17
Mesyuarat secara maya boleh diakses dalam aplikasi zoom.
Berapa banyakkah koperasi yang telah melanggan serta menggunakan sistem e-AGM ini untuk tahun lepas? Kami telah menguruskan lebih daripada 100 Mesyuarat Agung secara hibrid termasuk MAN dan MAPA. Jika dikira dari jumlah langganan acara oleh koperasi, pada tahun 2021, pasukan ICT ANGKASA telah melaksanakan perkhidmatan sebanyak 87 mesyuarat merangkumi Mesyuarat Agung Kawasan, Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Perwakilan. Apakah kelebihan sistem ini berbandng kaedah kon vensional? Ya, tidak dapat dinafikan lagi. Dalam taklimat antara SKM Negeri dan ANGKASA melalui Sektor Inovasi & Teknologi, aspek penjimatan kos adalah sesuatu yang sentiasa diketengahkan untuk menunjukkan perbezaan kos yang ketara dalam pelaksanaan Mesyuarat Agung secara maya berbanding Mesyuarat Agung secara fizikal. Umum mengetahui, apabila kita berhasrat untuk membuat sesuatu majlis secara fizikal sudah tentunya berbagai aspek yang melibatkan kos perlu kita fikirkan dan ambil maklum terutamanya dalam penyediaan bajet. Sebagai contoh sewaan dewan, hotel, makan minum, penyediaan kit ujian kendiri Covid-19, pengaturan majlis yang melibatkan VIP dan Protokol, percetakan buku laporan
e- AGM dilaksanakan secara hibrid.
Aspek penguasaan teknologi dan keberadaan jaringan internet negara sememangnya satu cabaran yang tidak dapat kita elakkan. Walaupun beralih kepada digitalisasi, aspek jaringan internet di lokasi anggota atau perwakilan berada serta pusat siaraya perlu berada dalam keadaan yang baik. Walau bagaimanapun, pasukan ICT ANGKASA sentiasa membantu dan menasihati pimpinan koperasi agar memberi panduan, sokongan dan dorongan kepada para anggota yang bakal terlibat dalam sesi mesyuarat agung untuk bersedia dengan kemungkinan dan permasalahan yang biasa terjadi.
Dalam aturan perjalanan Mesyuarat Agung secara maya, pihak kami turut menasihati kepimpinan koperasi supaya kebanyakan diadakan sesi raptai. Hal tersebut penting bagi membantu memberi pendedahan dan sebagai persediaan awal kepada anggota sebelum bermula sesi sebenar Mesyuarat Agung secara maya. Sementara untuk penyediaan pusat sia raya, aspek utama adalah semestinya pusat tersebut disediakan dengan kemudahan internet ‘Unifi 50mbps’ ke atas atau kawasan liputan 4G.
tahunan, pengeposan dan kurier notis mesyuarat fizikal, persediaan pasukan keselamatan RELA dan banyak lagi. Semuanya pasti melibatkan kos. Tetapi dengan inovasi kaedah pelaksanaan Mesyuarat Agung secara maya yang ANGKASA bangunkan ini, sudah tentu perbezaan penjimatannya cukup ketara dan dapat dirasai oleh setiap koperasi yang telah melalui pengalaman ini. Apakah cabaran yang bakal dilalui oleh koperasi untuk menggunakan e-AGM?
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease