20
Koperasi kariah masjid bantu jana pembangunan sosioekonomi JPAN PERAK
Oleh: Nor Azah Abd. Aziz
3. Apakah contoh masalah yang sering timbul dalam perniagaan koperasi kariah masjid dan bagaimana cara mengatasinya? Masalah tidak dapat dielak tetapi dapat ditangani dan diatasi. Tidak dinafikan dalam pandemik COVID-19 ini, pelbagai masalah yang wujud sehingga memberi kesan kepada kelangsungan perniagaan. Antara puncanya adalah seperti kekangan kewangan dalam pusingan modal. Justeru, ANGKASA negeri Perak telah mengambil pelbagai inisiatif bagi mengatasi masalah yang dihadapi dengan menyalurkan maklumat bantuan dan sumbangan. Sebagai contoh di peringkat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), ada pelbagai bantuan dan dana yang diperuntukkan. ANGKASA dengan SKM akan bekerjasama dalam mengenalpasti koperasi yang berhadapan dengan masalah dan sama-sama membantu menyelesaikannya. Alhamdulillah, banyak koperasi yang memohon dan semuanya diluluskan dengan segera bagi memastikan setiap apa yang dirancang dapat dilaksanakan. 4. Bolehkah tuan haji kongsikan pendekatan atau strategi yang digunakan bagi membentuk kejayaan koperasi? Prinsip koperasi perlu dijadikan sebagai pegangan kukuh kerana asas perjalanan koperasi ini bergantung kepada pelaksanaan prinsip-prinsip dalam koperasi tersebut. Prinsip koperasi ke-6 menyatakan bahawa perlu ada kerjasama antara koperasi-koperasi. Kerjasama antara koperasi ini telah diperkukuhkan dengan kehadiran ANGKASA. Sebagai contoh, aktiviti peruncitan yang telah dijalankan bukan hanya melibatkan sebuah koperasi kariah masjid sahaja, malah menerusinya, semua produk koperasi telah dapat digabung dan dipromosikan bagi mewujudkan situasi menang-menang. Jadi, ini menunjukkan semua koperasi khususnya koperasi kariah masjid mampu bekerjasama dan bersatu hati dalam menjayakan sesuatu agenda perniagaan. Kerjasama tersebutlah yang akan membentuk kekuatan dan kejayaan. 5. Bagaimanakah dengan pelaksanaan aktiviti pemerkasaan koperasi kariah masjid sepanjang tahun lalu? Pelbagai aktiviti dan program telah dijalankan dalam usaha mencorakkan pergerakan koperasi kariah masjid di Perak. Pada 27 Disember 2021, JPAN Perak telah menganjurkan ‘Program Pemantapan Dan Tindakan Bersepadu Koperasi Kariah Masjid Peringkat Negeri Perak 2021’ yang berlangsung di Hotel Taiping Perdana. Matlamat utama program tersebut adalah untuk berkongsi pengalaman langsung koperasi dalam usaha untuk menjadikan pengalaman itu sebagai satu penanda aras atau kayu ukur prestasi. Selain itu, program tersebut juga dapat meningkatkan jaringan kerjasama antara koperasi kariah masjid. Permasalahan koperasi juga dapat dikenalpasti dan diselesaikan menerusi perbincangan secara bersama yang turut melibatkan SKM dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa). 6. Apakah harapan yang ingin dilihat melalui koperasi kariah masjid pada masa akan datang? Alhamdulillah, perjalanan koperasi kariah masjid setakat 2021 ini amat membanggakan, saya mengharapkan pada masa akan datang, lebih banyak masjid dapat menubuhkan koperasi bagi mengimarahkan lagi kawasan masjid dengan pelbagai aktiviti perniagaan sekali gus membantu meningkatkan sosioekonomi kariah serta masyarakat setempat.
Haji Mohd Rosli Haji Basri Pengerusi JPAN Perak
1. Bolehkah tuan haji terangkan perkembangan koperasi kariah masjid di Perak? Sehingga 31 Disember 2021, sebanyak 46 koperasi kariah masjid telah menjadi ahli kepada ANGKASA. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti peruncitan, pertanian dan perladangan. Banyak koperasi kariah masjid menceburi aktivti peruncitan dan menyertai program rangkaian peruncitan di bawah Projek Barangan Asas 100 (BA100). Sebagai contoh, Koperasi Kariah Masjid Ar-Rashdiah Selama Perak Berhad. Selain itu, aktiviti perladangan dan pertanian juga menjadi salah satu cabang perniagaan koperasi. Contohnya Koperasi Kariah Masjid Bandar Universiti Seri Iskandar Perak Tengah Berhad yang menjalankan tanaman fertigasi dan tanaman hidroponik. Contoh yang lain pula dapat dilihat menerusi Koperasi Kariah Masjid Jamek Kampung Boyan Taiping Berhad yang memilih aktiviti perkhidmatan iaitu kedai dobi dan perniagaan cuci kereta. Walaupun pandemik COVID-19 banyak memberikan kesan, namun pelbagai bentuk bantuan dan sokongan daripada pihak kerajaan khususnya telah banyak membantu memperkukuh perniagaan koperasi kariah masjid. 2. Adakah kegiatan koperasi kariah masjid menyumbang kepada peningkatan perolehan koperasi memandangkan banyak cabaran melanda seperti COVID dan banjir? Tidak dinafikan bencana alam seperti banjir dapat dijangka pada hujung tahun kebiasaannya tetapi untuk tahun 2021, banjir berlaku dengan situasi yang amat teruk sekali. Ada sesetengah koperasi kariah masjid yang terkesan namun masih dapat diatasi dan diselesaikan. Aktiviti perniagaan koperasi masih dapat dijalankan, perolehan masih dapat dikekalkan cuma ada beberapa keadaan seperti kerosakan aset tidak dapat dielakkan. Namun cabaran tersebut tidak menggagalkan operasi koperasi tersebut. Banyak koperasi yang menghulurkan bantuan dan inisiatif yang digerakkan dari semasa ke semasa itu telah meletakkan nama koperasi turut tersenarai sebagai antara penyumbang utama dalam membantu masyarakat yang memerlukan.
Pasar mini coopmart yang dimiliki oleh Koperasi Masjid Ar-Rashdiah, Selama Perak.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease