19 ANGKASA
DISEMBER 2022
Wadah Kesejahteraan Sosioekonomi Masyarakat Yayasan Infaq ANGKASA
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (depan, tengah) dan kenamaan lain bergambar bersama peserta Seminar Infaq Lil-Waqf ANGKASA Peringkat Negeri Pahang di Pekan pada 15 November 2022.
Oleh RAHMAT MOHD DID
“Dalam tempoh sedekad ditubuhkan sejak 15 Ogos 2011, usaha ANGKASA mempromosikan Infaq Lil-Waqf melalui Unit Kutipan dan Pengurusan Dana Infaq Lil-Waqf, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan. Berdasarkan pencapaian tersebut, Yayasan Infaq ANGKASA dibentuk bagi memperluaskan fungsi dan peranan Infaq Lil-Waqf dalam menyalurkan dana untuk manfaat gerakan koperasi di Malaysia mahupun luar negara,” jelasnya. Tambahnya lagi, Yayasan Infaq ANGKASA yang ditubuhkan secara rasmi pada 9 Julai 2021 di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258) mampu mengelakkan beban percukaian tinggi kepada ANGKASA, mempercepatkan proses pelaksanaan sesuatu program dan aktiviti, memudahkan pihak ANGKASA membuat keputusan dengan lebih cepat dan efektif serta menyusun organisasi dengan lebih kemas dan dinamik bagi kelancaran proses kerja.
“MelaluiPelanStrategikANGKASA2050(PESAN50), ANGKASA mempunyai visi yang jelas iaitu menjadi pemacu unggul kelestarian sosioekonomi gerakan koperasi. Bertepatan dengan misi, ANGKASA komited menjadi pemangkin kecemerlangan gerakan koperasi ke arah globalisasi dengan cara memperkukuhkan pengalaman tadbir urus berteraskan jati diri koperasi. Kepimpinan yang bakal dilantik juga diharap dapat mendukung aspirasi, visi dan misi entiti ini agar terus melaksanakan tanggungjawab sosial korporat kepada gerakan koperasi melalui prinsip wakaf,” ujarnya lagi. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang (1) Timur, Haji Zahidi Haji Husain; Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM), Encik Mohd Ariffin Ab. Rahman dan Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Pahang, Puan Shahirah Mohamad.
Kerajaan kini sedang memberi tumpuan untuk menyokong pelaksanaan wakaf dalam badan korporat termasuk institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia. Langkah tersebut dilihat dapat memberi kelebihan dan peluang dalam proses inovasi pengurusan Yayasan Infaq ANGKASA untuk kelestarian dana wakaf. Perkara tersebut dinyatakan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika merasmikan Seminar Infaq Lil-Waqf ANGKASA Peringkat Negeri Pahang di Pekan, pada 15 November 2022. Menurut beliau, adalah menjadi tanggungjawab ANGKASA sebagai perintis wakaf korporat pertama di Malaysia untuk membuktikan bahawa jalinan kerjasama dengan Majlis Agama Islam dan pihak-pihak lain mampu melestarikan aset wakaf serta meningkatkan sosioekonomi masyarakat melalui platform koperasi.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease