WADAH PELANCAR DISEMBER 2022

3

Koperasi Optimistik Hadapi Krisis Ekonomi

Seramai 60 peserta mewakili 23 buah koperasi dari 10 buah negara telah menghadiri Persidangan Perdagangan dan Perniagaan Koperasi-ke-Koperasi (C-2-C) di Kuala 60 peserta mewakili 23 buah koperasi dari 10 buah negara telah menghadiri Persidangan Perdagangan dan Perniagaan Koperasi-ke-Koperasi (C-2-C) di Kuala Lumpur pada 30 November 2022.

Pada persidangan itu, turut berlangsung tiga forum yang menumpukan kepada kepentingan mempercepatkan adaptasi inovasi dalam sektor pertanian dan industri asas tani, kepenggunaan serta kewangan memandangkan tiga sektor berimpak tinggi tersebut mempunyai penglibatan besar oleh koperasi di seluruh dunia. Inovasi sering dikaitkan dengan penghasilan produk dan perkhidmatan. Walau bagaimanapun, skop inovasi turut merangkumi cara sesebuah perniagaan dikendalikan seperti mengadaptasi teknologi terkini, menyesuaikan perniagaan dengan kaedah dan sistem baharu serta memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah. Ketandusan aspek inovasi menyebabkan koperasi ketinggalan kerana mereka tidak mampu untuk menyediakan atau menawarkan produk dan perkhidmatan yang kompetitif, selaras dengan permintaan pengguna di peringkat tempatan, serantau dan global.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Menurut Bapak Firdaus, kerjasama antara CIMT dengan sektor koperasi adalah bertepatan dengan keadaan semasa dan cabaran ekonomi mendatang. Tambah beliau, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah melaporkan bahawa pihaknya tidak menolak kemungkinan dunia akan mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 2023. “Melangkah ke hadapan, CIMT sedang meneroka kerjasama jangka panjang melalui penekanan terhadap penubuhan sebuah majlis bersama koperasi (Cooperative Joint Council) dengan badan puncak gerakan koperasi dari tiga negara iaitu ANGKASA (Malaysia), Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN) dan Cooperative League of Thailand (CLT),” ujar Bapak Firdaus. Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) merupakan sebuah inisiatif kerjasama subrantau yang dibentuk pada tahun 1993 oleh kerajaan Indonesia, Malaysia dan Thailand bertujuan memperkasakan transformasi ekonomi di tiga negara tersebut.

Langkah awal yang perlu diambil oleh koperasi untuk menghadapi krisis ekonomi global yang mendatang adalah bersikap optimistik bahawa cabaran itu mampu diatasi dengan baik. Demikian antara initipati ucapan Pengarah Centre for IMT-GT Subregional Cooperation (CIMT), Bapak Firdaus Dahlan ketika menyampaikan ucapan dasarnya.

Pengarah Centre for IMT-GT Subregional Cooperation (CIMT), Bapak Firdaus Dahlan pada Persidangan Perdagangan dan Perniagaan Koperasi-ke-Koperasi (C-2-C) yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada 30 November 2022. Seramai 60 peserta mewakili 23 buah koperasi dari 10 buah negara telah hadir ke program itu.

Peserta bertanya soalan kepada ahli panel pada sesi forum. bertanya soalan kepada ahli panel pada sesi forum.

Antara peserta yang hadir pada persidangan. peserta yang hadir pada persidangan.

Dari Meja Presiden

Aspek inovasi yang merupakan antara tiga aspek penting dalam SDG ke-9 memainkan peranan signifikan dalam pembangunan ekonomi yang mampan. Kerajaan telah mengusahakan pelbagai inisiatif untuk membantu koperasi mengembangkan perniagaan mereka melalui pemberian geran atau pinjaman, latihan dan bengkel, pemasaran serta pengiklanan. Walau bagaimanapun, jika tiada usaha yang berterusan daripada koperasi sendiri untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang mengikut permintaan pengguna berikutan ketandusan inovasi, koperasi tidak mampu untuk bersaing di pasaran tempatan mahupun luar negara. Kesan pandemik COVID-19 yang mengubah tabiat dan gaya hidup manusia masa kini secara drastik seharusnya mengajar kita untuk menerapkan inovasi melalui penerapan digitalisasi dalam pengoperasian perniagaan.

ANGKASA merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 dan YB Datuk Ewon Benedick sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta barisan kabinet baharu Malaysia di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan. Semoga Malaysia terus cemerlang dan gemilang di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri. Sementara itu, jati diri koperasi mengutamakan nilai seperti perpaduan, demokrasi, kesamaan, kesaksamaan, kesetiaan dan bersatu hati. Hal demikian menjadikan koperasi sebagai sebuah gerakan yang menumpukan pada keperluan anggota, memastikan penyertaan dan pendekatan menyeluruh untuk menghadapi cabaran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Justeru, tidak dapat dinafikan koperasi adalah sebuah model yang ideal untuk melaksana dan menjayakan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) atau lebih dikenali sebagai Agenda 2030.

Sumbangan sektor koperasi di Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) amat bergantung kepada sejauh mana lebih 15,000 koperasi di negara kita komited untuk meletakkan aspek inovasi sebagai antara pemacu utama dalam perniagaan mereka.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease