21
Inisiatif ANGKASA Johor kembangkan projek tanaman kelapa pandan JPAN JOHOR Oleh: Mohd Idzdihar Nooridzahir
ANGKASA Negeri Johor komited dalam usahanya untuk merealisasikan projek ‘Lembah Makanan Johor’ dan menjadi pelopor pembangunan pertanian dan pengeluar makanan utama negeri. Bermula dengan Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Pertanian Organik Peringkat Negeri pada 4 Ogos 2020, sehingga kini terdapat tiga projek berimpak tinggi sedang giat berjalan dan diusahakan dengan kerjasama antara ANGKASA Negeri Johor, koperasi dan jabatan kerajaan. Tiga projek tersebut adalah tanaman kelapa pandan, program inkubator penternakan lembu, kambing dan ayam serta program inkubator pertanian organik. Projek tanaman kelapa pandan dilihat mempunyai potensi yang besar untuk diusahakan sebagai tanaman komoditi utama memandangkan permintaannya yang tinggi sehingga bekalan tidak mencukupi. Pada 12 Januari 2022, Pengerusi ANGKASA
tanamankelapapandandenganmenggunakan tanah rizab agensi dan tanah sewaan milik individu. Sebanyak 5,600 pokok telah ditanam melibatkan 11 kawasan di 4 daerah di Johor. Koop AMJ juga telah berjaya menerima geran daripada Kerajaan Negeri Johor melalui Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd, (PUJB) di bawah Program Pembangunan Ekonomi Setempat. Dalam perbincangan tersebut, Haji Sazali turut diberi penerangan mengenai keistimewaan kelapa pandan seperti isi dan buahnya yang berbau wangi pandan dan sesuai untuk diminum dan dimakan segar. Ketinggian pokoknya juga boleh mencapai enam meter. Tandan dan buah pula berwarna hijau dan buahnya kecil berbentuk bulat berbiku tiga. Penanaman kelapa ini boleh dijalankan secara kepadatan tinggi dengan jarak tanaman antara enam meter. Pokok mula mengeluarkan hasil sekitar 50 peratus apabila mencapai umur tiga hingga empat tahun selepas ditanam dan 100 peratus apabila umurnya menjangkau lebih empat tahun. Pihak ANGKASA Johor kini dalam usaha melantik Koop AMJ menjadi pusat inkubator.
Johor, Tuan Haji Sazali Abd Hamid telah mengadakan sesi lawatan kerja ke tapak projek tanaman yang telah diusahakan oleh Koperasi Anak Merdeka
Haji Sazali Abd. Hamid Pengerusi JPAN Johor
Johor Bhd. (Koop AMJ) dan kunjungan beliau telah disambut Pengerusi Koop AMJ, Tuan Mejar (B) Hanafi Yunus. Koperasi ini telah mengusahakan
Melalui usahasama tersebut, ANGKASA Johor dan Koop AMJ akan melatih dan memberi khidmat nasihat kepada koperasi dan koperator yang berminat
untuk menjadi rakan niaga, mentee dan menyertai bengkel atau kursus yang disediakan. Sehingga kini, ANGKASA Johor sedang giat mempromosi projek tanaman ini dan dijangka beberapa taklimat dan bengkel akan diadakan pada bulan Mac 2022. Sebagai rekod, sudah ada dua buah sekolah menjadi perintis kepada projek tanaman kelapa pandan iaitu Sekolah Kebangsaan Benut dan Sekolah Menengah Kebangsaan Benut.
ANGKASA Negeri Johor berharap agar projek tanaman kelapa pandan dapat dikembangkan ke luar daerah Pontian di samping menyasarkan penyertaan lebih banyak koperasi termasuk koperasi sekolah.
Haji Sazali (kiri) sewaktu mengadakan lawatan ke tapak projek tanaman kelapa pandan milik Koperasi Anak Merdeka Johor Berhad.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease