WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAN 2022

19

JPAN PAHANG TENGAH (ZON 2)

Pengusaha ikan sangkar digalak sertai Konsortium Koperasi Ternakan Ikan Negeri Pahang Berhad Oleh: Rahmat Mohd Did

Jawatankuasa ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Tengah komited untuk meneruskan kempen keahlian Konsortium Koperasi Ternakan Ikan Negeri Pahang Berhad bagi memperkasakan penternakan ikan patin melalui koperasi. Perhubungan Menurut Pengerusi JPAN Pahang Tengah, Tuan Haji Mansor Ab. Rahman, konsortium yang ditubuhkan sejak tahun 2014 ini masih belum mampu menarik minat pengusaha individu yang masih tidak yakin dengan fungsi koperasi dari segi perolehan dan sebagainya. “Setakat ini, jumlah yang menyertai konsortium adalah 11 buah koperasi, tetapi kesemuanya bukanlah koperasi nelayan atau pakar dalam bidang penternakan ikan. Kami berhasrat untuk menambah bilangan koperasi ini dalam kalangan pengusaha yang mempunyai kepakaran agar industri ini dapat digerakkan dengan prinsip usahasama koperasi sekaligus dapat memenuhi permintaan pasaran dengan lebih efisien, mengurangkan peranan orang tengah, memudahkan pinjaman atau geran kepada pengusaha dan membantu kerajaan mencapai matlamat Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) dalam sektor akuakultur,” katanya. Tambah beliau, setakat ini konsortium tersebut sudah memiliki 20 buah sangkar dan bercadangan untuk menambah 10 lagi sangkar pada tahun ini.

“Kami

telahpun

berbincang

dengan

Suruhanjaya (SKM) untuk mendapatkan geran RM100,000 bagi menambah sangkar dan menambah baik fasiliti sedia ada. Koperasi Malaysia Kami juga akan berunding dengan koperasi- koperasi nelayan sedia ada di kawasan Pahang Tengah dan diharapkan dengan segalanya berjalan lancar,” ujarnya. Beliau turut menyatakan bahawa penyertaan dalam konsortium dapat menjamin pasaran ikan patin, sekaligus mengelakkan penternak mengalami kerugian akibat ikan matang tidak dapat dijual. “Konsortium ini sudah mempunyai pembeli tetap dan permintaan sentiasa ada malah semakin bertambah. Kami menggalakkan pengusaha persendirian berskala kecil untuk menyertai konsortium ini agar mereka tidak hanya bergantung kepada pasaran setempat selain dapat mengembangkan lagi perniagaan sedia ada,” ulasnya. Selain itu, JPAN Pahang Tengah juga akan memberi fokus kepada peningkatan bilangan koperasi ahli ANGKASA yang kini sudah mencapai jumlah 426 buah koperasi atau 92 peratus daripada semua koperasi di Pahang Barat. “Kempen keahlian dan program-program meningkatkan pendapatan koperasi akan sentiasa kami teruskan kerana terdapat banyak peluang perniagaan yang boleh diceburi di sini selain tanah-tanah milik anggota koperasi yang terbiar tidak diusahakan,” katanya menutup wawancara.

Haji Mansor Ab. Rahman Pengerusi JPAN Pahang Tengah (Zon 2)

Lawatan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ke kolam ternakan ikan sangkar Konsortium Koperasi Ternakan Ikan Negeri Pahang di Temerloh pada 7 Mac 2018.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease