WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAN 2022

EDISI KHAS SEMPENA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA NEGERI 2022

ANGKASACoop

www.angkasa.

coop

2

Sidang Pengarang

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA merangkap Ketua Pegawai Operasi • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus

Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor Pruf Dan Rekaletak • Haji Anuar Ismail • Datin Hajah Fauziah Zainal

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dr. Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Koperasi Pos Nasional Berhad Wisma KOPONAS 70-74, Jalan Tun Sambanthan 50470 Kuala Lumpur Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd. No. 21 Jalan 2/27E, Seksyen 10 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

• Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz Pegawai Media Sosial • Nadiah Kamarudin Pemberita / Jurugambar • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin

Muat Turun Aplikasi

Mudah Alih PELANCAR PERCUMA

4

Sekapur Sireh Assalamualaikum dan salam keluarga koperasi Sumbangan gerakan koperasi terhadap pembangunan sosioekonomi rakyat di Malaysia sejak 100 tahun yang lalu begitu bermakna dan kekal relevan sehingga ke hari ini sehingga berjaya menjadi antara penyumbang utama dalam sektor ekonomi negara. Kewujudan sebanyak 14,657 koperasi berdaftar pada hari ini dengan jumlah keanggotaan seramai 6.5 juta membuktikan keyakinan tinggi masyarakat terhadap sumbangan koperasi. Peranan yang dimainkan menerusi pelbagai aktiviti perniagaan bukan sahaja telah berjaya meletakkan koperasi sebagai pemangkin dalam meningkatkan kualiti hidup, malah turut dijadikan sebagai platform penting terhadap keupayaannya untuk membina kesejahteraan anggota serta meningkatkan kemakmuran masyarakat secara bersama. Perkembangan sosioekonomi melalui gerakan koperasi yang membanggakan pada masa ini turut memberi kesan kepada usaha dan sasaran kerja yang lebih kuat serta bersepadu oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Kami sentiasa menjadi pendengar kepada suara koperasi selain membantu menyeimbangi antara keperluan semasa dan perancangan ekonomi jangka panjang agar koperasi dapat terus bergerak ke hadapan serta tidak ketinggalan dalam menghadapi arus perubahan semasa. SKM juga akan menjalin kerjasama lebih erat dengan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan ANGKASA menerusi 'Aspirasi

Haji Zazali Haron Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Koperasi Malaysia' yang bakal berfungsi sebagai simbol penyatuan dan persefahaman keluarga koperasi di Malaysia. Penyelarasan semula kerjasama tersebut penting bagi memastikan koperasi dapat dibantu dan dibangunkan secara lebih bersepadu dan cekap oleh ketiga-tiga cabang tersebut. Semoga dengan pelaksanaan Aspirasi Koperasi Malaysia, segala perancangan melibatkan program dan aktiviti koperasi di seluruh negara akan menjadi lebih tersusun, efisyen dan efektif. Kejayaan yang telah dan akan dicapai merupakan hasil perancangan daripada semua pihak yang terlibat dalam gerakan koperasi ini. Oleh itu, marilah kita semua dalam keluarga besar koperasi berusaha dengan lebih kuat agar kejayaan yang lebih cemerlang dapat dinikmati. Perancangan ini bermula melalui mesyuarat agung. Tunaikan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan berkesan. Syabas dan tahniah diucapkan atas penganjuran Mesyuarat Agung Negeri 2022 dan selamat bersidang diucapkan kepada semua

perwakilan. Terima Kasih.

KANDUNGAN

06 COOPCARE ANGKASA: Simbol Cakna Koperasi Terhadap Masyarakat 08 Perkukuh Kerjasama antara Koperasi dengan Agensi Kerajaan 10 MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) Pelindung Pewarisan Terunggul 12 Evolusi dan Kejayaan Program 100 Product Champion

14 Ke Arah Tadbir Urus dan Kepimpinan yang Lebih Baik 16 Adaptasi Digitalisasi untuk Mesyuarat Agung Gerakan Koperasi 18 Fokus Majukan Koperasi Kariah Masjid dan Koperasi Sekolah 19 Pengusaha Ikan Sangkar Digalak sertai Konsortium Koperasi Ternakan Ikan Negeri Pahang Berhad

20 Koperasi Kariah Masjid 21 Inisiatif ANGKASA Johor Kembangkan Projek Tanaman Kelapa Pandan 22 Koperasi dan Pembangunan Komuniti 23 Lebih Banyak Koperasi Digalakkan sertai Projek BA100 bantu Jana Pembangunan Sosioekonomi

5

Seulas Pinang Assalamualaikum dan salam keluarga koperasi Gerakan koperasi di Malaysia yang kini mencapai 100 tahun penubuhannya memberi petunjuk yang jelas kepada kita bahawa sumbangan dan kepentingannya sangat besar kepada masyarakat. Realitinya, koperasi terus relevan hingga kini dengan peningkatan jumlah pendaftaran koperasi yang semakin bertambah selain fungsi dan peranannya terus meningkat dari semasa ke semasa. Pelbagai pengisian program yang lebih signifikan dengan keperluan sektor koperasi kini sedang digerakkan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), ANGKASA dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa). Menerusi kerjasama tersebut, ANGKASA akan memastikan setiap program yang digerak dan dilaksanakan selari dengan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO) aspirasi kerajaan dan perancangan dasar dan hala tuju Pelan Strategik ANGKASA 2050 (PESAN50). Hal ini sekali gus memberi sumbangan yang lebih bermakna kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara di samping meningkatkan sosioekonomi anggota dan masyarakat. Demi mencapai matlamat tersebut, kepimpinan koperasi perlulah sentiasa peka dengan perubahan semasa dan tidak boleh bersikap tunggu dan lihat terutamanya dalam menguruskan perniagaan koperasi. Perubahan yang sangat pantas terutamanya dalam teknologi selain budaya pasaran yang kompleks dan pelbagai, perlu sentiasa dipantau dan diberi perhatian serius. Kelewatan menanganinya bukan sahaja akan menyebabkan kita ketinggalan dan terlepas peluang, malah boleh melemahkan sesebuah perniagaan yang akhirnya tidak lagi mampu untuk terus berdaya saing di pasaran. Saya mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan dan mendoakan semoga urusan mesyuarat berjalan dengan lancar. Walaupun terpaksa mengikutinya secara dalam talian berdasarkan kepada Garis Panduan Pengurusan Mesyuarat Agung Koperasi yang ditetapkan oleh SKM, namun saya berharap agar setiap perwakilan menjalankan tanggungjawab demi mencapai matlamatnya. Perwakilan juga boleh menjadikan MAN sebagai platform untuk bertukar-tukar pandangan dan cadangan secara lebih menyeluruh. Perkongsian sesama perwakilan diharap dapat membantu ke arah hala tuju gerakan koperasi Malaysia yang lebih kuat dan mampan.

Terima Kasih.

24 Koperasi Buka Peluang Pekerjaan Komuniti Luar Bandar 25 Pusat Keusahawanan Komuniti Pendang: Bantu Perkasa Keusahawanan Koperasi 26 Peluang Perniagaan Industri Sarang Burung Walit kepada Koperasi 27 Rancang Aktiviti Ekonomi Bersama Koperasi

32 Kerjasama SKM-ANGKASA- IKMa:Terus Berusaha Memperkasakan Gerakan Koperasi di Sabah 33 ANGKASA Wilayah Persekutuan Komited Bantu Luas Pasaran Produk Koperasi 34 Perangkaan Keanggotaan ANGKASA

28 Kerja Berfokus Jamin Capai Matlamat 29 Pemindahan Ibu Negara Indonesia ke Kalimantan Timur: Peluang Koperasi di Sarawak Teroka Perniagaan Baharu 30 Kepimpinan Beretika dan Menambah Nilai Kecemerlangan JPAN Perlis

31 Melaka Hub Koperasi Agropelancongan

6

Oleh: Mohd Zakuan Azmi

Inisiatif pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melalui jenama COOPCARE ANGKASA bukan sahaja perlu dinilai sebagai antara wahana terbaik dalam usaha membina imej positif gerakan koperasi terhadap masyarakat, malah usaha tersebut juga bertepatan dengan salah satu prinsip yang menjadi panduan kepada koperasi di seluruh dunia iaitu ‘Berprihatin Terhadap Masyarakat’. Selaras dengan usaha yang digerakkan bagi membantu anggota koperasi dan masyarakat yang terkesan ekoran berlakunya ketidakstabilan sosioekonomi akibat bencana alam seperti banjir, pandemik COVID-19 dan kebakaran. ANGKASA mengambil inisiatif menerusi pendekatan COOPCARE bagi membantu anggota serta masyarakat yang terkesan dan memerlukan bantuan.

Bolehkah Datuk Seri jelaskan mengenai perananCOOPCARE? Misi bantuan kemasyarakatan di bawah payung COOPCARE ANGKASA digerakkan secara proaktif dari semasa ke semasa. Selain sumbangan dalam bentuk barangan keperluan harian di bawah Projek Barangan Asas 100 (BA100), pasukan sukarelawan COOPCARE juga turut memainkan peranan seperti membantu kerja-kerja pengagihan bantuan, pembersihan selain turut mengambil bahagian sebagai petugas barisan hadapan beberapa pusat pemberian vaksin. Sejauh manakah peranan COOPCARE ANGKASA memberi impak kepada kesejahteraan masyarakat? Kita ambil contoh misi bantuan bencana banjir yang melanda kebanyakan negeri baru- baru ini. Inisiatif tersebut telah digerakkan melalui COOPCARE ANGKASA. Menerusinya, ANGKASA telah menyasarkan bantuan segera kepada sekurang- kurangnya 2,000 buah keluarga yang terjejas teruk selain meneruskan misi bantuan COOPCARE ANGKASA Prihatin COVID-19 kepada anggota koperasi dan masyarakat dengan peruntukan sebanyak RM5 juta. Sudah pasti kesan atau impak yang mahu dicapai menerusi peranan dan sumbangan yang diberikan itu adalah untuk menunjukkan bahawa koperasi adalah platform terbaik dalam membangunkan sosioekonomi masyarakat. Bantuan itu juga sekali gus mampu memberi cerminan positif kepada masyarakat terhadap keunikan berkoperasi selain menjayakan usaha kerajaan menerusi program kesejahteraan rakyat berlandaskan ‘Keluarga Malaysia’.

Program COOPCARE ANGKASA Prihatin Bencana Banjir meneruskan misi menunaikan Tanggungjawab Sosial Koperasi (CSR) dengan memperluaskan sumbangannya melalui kerjasama dengan Yayasan Bank Rakyat. Usaha murni tersebut direalisasikan melalui satu majlis penyerahan yang berlangsung di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, pada 9 April 2021. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyerahkan sumbangan berupa 100 pek barangan asas Projek Barang Asas (BA 100) bernilai RM5,000 kepada Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin.

Sebanyak 67 program sumbangan barangan asas di bawah projek BA100 telah dijayakan dalam tempoh tersebut melibatkan 5,955 penerima terutamanya golongan B40 yang terjejas. Di samping itu juga, sebanyak 44 program melibatkan pasukan barisan hadapan (frontliners) telah dilaksanakan menerusi COOPCARE melibatkan 53,356 penerima. Selain sumbangan tunai, ANGKASA juga memperuntukkan bajet tersebut dengan membeli barangan keperluan harian di bawah projek BA100, kit kesihatan seperti pelitup muka dan pembersih

Apakah yang disalurkan melalui COOPCARE ANGKASA? Sesuai dengan keperluan dan permintaan, bajet yang diperuntukkan bagi melaksanakan misi sumbangan tersebut telah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Sebagai contoh, bermula 1 Mac 2020 hingga 30 September 2021 sahaja, ANGKASA telah memperuntukkan sejumlah RM856,648.35 untuk menjayakan program COOPCARE dan nilai tersebut telah dibelanjakan mengikut keperluan dan permintaan. bentuk sumbangan

7

tangan (hand sanitiser), produk makanan ringan termasuklah perbelanjaan bagi menguruskan pasukan sukarelawan bencana banjir dan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Setiap Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) juga telah diberi peruntukan sebanyak RM10,000 bagi menggerakkan aktiviti COOPCARE di peringkat negeri masing-masing. ANGKASA juga turut merekodkan sebanyak 27 koperasi sekolah yang terjejas akibat banjir sebagai penerima ‘Program Bantuan Banjir Koperasi Sekolah 2021’. Usaha telah pun digerakkan secara berperingkat melalui inisiatif Bahagian Sekolah ANGKASA bermula awal tahun ini. Apakah harapan Datuk Seri terhadap masa depan COOPCARE ANGKASA? ANGKASA akan terus menggerakkan inisiatif ini bagi sebagai memenuhi visinya sebagai pemacu unggul kelestarian sosioekonomi gerakan koperasi dengan mengambil langkah untuk membantu anggota koperasi dan masyarakat dalam segenap aspek. Selain memberi sumbangan secara terus atau melibatkan sokongan pasukan sukarelawan, ANGKASA berharap agar kolaborasi yang lebih giat antara agensi dapat dijalin bagi memperkasakan lagi gerak kerja COOPCARE membantu masyarakat yang memerlukan dengan sesegera mungkin. Saya juga mahu menyeru kepada semua warga koperasi agar turut sama menyertai barisan sukarelawan COOPCARE ini. Kita sebenarnya memerlukan lebih ramai anggota sukarelawan supaya lebih banyak aktiviti bantuan dapat diatur dan digerakkan dalam satu-satu masa terutamanya sewaktu misi bantuan banjir yang berlaku hampir serentak di banyak kawasan.

Sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada salah seorang daripada 20 anggota Koperasi Sabena Berhad yang terkesan dengan banjir lumpur di Yan, Kedah pada 18 Ogos 2021.

Petugas sukarelawan di bawah Program Sukarelawan COOPCARE ANGKASA membantu seorang warga emas mengisi Borang Persetujuan Suntikan Vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sepang pada 31 Julai 2021.

ANGKASA dengan kerjasama Nasional FM dan Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM) menyantuni penduduk sekitar Kampung Padang Jawa, Shah Alam yang terlibat dengan bencana banjir. Sejumlah 50 pek barangan keperluan harian di bawah Projek Barang Asas 100 (BA100) dengan nilai keseluruhan RM5,000 telah disumbang melalui Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah yang sempat meluangkan masa melawat beberapa buah rumah mangsa banjir di sekitar Padang Jawa pada 21 Januari 2022.

Petugas sukarelawan COOPCARE ANGKASA membantu melancarkan proses pemberian vaksin.

Warga kerja ANGKASA turut menyertai Skuad Sukarelawan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) bagi membantu aktiviti membersihkan rumah pasca banjir di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat Johor pada 17 Januari 2022.

Sumbangan barangan keperluan harian di bawah program COOPCARE ANGKASA anjuran ANGKASA Negeri Pahang Barat (Zon 3) kepada anggota koperasi yang terjejas dan petugas barisan hadapan Majlis Daerah Kuala Lipis pada 28 Julai 2021.

Sebanyak 50 pek barangan keperluan harian telah disampaikan oleh ANGKASA kepada golongan asnaf anggota Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad di Tanjung Kling, Melaka pada 29 Ogos 2021.

8

Oleh: Nadiah Kamarudin

Usaha bagi meningkatkan kerjasama strategik antara koperasi dengan agensi dan jabatan kerajaan sangat perlu bagi memperkukuh peranan sektor koperasi sebagai penyumbang ketiga kepada pertumbuhan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat selepas sektor kerajaan dan swasta. proaktif mewujudkan kerjasama dengan agensi kerajaan,” ujar beliau. Beliau turut berkata bahawa

Namun di sebalik gerak kerja yang dilaksanakan, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi penekanan iaitu sejauh mana koperasi khususnya yang tergolong di bawah kluster sederhana, kecil dan mikro melihat kepentingan kerjasama tersebut selain turut terlibat secara aktif dalam program atau inisiatif yang dilaksanakan oleh agensi. Menurut Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, usaha berterusan daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan agensi-agensi di bawahnya perlu diwujudkan agar pendedahan kepada koperasi mengenai peranan dan fungsi agensi kerajaan lebih difahami. Begitu juga kementerian lain yang boleh dimanfaatkan oleh gerakan koperasi. “Apabila wujud jalinan antara koperasi dengan agensi kerajaan, secara tidak langsung akan memberi semangat tambahan kepada koperasi bahawa terdapat pelbagai pihak yang bersedia untuk membantu koperasi dan anggota dari segi bantuan kewangan dan khidmat kepakaran serta menyediakan program latihan dan bimbingan perniagaan,” kata beliau. Secara amnya, fungsi utama agensi adalah memastikan semua program dan usaha oleh kerajaan khususnya pembangunan sosioekonomi rakyat dapat berjalan dengan lancar. Selain itu, agensi kerajaan juga berperanan untuk menyebar luas dasar dan hasrat kerajaan iaitu membantu meningkatkan taraf hidup rakyat. Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri mempunyai sejumlah 31 kementerian yang merangkumi lebih 200 agensi. Melihat kepada angka tersebut, peluang untuk koperasi dan anggota terlibat dalam program khususnya yang berfokuskan pada pembangunan perniagaan dan keusahawanan adalah cukup luas. Tambah Prof. Abdul Rahman, perlu ada inisiatif juga daripada koperasi sendiri untuk mengenali lebih dekat mana-mana agensi dengan mengkaji latar belakang dan peranannya serta bentuk bantuan yang diberikan. “Koperasi harus mengambil pendekatan

ANGKASA terus komited memainkan peranannya sebagai pemudah cara yang menghubungkan koperasi dengan agensi kerajaan. Sehingga kini, ANGKASA bekerjasama dengan pelbagai agensi dengan sokongan kementerian agar dapat membantu koperasi meneroka peluang perniagaan baharu dan melonjakkan perniagaan sedia ada.

Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Haji Idris Mohd Salleh untuk membincangkan mengenai Program Pembangunan Perniagaan Kenaf.

Beliau selaku Pengerusi Sektor Perladangan ANGKASA telah menjalinkan kerjasama dengan agensi di bawah Kementerian Perusahaan dan Komoditi untuk memaju dan menjayakan perniagaan koperasi. Sebagai contoh, Program Pensijilan Minyak Sawit Mapan Malaysia (MSPO) antara ANGKASA dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melibatkan 53 buah koperasi, Program Pemprosesan Fiber Kenaf bersama Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Program Pemerkasaan Pusat Pengumpulan Koko bersama Lembaga Koko Malaysia (LKM) dan Program Pembangunan Produk Sagu bersama Craun Research Sdn. Bhd (anak syarikat kerajaan Sarawak). Selain itu, kerjasama berterusan antara ANGKASA dengan SIRIM Berhad sejak tahun 2016 juga turut membantu menambah baik produk keluaran koperasi dari segi pembungkusan dan pensijilan sehingga berjaya menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa. Kepimpinan koperasi perlu ambil inisiatif menjadikan agensi sebagai platform yang berperanan penting melestarikan ekonomi dan membantu mengurangkan kos sara hidup anggota serta mengoptima sumber yang ada. Usaha tersebut mampu mentransformasikan koperasi sebagai pemacu kepada pembangunan sosioekonomi yang inklusif seperti yang terkandung di dalam Dasar Keusahawanan Nasional 2030.

Produk keluaran koperasi yang melalui proses penambah baikan dari segi pembungkusan dan pensijilan menerusi kerjasama antara ANGKASA dengan agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, SIRIM Berhad.

Kerjasama yang terjalin antara ANGKASA dengan agensi di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melancarkan proses untuk koperasi mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mapan Malaysia (MSPO).

9

10

Oleh: Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Bagaimanakah Datuk melihat tahap kesedaran masyarakat Islam pada masa ini mengenai ilmu pewarisan dan pengurusan harta pusaka? Pada masa ini, tahap kesedaran masyarakat kita terhadap ilmu wasiat dan pengamanahan masih lagi rendah. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, ia semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat Islam jika dibandingkan dengan tahun- tahun sebelumnya. Harta tidak dituntut semakin bertambah setiap tahun. Antara faktor yang dikenal pasti adalah kurangnya kesedaran terhadap ilmu pewarisan dan pengurusan harta pusaka. Terkini, dianggarkan hampir RM90 bilion jumlah harta beku dan tidak dituntut dikesan di negara ini pada tahun lalu. Daripada jumlah ini sebanyak 90 peratus daripadanya adalah milik orang Melayu (Utusan Malaysia, 11 September 2021). Kerenah birokrasi dalam pengurusan harta pusaka juga dikesan berlaku. Proses pentadbiran pusaka bagi mendapatkan Surat Kuasa melibatkan tiga agensi iaitu Mahkamah Tinggi; Unit Pembahagian Pusaka Kecil dan Amanah Raya Berhad memerlukan dokumentasi yang lengkap ketika permohonan dibuat. Bagi permohonan yang tidak lengkap akan menghadapi kesukaran untuk meneruskan proses dan kebanyakan waris tidak faham semasa menyediakan dokumen yang diperlukan ini hingga menyebabkan permohonan mereka tidak dapat diproses. Dalam hal ini, semua pihak termasuk syarikat amanah, agensi kerajaan dan korporat serta koperasi perlu memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat tentang kepentingan menulis wasiat. Jika dilihat sekarang, masyarakat masih tidak faham bahawa kepentingan menulis wasiat adalah sama penting dengan kepentingan membeli perlindungan insurans, malah ia lebih penting lagi kerana mengakibatkan aset terbeku, pergaduhan keluarga dan ekonomi negara. DalilpensyariatannyaterkandungdalamSurahAl-Baqarah (Ayat 180) yang bermaksud: “Diwajibkan apabila seseorang daripada kamu hampir mati, jika dia ada meninggalkan harta, (hendaklah dia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagaisatukewajipanbagiorangyangbertaqwa”. Rasulullah S.A.W menggalakkan seseorang itu membuat wasiat sebagaimana dalam hadis: “Tiada hak (patut) bagi seorang muslim, mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan dibiarkanhinggaduamalammelainkanwasiatnyaitutertulis disisinya.” (HadisRiwayatBukharidanMuslim).

Bolehkah Datuk nyatakan pencapaian dan kejayaan MAAB yang dicapai hingga kini sehingga meletakkan institusi ini sebagai sebuah badan yang berjaya? MAAB memperlihatkan perkembangan dan pencapaian yang memberangsangkan sejak ia ditubuhkan pada 2014 lalu. Pencapaian MAAB adalah

Pendekatan ini dilihat berjaya kerana jualan produk dan perkhidmatan MAAB terus meningkat dari tahun ke tahun. Bagi kes pusaka, sehingga kini MAAB telah mengurus tadbir sejumlah 500 kes dengan nilai keseluruhan aset berjumlah hampir RM120 juta, manakala wasiat pula, sejumlah 160,000 wasiat telah didaftarkan sehingga Disember 2021.

kerana meletakkan harga produk menepati kehendak pelanggan dan pasaran serta pendekatan ‘Pelanggan Diutamakan’. Sesuai dengan moto syarikat iaitu ‘Kami Pelindung Pewarisan Anda, MAAB sentiasa mengutamakan pelanggan. Pelanggan tidak perlu bersusah payah datang ke pejabat MAAB untuk menyelesaikan sesuatu

urusan tetapi kakitangan atau Rakan Niaga MAAB yang akan datang berjumpa dengan pelanggan mengikut keselesaan mereka.

Majlis Pelancaran Produk Baharu MAAB bertempat di ANGKASA pada 24 Februari 2020.

Rajah: Analisa Kewangan MAAB (2014-2020).

11

Apakah usaha dan bentuk inisiatif MAAB dalam mempromosikan perkhidmatannya kepada pihak luar? Menjalinkan kerjasama strategik dengan institusi kewangan, koperasi, badan korporat, agensi kerajaan dan institusi pengamanahan dan pusaka adalah antara misi penubuhan MAAB. Usaha ini telah menampakkan hasil apabila peluang kerjasama ini kini telah direalisasikan dengan jayanya. Antara institusi kewangan yang bekerjasama dengan MAAB ialah Bank Muamalat Malaysia Berhad, AGRO Bank, Co-opbank Pertama, Bank Simpanan Malaysia Berhad (BSN), Affin Bank dan MBSB Berhad. Syarikat Berkaitan Kerajaan pula antaranya Pos Malaysia Berhad, Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Tekun Nasional, Pelaburan MARA Berhad dan FELCRA Berhad manakala agensi korporat terdiri daripada ZSA Jaya Sdn. Bhd, SMF Management Service & Consultancy, Zafran Angkasa Resources, Itqan Maju Resources, Warisan Mukmin, Al-Kahfi Consultant, GM Inovasi Enterprise dan NSON Management Services. MAAB komited dalam menggalakkan penyertaan koperasi dan sehingga kini sebanyak 20 rakan koperasi telah bekerjasama dalam usaha ini seperti Koperasi Dewan Bahasa & Pustaka (M) Berhad, Koperasi Pekebun Kecil Daerah Raub Berhad, Koperasi Pekerja CIMB Berhad, Koperasi Perniagaan Guru-Guru Muar Johor Berhad, Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad dan banyak lagi. Bagi tujuan itu, MAAB konsisten dalam melatih agen-agen baharu dan menawarkan insentif bagi menarik minat agen dalam memasarkan produk- produk. Usaha memperhebatkan maklumat kesedaran; pemasaran dan iklan produk MAAB melalui media sosial sentiasa diberi perhatian termasuk menjalinkan kerjasama rapat dengan media cetak dalam mempergiatkan promosi dan kempen bagi menarik lebih ramai masyarakat melanggan produk-produk MAAB seperti kempen Hibah dan Wasiat serta Kempen Amanah Pusaka Care. Promosi pemasaran, kempen-kempen dan pendidikan sebegini akan dipertingkatkan dari masa ke semasa supaya tidak berlaku kebocoran dan pembaziran terhadap wang yang tidak dituntut dan dimanfaatkan untuk keperluan dan pembangunan masyarakat dan negara. MAAB telah membuktikan pencapaian yang membanggakan melalui pening­ katan pendapatan tahunan. Apakah hala tuju institusi ini khususnya dalam usaha menggalakkkan penglibatan lebih ramai individu dan koperasi dalam perkhidmatan pewarisan dan pengurusan pusaka? Selaras dengan visi dan misi MAAB iaitu menjadi sebuah institusi pengurusan pengamanahan dan pewarisan yang efisien, profesional dan terunggul di peringkat negara menjelang 2025 dan peringkat ASEAN menjelang 2030, MAAB akan terus menawarkan produk dengan harga kompetitif serta memperkenalkan produk-produk baharu yang akan memenuhi kehendak pelanggan dan pasaran. Terkini, MAAB telah melancarkan lima produk baharu iaitu Hibah Hartanah (h-amanah), Hibah Saham Koperasi (s-amanah), Amanah Tunai (c-amanah), Amanah Takaful (t-amanah) dan Amanah Insuran (i-amanah) sebagai melengkapi produk dan perkhidmatan. Usaha meningkatkan penglibatan lebih ramai individu dan koperasi akan terus dipergiatkan dan adalah menjadi hasrat MAAB untuk berkongsi manfaat dengan menawarkan saham MAAB kepada organisasi khususnya koperasi yang

Rajah: Jumlah Pendapatan Wasiat dan Pusaka Berdaftar (2014-2020).

Rajah: Rakan Niaga Premium MAAB.

berminat. Inisiatif ini diharap dapat menarik lebih banyak koperasi untuk melibatkan diri dalam tanggungjawab dan tugas menjalankan wasiat dan pengamanahan dengan produk sedia ada dan produk baharu. Bagi tujuan tersebut, MAAB akan bertindak melatih dengan konsisten koperator sebagai agen/ wakalah supaya dapat menyebarluaskan keperluan wasiat dan pengamanahan serta memberi pulangan kepada koperasi dan anggotanya. Sebagai contoh, setiap ahli jawatankuasa koperasi akan diberi pendedahan awal mengenai kepentingan membuat wasiat dan pengamanahan dengan MAAB. Diharapkan dengan usaha dan khidmat bakti murni sebegini akan terus diperluaskan ke peringkat Asia Tenggara dan dunia Islam yang lain. Untuk itu, MAAB bercadang mengadakan Konvensyen Persidangan Pengamanahan Di Peringkat Asia Tenggara pada masa akan datang selari dengan Sambutan 100 Tahun Koperasi. Apakah harapan Datuk terhadap masa depan MAAB pada masa akan datang? Adalah menjadi aspirasi MAAB untuk muncul menjadi sebuah syarikat amanah nombor satu di Malaysia dan Asia Tenggara. Justeru, MAAB

yakin aspirasi ini boleh dicapai dengan adanya gabungan kerjasama mantap antara Ahli Lembaga Pengarah yang komited serta pihak pengurusan dan kakitangan yang berpengalaman dalam industri pengamanahan. MAAB berhasrat untuk mengembangkan perniagaan ke negara-negara serantau seperti Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand pada masa akan datang. Dengan kelebihan dan kekuatan yang dimiliki MAAB sebagai pusat sehenti penulisan, penyimpanan dan pelaksanaan wasiat serta berusaha mengoptimumkan penggunaan sistem maklumat dan teknologi telekomunikasi menerusi semakan dan pindaan maklumat atas talian (online), MAAB yakin dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat selari dengan peredaran zaman teknologi masa kini. Bertepatan dengan Pelan Strategik ANGKASA 2050 (PESAN 50) yang dirangka untuk melonjakkan budaya keusahawanan dan kesejahteraan sosial masyarakat khususnya komuniti koperasi sebagaimana temanya iaitu ‘Koperasi Sebagai Pilihan Utama Perniagaan’, MAAB menyediakan pelan stretegi lima tahun untuk dicapai yang bersifat realisitik bagi memberi kesedaran terhadap kepentingan wasiat dalam kehidupan dengan memilih institusi ini sebagai pelindung harta pusaka mereka pada masa akan datang.

12

Oleh: Rahmat Mohd Did

Resolusi Konvensyen Keusahawanan Koperasi 2013 yang telah dianjurkan oleh ANGKASA antara lainnya menjadikan ANGKASA sebagai pusat rujukan maklumat atau sumber produk-produk koperasi seluruh negara. Bertitik tolak daripada itu maka bermulalah inisiatif untuk mengumpulkan produk-produk yang dikeluarkan mahupun diedarkan oleh koperasi. Ketika itu, hanya terdapat 174 jenis produk koperasi berjaya dikumpul dan berada pada tahap yang asas. Persepsi masyarakat pada ketika itu memandang rendah produk koperasi yang hanya berbungkus plastik biasa selain menggunakan label berpelekat buatan sendiri. Taraf produk koperasi juga tidak berpadanan dengan saiz gerakan koperasi Malaysia dan tidak layak dijadikan sebagai sampel untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa. Justeru, atas faktor tersebut, maka wujud kesedaran perlunya koperasi mempromosi produk koperasi yang memenuhi standard dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. ANGKASA telah mencipta program pembangunan produk iaitu 100 Product Champion yang bertujuan untuk membangunkan produk koperasi terutama dari sudut persembahan produk (pembungkusan dan pelabelan) supaya dapat dibariskan bersama- sama produk yang dipasarkan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Apakah pandangan Dato' terhadap prestasi dan pencapaian 100 Product Champion ? Evolusi 100 Product Champion berlaku di sepanjang garis masa pelaksanaan program. Bermula dengan hanya pembangunan produk melalui pembungkusan dan perlabelan, kini melibatkan aktiviti pemasaran seperti promosi, pengiklanan dan penempatan. Rantaian nilai yang dibentuk dalam Program Pembangunan dan Pemasaran Produk termasuklah 100 Product Champion bersifat end to end yang mana akan memastikan produk- produk dibangunkan ini terpilih untuk ditempatkan dalam pasaran di dalam dan luar negara. Inisiatif ini dilaksanakan setelah produk-produk 100 Champion mula mendapat perhatian pasaran terutama pemain- pemain industri runcit di dalam dan luar negara. Daripada 174 produk koperasi pada permulaan, kini jumlah terkini adalah 710 produk daripada 205 koperasi. Berdasarkan pencapaian 100 Product Champion yang kini sudah berusia tujuh tahun, saya amat berpuas hati walaupun terdapat beberapa rintangan dan cabaran yang dihadapi oleh koperasi peserta terutamanya dalam aspek kos operasi. Adakah pandemik COVID-19 mempengaruhi produk koperasi? Pandemik COVID-19 banyak memberi kesan kepada perniagaan dan perusahaan koperasi. Terdapat juga beberapa kilang pengeluaran 100 Product Champion yang terpaksa ditutup akibat tidak mampu menanggung kos operasi. Ekoran

Sebahagian produk koperasi di bawah label ‘100 Product Champion’ yang dieksport ke Brunei Darussalam pada 18 Ogos 2021.

Apakah kriteria yang diperlukan untuk produk koperasi itu dipilih untuk berada dalam senarai 100 Product Champion ? Kriteria utama produk mestilah milik koperasi ser­ ta mempunyai sijil HALAL dan MeSTI. Ini bermaksud, produk telah mencapai tahap sedia untuk dipasarkan

daripada kesan tersebut, sebilangan pekerja terpaksa diberhentikan dan secara tidak langsung, pendapatan koperasi juga terjejas. Apabila kilang tidak dapat beroperasi atau ditutup, maka pembekalan produk untuk tujuan pemasaran juga tidak dapat dibuat. Hal tersebut telah menjejaskan keseluruhan rantaian pembekalan produk-produk koperasi di pasaran.

13

koperasi 100 Champion dengan harapan koperasi dapat terus meningkatkan pendapatan mereka. Proses pemantauan dan pemerkasaan disulami serentak dengan pembangunan modal insan dan tadbir urus baik koperasi agar koperasi ini benar-benar layak dipanggil Champion . Koperasi yang terlibat dan bernaung di bawah program ini juga diharap dapat meningkatkan lagi kualiti pengeluaran yang lebih terarah kepada permintaan dan budaya pengguna bagi memastikan jualan yang terus konsisten di pasaran. Objektif program 100 Product Champion: i. Membangunkan penjenamaan produk untuk koperasi-koperasi 100 Champion. ii. Menaiktaraf Persembahan Produk (pembungkusan dan perlabelan) termasuk menambah nilai produk,sesuai dengan keperluan dan segmen pasaran terutamanya eksport. iii. Memastikan kualiti produk terpelihara melalui pemantauan dan memberi kemudahan keperluan proses pengeluaran. iv. Mempromosi dan memasarkan produk

dan menepati kriteria eksport. Bantuan yang diberikan oleh ANGKASA dalam pembangunan 100 Product Champion adalah dengan kaedah menaikkan taraf pembungkusan dan perlabelan produk supaya lebih sesuai dan berpadanan dengan permintaan dan kehendak pasaran. Baru-baru ini, produk 100 Champion berjaya memasuki 93 outlet BH Petromart sekitar Lembah Klang. Apakah signifikan kejayaan ini kepada 100 Product Champion dan koperasi yang terlibat? Kejayaan ini menunjukkan produk yang bernaung di bawah 100 Product Champion telah mendapat perhatian dan diyakini oleh pemain-pemain industri. Program ini bersifat end-to-end iaitu bermula dengan mengenal pasti potensi, pembangunan, promosi dan penempatan. Penempatan di BHP merupakan langkah penting untuk memastikan program ini benar- benar membantu koperasi dan memberi impak besar dalam meningkatkan pendapatan dan sumbangan sosioekonomi koperasi. Selain itu, 100 Product Champion juga kini boleh didapati di Pasaraya Besar Giant di Lembah Klang, Aeon Big, AEON termasuklah rantaian runcit koperasi melalui Projek Barangan Asas 100 (BA100). Produk-produk 100 Champion berserta lain-lain Statistik koperasi dan jenis produk 100 Product Champion 2014-2020: Tahun

produk koperasi terpilih juga telah mendapat tempat dalam pasaran luar negara iaitu Singapura melalui rangkaian runcit Hao Mart dan Brunei Darussalam melalui hubungan kerjasama dengan Koperasi Kakitangan Jabatan Kerja Raya (SAMAKAYA) Brunei Darussalam. Demi menyahut galakan penggunaan aplikasi digital dalam gerakan koperasi, ANGKASA juga menempatkan produk-produk ini melalui pasaran dalam talian seperti Shopee, media sosial dan mengindekskan katakunci ‘Produk Koperasi Malaysia’ dan Product Food Cooperative di dalam platform Google agar masyarakat maya seluruh dunia dapat mengenali produk-produk koperasi Malaysia. Apakah harapan Dato' terhadap 100 Product Champion untuk tempoh lima tahun akan datang? ANGKASA melaksanakan program pembangunan inisecaraberterusansehinggakoperasidapatbergerak dengan sendiri untuk mengekalkan penempatan pasaran produk mereka di luar negara. Setiap produk 100 Champion yang telah dan akan dibangunkan mempunyai evolusi yang tersendiri. Ini kerana sifat dan kriteria produk yang berbeza-beza di samping penerimaan pasaran dan prestasi produk-produk ini juga berbeza-beza. Faktor ini mendorong ANGKASA untuk terus memantau dan memperkasakan koperasi-

melalui pelbagai medium pemasaran bagi memastikan kelestarian produk dalam pasaran.

RANTAIAN PROGRAM PEMBANGUNAN & PEMASARAN PRODUK KOPERASI COOPERATIVE’S PRODUCT DEVELOPMENT & MARKETING PROGRAM’S CHAIN

Infrastruktur Organisasi Struktur seksyen, dasar dan polisi, perancangan strategik, peruntukan dan perbelanjaan kewangan. Pengurusan Sumber Manusia Perancangan sumber manusia, pembahagian tugas, latihan dan pencapaian prestasi. Pembangunan Teknologi Sokongan ICT dalm pembangunan pengkalan data dan platform pemasaran online. Perolehan Proses pembelian produk dan perkhidmatan vendor serta juruperunding.

Bilangan Koperasi 10

Bilangan Jenis Produk 29 18

2014 2015 2017 2018 2020 Jumlah

7 2 4 15 38

5 9 15 76

Mengenal pasti & Pengumpulan Program pengumpulan produk dan sumber dari gerakan koperasi seluruh negara.

PSPK Penyediaan pengkalan dan showcase serta pusat rujukan produk.

Pembangunan Pembangunan 100 Champion. Pensijilan Halal. Pemerkasaan Vendor Produk. Product Review 100 Champion .

Pemasaran Promosi dalam dan luar negara. Pemasaran dan penempatan secara online dan offline.

Pemantauan Pemantauan dan pelaporan secara berkala.

Kerjasama strategik antara ANGKASA dengan strategik antara ANGKASA dengan AmaxMALL telah menempatkan 29 SKU produk daripada 11 koperasi di bawah program 100 Product Champion di pasar raya Eccellente by HAO Mart bertempat di Kinex Shopping Mall, Singapura (kredit gambar: Facebook AmaxMALL).

Produk di bawah program 100 Product Champion boleh didapati di Pasaraya Besar Giant di Lembah Klang, Aeon Big, AEON termasuklah rantaian runcit koperasi melalui Projek Barangan Asas 100 (BA100).

14

Oleh: Mohd Idzdihar Nooridzahir

soal kewangan serta aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan. Anggota koperasi juga mempunyai kuasa melalui MAT untuk membuat pertanyaan serta memberi pandangan tentang perjalanan koperasi. ALK pula bertanggungjawab mentadbir koperasi dengan menetapkan arah tuju dasar serta polisi yang jelas. Pengurusan yang dilantik oleh ALK pula bertanggungjawab mengurus pelaksanaan segala dasar dan polisi untuk memastikan arah tuju dapat dicapai manakala JAD yang juga dilantik oleh ALK memainkan peranan yang penting dalam tadbir urus dengan membuat semakan terhadap sistem kawalan dalaman dan pelaksanaan oleh pihak pengurusan dan melaporkan kepada ALK sebarang pelanggaran serta memberi cadangan untuk penambahbaikan. Jika semua kepimpinan dalam sistem tadbir urus melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan baik sudah pasti prestasi koperasi akan baik. Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memastikan sistem tadbir urus ANGKASA berada dalam keadaan baik? Tadbir urus yang baik tidak mudah dan murah. Ianya memerlukan satu perancangan yang terperinci dengan melihat kepada pelbagai perspektif dan memerlukan kos yang bukan sedikit supaya ia kekal berfungsi dengan baik. Tadbir urus juga sering dikaitkan dengan integriti sesebuah koperasi. Bagi memastikan sistem tadbir urus berjalan dengan baik, ANGKASA telah menubuhkan satu jawatankuasa khusus iaitu Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) serta Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti bertujuan untuk mempromosi dan menguatkuasa segala polisi dan peraturan di ANGKASA.

ANGKASA juga telah mengambil beberapa pendekatan dalam meningkatkan tahap intergiriti antaranya ialah: i. Mendapat pengiktirafan daripada pihak luar tentang sistem tadbir urus seperti ISO 37001: Sistem Pengurusan Anti Rasuah dan ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti. ii. Mengadakan Kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan seperti Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Standard Malaysia, dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). iii. Meningkatkan bilangan Lembaga, JAD dan Pengurusan mendapat Persijilan Pegawai Integriti Bertauliah melalui Kerjasama dengan SPRM. iv. Melaksanakan pelbagai program integriti dalam kalangan pekerja dan juga ALK koperasi v. Menyediakan Pelan Strategik ANGKASA untuk tempoh jangka pendek, sederhana dan jangka Panjang. vi. Memperkasakan budaya integriti dengan menghayati nilai-nilai korporat Sadiq, Amanah dan Telus (SAT). Apakah cabaran utama dalam membentuk pemimpin berintegriti di ANGKASA? Integriti secara umumnya merujuk bagaimana kepimpinan melaksanakan perancangan dan tindakan berasaskan kepada nilai-nilai murni bukannya menjurus kepada kepentingan diri. Tahap Integriti kepimpinan boleh dikategorikan kepada dua iaitu tahap organisasi dan tahap individu. Tahap organisasi agak mudah untuk diamalkan dan dilaksanakan. Ia merujuk kepada amalan terbaik proses kerja, piagam pelanggan, pelaksanaan pelaksanaan kod etika seperti yang saya jelaskan sebelum ini. Tahap yang paling mencabar ialah tahap integriti individu. Ini kerana fitrah manusia adalah penting diri dan tamak. Persoalan membentuk pemimpin berintegriti adalah merujuk kepada bagaimana untuk menentukan setiap tindakan yang diambil oleh pemimpin hendaklah diselaraskan dengan prinsip- prinsip moral dan beretika serta mematuhi peraturan dan perundangan bukannya untuk kepentingan diri. Ia banyak bergantung kepada karakter atau sikap individu itu sendiri. Bagi meningkatkan integriti tahap individu, ANGKASA memantapkan lagi Prosedur Operasi Standard dalam sistem tadbir urus.

Bolehkah Dr. jelaskan maksud tadbir urus dan kepimpinan dalam koperasi? Tadbir urus sering dirujuk sebagai satu proses untuk mentadbir dan mengurus sesebuah koperasi untuk mencapai matlamat dan objektif penubuhan koperasi. Tadbir urus amat penting kepada koperasi untuk; i. Membantu mencapai arah tuju koperasi ii. Menyelaras proses kerja dan akauntabiliti iii. Membantu proses membuat keputusan lebih baik iv. Menentukan peranan dan tanggungjawab pihak yang terlibat v. Membantu mengurus risiko dengan lebih baik vi. Meningkatkan imej dalam kalangan awam vii. Membantu kejayaan perniagaan koperasi Kejayaan tadbir urus sesebuah organisasi terletak sepenuhnya kepada kepimpinannya. Dalam konteks koperasi, terdapat empat kategori pemimpin yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam melaksanakan tadbir urus dengan berkesan seterusnya menentukan kejayaan koperasi, iaitu Anggota Koperasi, Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD), dan Pengurusan di mana mereka mempunyai peranan masing-masing dalam sistem tadbir urus koperasi. Anggota koperasi meskipun sering diabaikan sebagai kepimpinan koperasi tetapi merupakan tunggak kepada punca kuasa bagi sesebuah koperasi untuk melaksanakan aktiviti. Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) merupakan medan untuk anggota menzahirkan kepimpinan mereka dengan melantik Anggota Lembaga dan memberi punca kuasa dalam

Webinar Amalan Baik Tadbir Urus Koperasi.

15

Bagaimanakah ANGKASA menangani isu sistem tadbir urus di era pendemik ? Pandemik Covid-19 telah membuka paradigma baharu dalam budaya kerja serta gaya hidup masyarakat. Meskipun banyak kekangan yang dihadapi, ANGKASA telah berjaya mengambil beberapa pendekatan proaktif sepanjang tempoh tersebut. Bagi mengurus isu-isu yang timbul kesan daripada Pandemik, ANGKASA telah menubuhkan ANGKASA Crisis Team (ACT) yang dipengerusikan oleh Presiden ANGKASA untuk mengambil Tindakan segera. Beberapa keputusan penting telah dibuat, antaranya melaksanakan konsep berkerja dari rumah, webinar dan persidangan secara hibrid untuk memastikan semua program dan projek yang dirancang dapat dilaksanakan dan berjalan dengan lancer serta megurangkan risiko jangkitan wabak Covid-19. Selain itu, ANGKASA turut mempertingkatkan adaptasi digital dalam sistem pengurusan harian. Pendekatan ini adalah selari dengan hasrat untuk mempertingkatkan lagi kecekapan tadbir urus selain mengurangkan kos operasi. Apakah harapan Dr untuk meningkatkan tadbir urus ANGKASA? Pada saya hanya satu perkara yang amat penting untuk meningkatkan tadbir urus ANGKASA ialah semua pihak perlu melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengang IKHLAS. Kita perlu sedar bahawa kita diberi peluang di ANGKASA adalah sebagai satu AMANAH oleh Allah. Oleh itu kita perlu bercakap secara SADIQ (jujur) dan sentiasa bersikap TELUS dalam setiap tindakan kita. Jika kita menghayati nilai-nilai korporat ANGKASA dan mengamal secara konsisten, ia pasti akan menjadi satu budaya kerja cemerlang, InshaAllah tadbir urus ANGKASA akan terus kekal utuh dan mantap.

Majlis lafaz Ikrar Bebas Rasuah & Forum Integriti Peringkat Negeri Selangor 2018.

Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara ANGKASA dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 17 Julai 2017 di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya.

16

Oleh: Nor Azah Abd. Aziz

tetapi berkat kesabaran dan kerja keras pasukan ICT ANGKASA telah berjaya melahirkan beberapa platform yang lebih stabil dan boleh digunakan sebagai solusi seperti platform eAGM koperasi, e-MAN dan e-MAPA. Tahap keyakinan pelanggan koperasi yang menggunakan solusi ini juga semakin tinggi hasil kejayaan kami menguruskan acara Mesyuarat Agung secara hibrid. Dari segi perundangan, apakah sistem ini dibenarkan oleh pihak SKM? SKM Negeri yang menjemput Sektor Inovasi & Teknologi pada tahun lalu (2021) dalam siri-siri pendedahan mesyuarat agung koperasi secara maya telah membuka sesi dialog dan soalan daripada pemimpin koperasi untuk bertanya, mengajukan sebarang kemusykilan dari segala aspek dalam usaha membantu dan memberi keyakinan pimpinan koperasi agar tidak menangguhkan mesyuarat agung tahunannya. Hasil dari kerjasama melak­ sanakan sesi taklimat dan pendedahan kepada mesyuarat agung dalam secara maya ini, SKM tiada halangan dalam penggunaan platform teknologi ini dan sememangnya mengharapkan proses digitalisasi dapat dilak­ sanakan segera dalam gerakan koperasi. Setakat ini, keputusan mesyuarat dan pemilihan diterima secara harmoni oleh koperasi yang telah menggunakan solusi kami.

Bolehkah terangkan inisiatif ANGKASA dalam meng­ adaptasi digitalisasi untuk Mesyuarat Agung Gerakan Koperasi di Malaysia? ANGKASA telah mencipta dan Dato' membangunkan beberapa platform yang telah melalui beberapa proses dan fasa ujian. Apabila Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mula mengeluarkan GP14(b) iaitu garis panduan mengadakan Mesyuarat Agung ketika penularan pandemik Covid-19, ANGKASA mula membuka langkah dengan memikirkan idea untuk membantu koperasi melaksanakan Mesyuarat Agung secara dalam talian. Bermula Mac 2021, pasukan ICT ANGKASA mula menerima tempahan pertama dari SEKATARAKYAT, di sinilah cabaran bermula dan selepas itu, beberapa koperasi besar seperti Koperasi Amanah Pelaburan dan Koperasi AIM turut berminat menggunakan khidmat kami. Kemuncak tindakan ANGKASA bermula pada Jun 2021 apabila hampir semua SKM Negeri telah mengundang Sektor Inovasi & Teknologi ANGKASA untuk memberi solusi kepada gerakan koperasi yang mengalami masalah untuk melaksanakan Mesyuarat Agung berikutan arahan PKP Kerajaan & SOP MKN. Di sini kami mengambil tindakan pantas untuk membuat pembangunan segera sistem dengan eksperimen serta ujian. Alhamdulillah, walaupun pada peringkat awal cabaran yang kita depani bukanlah suatu tugas mudah,

Agenda pemilihan ALK secara dalam talian.

Undian ALK.

17

Mesyuarat secara maya boleh diakses dalam aplikasi zoom.

Berapa banyakkah koperasi yang telah melanggan serta menggunakan sistem e-AGM ini untuk tahun lepas? Kami telah menguruskan lebih daripada 100 Mesyuarat Agung secara hibrid termasuk MAN dan MAPA. Jika dikira dari jumlah langganan acara oleh koperasi, pada tahun 2021, pasukan ICT ANGKASA telah melaksanakan perkhidmatan sebanyak 87 mesyuarat merangkumi Mesyuarat Agung Kawasan, Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Perwakilan. Apakah kelebihan sistem ini berbandng kaedah kon­ vensional? Ya, tidak dapat dinafikan lagi. Dalam taklimat antara SKM Negeri dan ANGKASA melalui Sektor Inovasi & Teknologi, aspek penjimatan kos adalah sesuatu yang sentiasa diketengahkan untuk menunjukkan perbezaan kos yang ketara dalam pelaksanaan Mesyuarat Agung secara maya berbanding Mesyuarat Agung secara fizikal. Umum mengetahui, apabila kita berhasrat untuk membuat sesuatu majlis secara fizikal sudah tentunya berbagai aspek yang melibatkan kos perlu kita fikirkan dan ambil maklum terutamanya dalam penyediaan bajet. Sebagai contoh sewaan dewan, hotel, makan minum, penyediaan kit ujian kendiri Covid-19, pengaturan majlis yang melibatkan VIP dan Protokol, percetakan buku laporan

e- AGM dilaksanakan secara hibrid.

Aspek penguasaan teknologi dan keberadaan jaringan internet negara sememangnya satu cabaran yang tidak dapat kita elakkan. Walaupun beralih kepada digitalisasi, aspek jaringan internet di lokasi anggota atau perwakilan berada serta pusat siaraya perlu berada dalam keadaan yang baik. Walau bagaimanapun, pasukan ICT ANGKASA sentiasa membantu dan menasihati pimpinan koperasi agar memberi panduan, sokongan dan dorongan kepada para anggota yang bakal terlibat dalam sesi mesyuarat agung untuk bersedia dengan kemungkinan dan permasalahan yang biasa terjadi.

Dalam aturan perjalanan Mesyuarat Agung secara maya, pihak kami turut menasihati kepimpinan koperasi supaya kebanyakan diadakan sesi raptai. Hal tersebut penting bagi membantu memberi pendedahan dan sebagai persediaan awal kepada anggota sebelum bermula sesi sebenar Mesyuarat Agung secara maya. Sementara untuk penyediaan pusat sia raya, aspek utama adalah semestinya pusat tersebut disediakan dengan kemudahan internet ‘Unifi 50mbps’ ke atas atau kawasan liputan 4G.

tahunan, pengeposan dan kurier notis mesyuarat fizikal, persediaan pasukan keselamatan RELA dan banyak lagi. Semuanya pasti melibatkan kos. Tetapi dengan inovasi kaedah pelaksanaan Mesyuarat Agung secara maya yang ANGKASA bangunkan ini, sudah tentu perbezaan penjimatannya cukup ketara dan dapat dirasai oleh setiap koperasi yang telah melalui pengalaman ini. Apakah cabaran yang bakal dilalui oleh koperasi untuk menggunakan e-AGM?

18

Fokus majukan koperasi kariah masjid dan koperasi sekolah JPAN PAHANG TIMUR (ZON 1)

Oleh: Rahmat Mohd Did

Koperasi Kariah Masjid disaran mendapatkan restu daripada pihak jawatankuasa masjid terlebih dahulu sebelum mendaftar sebagai koperasi. Perkara tersebut penting bagi mengelak berlakunya sebarang salah faham dalam mentadbir dan menguruskan masjid. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Timur, Tuan Haji Mohd Zahidi Husain berkata, sebarang keputusan melibatkan koperasi dan perniagaan akan menjadi sukar tanpa sokongan sepenuhnya daripada kariah, lebih- lebih lagi jawatankuasa. “Kita dapat lihat selalunya koperasi kariah masjid yang berjaya mempunyai hubungan yang baik dan menerima sokongan sepenuhnya daripada jawatankuasa masjid dan ini memudahkan mereka untuk melakukan perniagaan dan sebarang aktiviti dalam kawasan masjid,” katanya. Menurutnya lagi, antara yang boleh dijadikan contoh adalah Koperasi Kariah Masjid Lama Permatang Badak Berhad yang kini mempunyai pasar mini, pusat pembayaran bil setempat dan

berkembang, menceburi perniagaan baharu yang berimpak tinggi serta merebut peluang bantuan perniagaan daripada kerajaan dan agensi-agensi berkaitan. Di samping itu, beliau juga turut menggalakkan koperasi sekolah di Pahang khususnya di kawasan Pahang Timur supaya dapat mengaktifkan projek Barangan Asas 100 (BA100) di kedai koperasi masing-masing. “Selain membantu ANGKASA mempromosi jenama BA100, koperasi sekolah juga akan mendapat barangan harian dengan harga lebih kompetitif dan sistem pengurusan stok yang lebih efisien,” ujarnya. Walaupun begitu, beliau tidak menafikan bahawa proses tersebut akan mengambil masa kerana koperasi sekolah mungkin sudah terbiasa dengan pembekal sedia ada selain faktor faedah selepas jualan seperti tajaan untuk program di sekolah dan sebagainya. Setakat ini, 52 buah koperasi sekolah daripada keseluruhan 84 buah koperasi sekolah di Pahang Timur telah mendaftar dengan Projek BA100.

restoran dalam kawasan koperasi. “Lokasinya juga strategik iaitu pasar mini dan restoran di sekitar kawasan masjid membuatkan ia lebih mudah diakses oleh komuniti setempat,” jelasnya. Tambahnya, ANGKASA Pahang Timur akan sentiasa memberi fokus kepada koperasi kariah masjid dalam membantu mereka untuk

Haji Mohd Zahidi Haji Husain Pengerusi JPAN Pahang Timur (Zon 1 )

Lawatan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ke Pasar Mini Koperasi Kariah Masjid Lama Permatang Badak Berhad di Kuantan.

Koperasi SMK Paloh Hinai Berhad yang menjual produk BA100.

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20 Page 21 Page 22 Page 23 Page 24 Page 25 Page 26 Page 27 Page 28 Page 29 Page 30 Page 31 Page 32 Page 33 Page 34 Page 35 Page 36

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease