WADAH PELANCAR DISEMBER 2022

15 PENGANTARABANGSAAN KOPERASI

DISEMBER 2022

Persidangan Antarabangsa untuk Koperasi Perumahan Ke-4 (ICCH’22)

ANGKASA Bentang Kertas Kerja Pembangunan Koperasi Sekolah

Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Pembangunan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Azam Sulaiman menyampaikan cenderahati kepada Menteri Perumahan, Utiliti dan Komuniti Bandar Mesir, Dr. Assem El Gazzar.

Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA Global, Dato' Haji Kamarudin Ismail pada Persidangan Antarabangsa untuk Koperasi Perumahan ke-4 (ICCH’22).

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Mutanaqisah telah ditulis oleh Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Co–operative Housing International , Datuk Haji Mohamad Ali Hasan serta pen– ceramah kewangan dan ekonomi, Prof. Dato' Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera. Sementara itu, de– legasi Malaysia turut mengadakan kunjungan hormat menemui Duta Malaysia ke Mesir iaitu Tuan Yang Terutama Zamani Ismail di St. Regis Al Masa Hotel. Beliau yang turut

'Program Pembangunan Modal Insan Melalui Koperasi Sekolah' menjadi topik pembentangan ANGKASA dalam Persidangan Antarabangsa untuk Koperasi Perumahan ke-4 (ICCH’22) di Kaherah, Mesir yang dihoskan oleh General Authority for Construction and Housing Cooperatives. Pembentangan tersebut telah dilakukan oleh Anggota Lembaga merangkap Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), Dato' Haji Kamarudin Ismail. Hadir sama dalam persidangan itu ialah Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Pembangunan SKM, Encik Azam Sulaiman dan Pengarah SKM Negeri Melaka, Encik Mohd Firdaus Shaari. Persidangan yang berlangsung selama empat hari bermula 17 Oktober 2022 di St. Regis Almasa Hotel tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Perumahan, Utiliti dan Komuniti Bandar Mesir, Dr. Assem El Gazzar. Program itu juga diadakan selari dengan 13th Africa Ministerial Co-operative Conference (AMCCO) yang dianjurkan oleh ICA- Africa. Hadir sama dalam dua program tersebut ialah Presiden ICA, Dr. Ariel Guarco. Lebih 50 wakil negara- negara Afrika turut berkongsi aktiviti dan pencapaian koperasi masing-masing. Tema yang diangkat pada persidangan tersebut adalah 'Growing Africa Together: The role of African Cooperatives in accelerating Sustainable Development Goals (2030) and the Africa We Want (Agenda 2063)'. ANGKASA telah dijemput khas oleh jawatankuasa ICCH’22 untuk berkongsi pengalaman mengenai model koperasi sekolah di Malaysia dan bagaimana modul tersebut berupaya memberi impak positif terhadap pembangunan modal insan khususnya dalam kalangan generasi muda. Kertas kerja yang bertajuk 'Sewa-Untuk-Beli (RTO): Skim / Projek Rumah Mampu Milik Melalui Koperasi Kewangan Islam di Malaysia' turut diedarkan kepada wakil koperasi pada persidangan ICCH’22. Kertas kerja itu yang memfokuskan pada pembiayaan rumah melalui kontrak Musharakah

Kertas kerja oleh Ahli Lembaga Cooperative Housing International , Datuk Haji Mohamad Ali Hasan serta penceramah kewangan dan ekonomi, Prof. Dato' Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera.

hadir dalam majlis perasmian persidangan telah meluangkan masa dengan berkongsi maklumat mengenai perkembangan gerakan koperasi di Mesir.

Encik Azam dan Dato’ Haji Kamarudin di hadapan bangunan General Authority for Construction and Housing Cooperatives.

Dato’ Haji Kamarudin berbincang dengan delegasi dari Mesir.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease