WADAH PELANCAR DISEMBER 2022

18 KOPERASI

DISEMBER 2022

Manfaatkan Tanah Adat Terbiar Koperasi Astana Raja Berhad, Rembau Negeri Sembilan

Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah (tengah) bersama replika cek hadiah Anugerah Koperasi Terbaik Sektor Perladangan sempena Sambutan Hari Koperasi Negara pada tahun 2022.

Barisan Anggota Lembaga Koperasi Astana Raja Berhad, Rembau Negeri Sembilan.

“Kadar sewaan tanah juga berubah mengikut tahun tertentu, misalnya pada tahun 2012, kadar sewanya adalah sebanyak RM250 seekar manakala pada tahun 2017, sewa telah meningkat kepada RM260 seekar dan pada tahun 2022 sewanya berjumlah RM300 seekar dengan hasil sawit yang diperoleh sekitar 512 metrik tan setahun,” ujar beliau. Sementara itu, kawasan kedua tanaman sawit adalah di sekitar Nerasau, Rembau seluas 70 ekar. Projek bermula pada tahun 2009 dengan kadar sewaan RM200 seekar. Tanah Adat yang terlibat ketika itu adalah sekitar 73 lot melibatkan 249 tuan tanah. Pada tahun 2022, kadar sewaan terus meningkat kepada RM250 seekar dengan hasil purata 593 metrik tan setahun. Keluasan Tanah Adat di kawasan Rembau adalah 5,297.26 hektar di bawah pegangan seramai 10,129 orang tuan tanah. Urusan perjanjian sewa beli Tanah Adat yang berada di bawah seliaan Pejabat Tanah perlu dirujuk kepada Datuk Lembaga Suku dan Mahkamah Tanah Adat. Setiap tahun, anggota akan menerima dividen sekitar lima hingga 15 peratus daripada aktiviti sewaan Tanah Adat milik mereka. Terkini, koperasi yang mempunyai anggota seramai 550 orang itu akan berunding dengan pihak FELCRA untuk memanfaatkan Tanah Adat seluas 1,611 ekar untuk tanaman semula sawit. Menurut Dato’ Haji Ibrahim, tawaran sebagai anggota koperasi turut dibuka kepada tuan tanah yang terlibat. Apa yang penting katanya, anggota akan mendapat dua kelebihan apabila menyertai koperasi iaitu mendapat kadar pajakan dan mendapat dividen daripada saham yang dimiliki. Selain mengadakan projek tanaman sawit di dua kawasan tersebut, koperasi juga turut memiliki 100 ekar lagi ladang sawit yang baru ditanam semula berusia enam tahun yang dilaksanakan dengan pembiayaan Tabung Modal Pusingan (TMP-SKM) bernilai RM600,000. Pada tahun 2021, perolehan untuk jualan tanaman sawit sahaja mencecah sehingga RM1,352,349 berbanding RM869,342 pada tahun sebelumnya. Seluas 15 ekar tanah juga akan diusahakan untuk ditanam dengan pohon kenaf di kawasan Astana Raja. Dato’ Haji Ibrahim berharap agar Koperasi Astana Raja Berhad terus maju dengan aktiviti tanaman lain seperti pisang, kelapa selain sawit. Tanaman nanas juga menjadi antara tanaman yang disasarkan sebagai sebahagian daripada perancangan aktiviti koperasi dalam sektor pertanian. Selain tanaman sawit, koperasi juga turut menjalankan projek perumahan di Seremban secara usahasama di kawasan Mukim Ampangan, yang melibatkan dua (2) lot tanah seluas tiga (3) dan enam (6) ekar.

Anggota Lembaga Koperasi bersama Pegawai SKM Wilayah Tampin - Rembau, Encik Aminuddin Rosli (dua dari kiri) ketika melawat ladang sawit Tanah Adat koperasi.

Oleh NOR AZAH ABD. AZIZ

tanah pertanian dapat meningkatkan nilai tanah selain membantu menambah pendapatan tuan tanah. Selain aktiviti pertanian, antara yang turut dicadangkan adalah seperti menubuhkan agro pelancongan melalui aktiviti inap desa dan perkongsian pintar musharakah mutanaqisah. Kontrak musyarakah akan melibatkan pemodal dan penama-penama tanah adat yang berkongsi modal untuk membentuk perusahaan bersama. Koperasi Astana Raja Berhad merupakan antara koperasi yang mengambil inisiatif mengusahakan dua kawasan Tanah Adat untuk projek tanaman sawit. Pengerusinya, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah berkata, koperasi mula mengusahakan tanaman sawit di kawasan Air Melintang seluas 54 ekar. Projek tanaman sawit tersebut bermula pada tahun 2004 dengan kadar pajak sebanyak RM200 seekar. Tuan tanah yang terlibat ketika itu adalah seramai 82 orang untuk tanah seluas 42 lot.

Tanah-tanah Adat di Negeri Sembilan yang terbiar sekiranya dapat dibangunkan melalui aktiviti pertanian mahupun perladangan, boleh memberi pulangan yang besar kepada masyarakat dan negara. Inisiatif tersebut sekiranya dibangunkan dengan sistematik, kerajaan bukan sahaja dapat menangani masalah kebergantungan terhadap produk makanan import, malah mampu memenuhi keperluan sumber makanan negara sekali gus dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat. Rumusan yang dibuat hasil kajian pihak Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), mengenai Pembangunan Tanah Adat Terbiar di Daerah Rembau, Negeri Sembilan sempena The 10th Islamic Banking, Accounting And Finance International Conference 2022 jelas menunjukkan bahawa langkah yang diambil oleh pihak FELCRA dan koperasi dalam menangani

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease