11
Apakah usaha dan bentuk inisiatif MAAB dalam mempromosikan perkhidmatannya kepada pihak luar? Menjalinkan kerjasama strategik dengan institusi kewangan, koperasi, badan korporat, agensi kerajaan dan institusi pengamanahan dan pusaka adalah antara misi penubuhan MAAB. Usaha ini telah menampakkan hasil apabila peluang kerjasama ini kini telah direalisasikan dengan jayanya. Antara institusi kewangan yang bekerjasama dengan MAAB ialah Bank Muamalat Malaysia Berhad, AGRO Bank, Co-opbank Pertama, Bank Simpanan Malaysia Berhad (BSN), Affin Bank dan MBSB Berhad. Syarikat Berkaitan Kerajaan pula antaranya Pos Malaysia Berhad, Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Tekun Nasional, Pelaburan MARA Berhad dan FELCRA Berhad manakala agensi korporat terdiri daripada ZSA Jaya Sdn. Bhd, SMF Management Service & Consultancy, Zafran Angkasa Resources, Itqan Maju Resources, Warisan Mukmin, Al-Kahfi Consultant, GM Inovasi Enterprise dan NSON Management Services. MAAB komited dalam menggalakkan penyertaan koperasi dan sehingga kini sebanyak 20 rakan koperasi telah bekerjasama dalam usaha ini seperti Koperasi Dewan Bahasa & Pustaka (M) Berhad, Koperasi Pekebun Kecil Daerah Raub Berhad, Koperasi Pekerja CIMB Berhad, Koperasi Perniagaan Guru-Guru Muar Johor Berhad, Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad dan banyak lagi. Bagi tujuan itu, MAAB konsisten dalam melatih agen-agen baharu dan menawarkan insentif bagi menarik minat agen dalam memasarkan produk- produk. Usaha memperhebatkan maklumat kesedaran; pemasaran dan iklan produk MAAB melalui media sosial sentiasa diberi perhatian termasuk menjalinkan kerjasama rapat dengan media cetak dalam mempergiatkan promosi dan kempen bagi menarik lebih ramai masyarakat melanggan produk-produk MAAB seperti kempen Hibah dan Wasiat serta Kempen Amanah Pusaka Care. Promosi pemasaran, kempen-kempen dan pendidikan sebegini akan dipertingkatkan dari masa ke semasa supaya tidak berlaku kebocoran dan pembaziran terhadap wang yang tidak dituntut dan dimanfaatkan untuk keperluan dan pembangunan masyarakat dan negara. MAAB telah membuktikan pencapaian yang membanggakan melalui pening katan pendapatan tahunan. Apakah hala tuju institusi ini khususnya dalam usaha menggalakkkan penglibatan lebih ramai individu dan koperasi dalam perkhidmatan pewarisan dan pengurusan pusaka? Selaras dengan visi dan misi MAAB iaitu menjadi sebuah institusi pengurusan pengamanahan dan pewarisan yang efisien, profesional dan terunggul di peringkat negara menjelang 2025 dan peringkat ASEAN menjelang 2030, MAAB akan terus menawarkan produk dengan harga kompetitif serta memperkenalkan produk-produk baharu yang akan memenuhi kehendak pelanggan dan pasaran. Terkini, MAAB telah melancarkan lima produk baharu iaitu Hibah Hartanah (h-amanah), Hibah Saham Koperasi (s-amanah), Amanah Tunai (c-amanah), Amanah Takaful (t-amanah) dan Amanah Insuran (i-amanah) sebagai melengkapi produk dan perkhidmatan. Usaha meningkatkan penglibatan lebih ramai individu dan koperasi akan terus dipergiatkan dan adalah menjadi hasrat MAAB untuk berkongsi manfaat dengan menawarkan saham MAAB kepada organisasi khususnya koperasi yang
Rajah: Jumlah Pendapatan Wasiat dan Pusaka Berdaftar (2014-2020).
Rajah: Rakan Niaga Premium MAAB.
berminat. Inisiatif ini diharap dapat menarik lebih banyak koperasi untuk melibatkan diri dalam tanggungjawab dan tugas menjalankan wasiat dan pengamanahan dengan produk sedia ada dan produk baharu. Bagi tujuan tersebut, MAAB akan bertindak melatih dengan konsisten koperator sebagai agen/ wakalah supaya dapat menyebarluaskan keperluan wasiat dan pengamanahan serta memberi pulangan kepada koperasi dan anggotanya. Sebagai contoh, setiap ahli jawatankuasa koperasi akan diberi pendedahan awal mengenai kepentingan membuat wasiat dan pengamanahan dengan MAAB. Diharapkan dengan usaha dan khidmat bakti murni sebegini akan terus diperluaskan ke peringkat Asia Tenggara dan dunia Islam yang lain. Untuk itu, MAAB bercadang mengadakan Konvensyen Persidangan Pengamanahan Di Peringkat Asia Tenggara pada masa akan datang selari dengan Sambutan 100 Tahun Koperasi. Apakah harapan Datuk terhadap masa depan MAAB pada masa akan datang? Adalah menjadi aspirasi MAAB untuk muncul menjadi sebuah syarikat amanah nombor satu di Malaysia dan Asia Tenggara. Justeru, MAAB
yakin aspirasi ini boleh dicapai dengan adanya gabungan kerjasama mantap antara Ahli Lembaga Pengarah yang komited serta pihak pengurusan dan kakitangan yang berpengalaman dalam industri pengamanahan. MAAB berhasrat untuk mengembangkan perniagaan ke negara-negara serantau seperti Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand pada masa akan datang. Dengan kelebihan dan kekuatan yang dimiliki MAAB sebagai pusat sehenti penulisan, penyimpanan dan pelaksanaan wasiat serta berusaha mengoptimumkan penggunaan sistem maklumat dan teknologi telekomunikasi menerusi semakan dan pindaan maklumat atas talian (online), MAAB yakin dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat selari dengan peredaran zaman teknologi masa kini. Bertepatan dengan Pelan Strategik ANGKASA 2050 (PESAN 50) yang dirangka untuk melonjakkan budaya keusahawanan dan kesejahteraan sosial masyarakat khususnya komuniti koperasi sebagaimana temanya iaitu ‘Koperasi Sebagai Pilihan Utama Perniagaan’, MAAB menyediakan pelan stretegi lima tahun untuk dicapai yang bersifat realisitik bagi memberi kesedaran terhadap kepentingan wasiat dalam kehidupan dengan memilih institusi ini sebagai pelindung harta pusaka mereka pada masa akan datang.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease