan yang dibangunkan kerajaan untuk mengembalikan keyakinan pelancong terhadap tahap keselamatan di sesuatu destinasi pelancongan di samping merancakkan kembali perkhidmatan dan produk pelancongan koperasi. “Menerusi projek rintis kolaborasi bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) pada Januari 2020 lalu, sejumlah 24 buah koperasi telah mencapai sasaran dalam menaik taraf laman web, pelan pemasaran online serta menambah nilai produk dalam usaha merancakkan perniagaan pelancongan koperasi negara,” katanya.

Hotel - COOP Hotel: 25 buah koperasi (29 Hotel dan Resort)

12 buah koperasi Lodge – COOPLodge:

40 buah koperasi Homestay – COOPStay:

JARINGAN DAN PERKHIDMATAN PERNIAGAAN SPPDK ANGKASA

Koperasi Sekolah: Inter School Coop Tourism Programme (ISTAC): 250 buah Koperasi Sekolah

Spa – COOPSpa: 13 buah koperasi

Farmasi & Pharma Wellness – COOPFarmasi dan COOPWellness: 6 buah koperasi (200 outlet)

Travel - COOPTravel: 8 buah kepentingan koperasi

Dialisis - COOPDialisis: 13 buah koperasi (13 Pusat Dialisis)

Jadual: Jaringan Perkhidmatan dan Perniagaan Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan (SPPDK) ANGKASA

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease