17 ANGKASA
DISEMBER 2022
KOPSYA Mampu Lonjak Kejayaan Cemerlang
Sesi pengundian yang berlangsung secara fizikal.
Usaha membantu mengumpulkan modal daripada koperasi berstatus besar dan sederhana untuk menanam syer ke dalam KOPSYA bagi membolehkan koperasi mikro mendapat pembiayaan dengan lebih mudah dan murah berbanding sekiranya mendapat pembiayaan atau pinjaman luar. "Sehingga 2022, KOPSYA telah mengeluarkan pembiayaan sebanyak RM506.8 juta dan itu diharap dapat dijangkakan pada tahun 2030, jumlah tersebut akan bertambah kepada RM1.3 bilion yang bakal dimanfaatkan sepenuhnya oleh koperasi anggota. Unjuran pendapatan juga adalah positif iaitu dengan pertambahan sebanyak RM157.3 juta kepada RM312.3 juta berbanding RM155 juta (kumulatif). Tidak mustahil dengan usaha yang giat dilaksanakan, KOPSYA mampu menjana keuntungan sebelum cukai sebanyak RM129.4 juta berbanding RM31.4 juta sahaja (kumulatif),” katanya. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) KOPSYA Kali Ke-8 bertempat di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya pada 29 Oktober 2022. Beliau juga menyeru kepada semua koperasi anggota agar dapat menambah syer koperasi masing-masing bagi mengembangkan dana KOPSYA. MAPT KOPSYA Kali Ke-8 yang dijalankan secara hibrid disertai seramai 889 perwakilan
berdaftar seluruh negara. Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dimulakan dengan agenda Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-7 (2018). Sebanyak 15 agenda MAPT KOPSYA telah dibentangkan pada mesyuarat tersebut bagi tempoh Januari sehingga Disember untuk tahun 2019, 2020 dan 2021 selain membentang dan meluluskan Anggaran Belanjawan Bagi Tahun Kewangan 2022 dan Anggaran Belanjawan 2023. Mesyuarat turut membentang dan meluluskan Cadangan Kontrak Tawarruq Untuk Deposit Koperasi Anggota, memilih Panel Juruaudit Luar Bagi tahun 2022, membentang dan meluluskan Cadangan Skop dan Had Pelaburan, membentang dan meluluskan Cadangan Had Maksimum Keberhutangan, menimbang dan meluluskan Cadangan Pemberian Dividen Bagi tahun 2019,2020 dan 2021 serta mendengar dan memutuskan Usul Yang Diterima Daripada Perwakilan. Mesyuarat ini berjalan lancar dengan penyertaan seramai 15 jurucakap mengambil bahagian membentangkan usul daripada koperasi anggota mengikut etika yang ditetapkan mesyuarat. Proses pengundian secara digital juga dijalankan bagi melantik 15 Anggota Lembaga KOPSYA dan Jawatankuasa Penentusah Minit MAPT Kali Ke-8.
ANGKASA amat menghargai usaha mantan Presiden ANGKASA, Allahyarham Prof. Dato’ Dr. Mohd Ali Baharum yang begitu gigih memastikan penubuhan KOPSYA dapat direalisasikan dan beroperasi berlandaskan pematuhan syariah. Alhamdulillah, KOPSYA terus bergerak dengan cepat dan dalam masa dua (2) tahun sejak ditubuhkan pada Julai 2011, pertumbuhannya amat membanggakan apabila 312 buah koperasi telah menjadi anggota dengan nilai RM203.3 juta. Sebagai Pengerusi KOPSYA, saya akan terus memberi penumpuan kepada usaha mempelbagaikan produk dan perkhidmatan kewangan bagi memastikan prestasi kewangan KOPSYA lebih dinamik berasaskan Maqasid Syariah. Sejak ditubuhkan, perolehan KOPSYA kekal stabil kecuali pada tahun 2020 akibat pandemik COVID-19. Setiap tahun, KOPSYA tidak gagal memberikan dividen sebanyak 5 peratus untuk beberapa tahun terdahulu. Berdasarkan modal syer anggota yang meningkat setiap tahun dan jumlah koperasi anggota yang turut meningkat, ANGKASA yakin KOPSYA mampu melonjak lebih jauh kehadapan. Demi merealisasikan usaha tersebut, KOPSYA akan bergerak seiring dengan ANGKASA dalam membantu koperasi anggota mendapat pembiayaan dengan lebih mudah dan kadar caj yang lebih murah sekali gus menjadi pelengkap perbankan dalam urus niaga perniagaan. Sasaran 2030 yang ditetapkan KOPSYA merupakan sasaran realistik dan boleh dicapai selain bertepatan dengan Pelan Strategik ANGKASA 2050 atau PESAN50 yang kini sedang memasuki fasa Pelan Jangka Sederhana (2021-2030) bertemakan ‘Koperasi Menjadi Pilihan Utama Perniagaan’.
Senarai ALK KOPSYA 2022
Jawatankuasa Penentusah Minit MAPT Kali Ke-8:
Pengerusi: Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah
1.
Puan Anis Akmal Arshad (Koperasi Kakitangan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam Malaysia Berhad) Ustaz Muhammad Amir Abdullah (Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad) Haji Saidon Othman (Koperasi Pembangunan Daerah Kuantan Berhad) Haji Adnan Awang (Koperasi Guru- Guru DTC Malaysia Berhad) Haji Majib Jussoh (Koperasi Pengangkutan & Kepenggunaan Melayu Kedah Berhad) Haji Mohamad Hanifah B K Koya Moideen Kutty (Koperasi Guru Melayu Pahang Selatan Berhad)
Timbalan Pengerusi: Haji Zaharudin Alias
Setiausaha: Haji Alimen Ahmad
2.
Bendahari: Hajah Riguan Rashidi
3.
Anggota Lembaga: - DSP Suhaimi Haji Ahmad - Datuk Haji Azih Muda - Prof. Ts. Dr. Razali Hassan - Datuk Haji Mohamad Ali Hasan - Prof. Dr. Haji Wan Mohtar Wan Yusoff - Mohd Fauzi Mohammed Saif - Puan Norizah Abdullah - Haji Mohd Jamil Othman - Haji Mohamad Noor Mohamad - Encik Syahrudin Hanib - Encik Meor Mohd Faizul Abd Karim
4.
5.
6.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Pengerusi KOPSYA
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease