7
ACO Fokus Usaha Menjadi Rakan Sekutu ASEAN Mesyuarat Agung Tahunan ASEAN Co-operative Organization (AC0) 2021
Presiden ACO, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah bergambar bersama pemimpin koperasi mewakili tujuh badan puncak gerakan koperasi dari tujuh negara ACO, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah bergambar bersama pemimpin koperasi mewakili tujuh badan puncak gerakan koperasi dari tujuh negara anggota ACO yang hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan ACO 2021 di Kuala Lumpur pada 1 Disember 2022.
Oleh NADIAH KAMARUDIN
Fokus lapan koperasi apeks dari negara anggota ASEAN Co-operative Organization (ACO) kini tertumpu ke arah menjadikan organisasi itu sebagai antara rakan sekutu ASEAN setelah selesai dengan usaha untuk merapatkan kembali hubungan antara ACO dengan Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia pada September 2022. Usaha untuk menjadikan ACO sebagai rakan sekutu ASEAN adalah signifikan dengan misinya iaitu memperkasakan peranan sektor koperasi sebagai penyumbang ketiga kepada pertumbuhan ekonomi di negara Asia Tenggara selepas sektor kerajaan dan swasta. Demikian dinyatakan oleh Presiden ACO merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah pada Mesyuarat Agung Tahunan ACO untuk tahun 2021 yang diadakan secara hibrid di Kuala Lumpur pada 1 Disember 2022. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh 11 pemimpin koperasi mewakili tujuh badan puncak gerakan koperasi dari tujuh negara anggota ACO iaitu Malaysia, Indonesia, Vietnam, Singapura, Thailand, Filipina dan Myanmar. Ahli Lembaga ACO lain yang turut hadir ialah Setiausaha Agung ACO merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Bendahari ACO merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya. Hadir sama dalam mesyuarat ialah Pengarah Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa - Asia dan Pasifik (ICA-AP), Mr. Balasubramanian Iyer dan Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik. Menurut Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, menjadi rakan sekutu ASEAN akan memudahkan ACO dan memberikan kelebihan kepadanya untuk menjalankan apa-apa aktiviti berbentuk kolaborasi, kerjasama strategik dan jaringan perniagaan dengan koperasi di rantau tersebut. Beliau turut menyatakan harapannya agar setiap anggota ACO dapat melobi kerajaan masing- masing supaya ACO diberikan status sebagai rakan sekutu ASEAN. Katanya, ACO juga akan bekerjasama dengan Centre for IMT-GT Subregional Cooperation (CIMT) untuk menubuhkan sebuah majlis bersama koperasi (Cooperative Joint Council) untuk membangunkan aktiviti perniagaan koperasi di
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah mengekalkan jawatannya Seri Dr. Abdul Fattah mengekalkan jawatannya sebagai Presiden ACO untuk satu penggal (2022- 2026).
Setiausaha Agung ACO, Dato’ Haji Kamarudin Ismail. Agung ACO, Dato’ Haji Kamarudin Ismail.
Naib Pengerusi Pengerusi Philippine Cooperative Centre , Mr. Raul Q. Montemayor (kiri) dilantik sebagai Naib Presiden 2 ACO.
Bendahari ACO, Dr. Mohd. Azlan Yahya.
Malaysia, Indonesia dan Thailand. Usaha itu akan memfokuskan pada pembangunan perniagaan dalam empat sektor iaitu koperasi sekolah, koperasi kariah masjid, kewangan Islam dan produk halal. Sementara itu, mesyuarat sebulat suara mencapai keputusan untuk mengekalkan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah sebagai Presiden ACO dan melantik Naib Pengerusi Philippine Cooperative Centre , Mr. Raul Q. Montemayor sebagai Naib Presiden 2 ACO untuk satu penggal (2022-2026). Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN) akan mencalonkan seorang wakil yang akan dipilih oleh Lembaga Pengarahnya sebagai Naib Presiden 1 ACO. Sebanyak 11 agenda telah dibentangkan dalam mesyuarat itu antaranya ialah kolaborasi dengan National Commission of Muslim Filipinos membangunkan koperasi kariah masjid di Filipina dan menjalankan program pemerkasaan ekonomi komuniti Muslim di negara tersebut. Mesyuarat itu juga dihadiri oleh empat pemerhati iaitu Mr. Leintz Vusilai daripada V anuatu Cooperative Business Network , Mr. Romula F. Caceras dan Ms. Evangeline Lopez daripada National Confederation of Cooperatives dan Penyelaras Projek CIMT, Puan Hamiliana Muhd Ali serta Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim dan Penasihat Korporat (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md. Yusof Haji. Samsudin.
Bapak Ilham Nasai (tengah) daripada Dewan Ilham Nasai (tengah) daripada Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN) ketika memberikan pandangannya dalam mesyuarat.
ANGGOTA ASEAN CO-OPERATIVE ORGANIZATION
1. Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN) 2. Singapore National Cooperative Federation (SNCF) 3. Cooperative League of Thailan d (CLT) 4. Philippine Cooperative Centre (PCC) 5. Vietnam Cooperative Alliance (VCA) 6. Central Cooperative Society Myanmar (CCS) 7. Cooperative Association of Cambodia (CAC) 8. Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease