22
Koperasi dan pembangunan komuniti JPAN NEGERI SEMBILAN
Oleh: Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Ditambah lagi,
Gerakan koperasi perlu terus berkembang secara terancang dan tersusun melalui kepimpinan yang komited serta berpegang teguh kepada nilai-nilai asas dalam usaha untuk menjayakan pembangunan komuniti setempat. Penubuhan koperasi dalam komuniti boleh menjadi pemangkin yang sangat baik dan efektif dalam usaha menyatupadukan rakyat di samping meningkatkan taraf sosioekonomi mereka. Menurut Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri (JPAN) Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah, masyarakat sekarang telah menerima koperasi sebagai amalan harian dalam usaha meningkatkan taraf hidup melalui aktiviti perniagaan dan kegiatan yang dijalankan sama ada untuk diri sendiri mahupun koperasi. Oleh kerana terdapatnya kesedaran dan kepentingan untuk memajukan diri dan komuniti setempat dalam berkoperasi, maka kesan pembangunan koperasi itu sendiri berupaya membantu komuniti untuk lebih yakin berdikari dalam menjana pembangunan sosial, ekonomi dan persekitaran. Inisiatif itu juga sesuai dengan objektif penubuhan koperasi itu sendiri iaitu memberi fokus kepada pembangunan ekonomi anggota dan masyarakat dalam semua bidang. Tambah beliau lagi, Koperasi Komuniti merupakan satu kelompok koperasi yang menyediakan perkhidmatan dan kegiatan ekonomi kepada sesuatu masyarakat menerusi elemen kerjasama dalam kalangan anggota dan kepimpinan. Perkara tersebut juga selaras dengan nilai-nilai dan jati koperasi selain bertepatan dengan prinsip keenam koperasi iaitu ‘Kerjasama Antara Koperasi’ yang menitikberatkan kepentingan bersama dalam menjalankan aktiviti untuk memperkukuhkan koperasi itu sendiri. “Ini bermakna bahawa penyertaan individu dalam koperasi komuniti sangat penting demi meningkatkan kerjasama dalam usaha membangunkan sosiekonomi komuniti tersebut. Perkara ini jelas dilihat dalam komuniti setempat yang menubuhkan koperasi berasaskan kelompok kariah masjid, sekolah, keluarga, kejiranan, belia, Institut Pengajian Tinggi dan etnik. Menerusi kelompok tersebut, aktiviti koperasi adalah lebih berfokus dan sesuai dengan keperluan serta kehendak kelompok komuniti tersebut. Mereka sebagai anggota koperasi bergerak secara kolektif dan bersepadu dalam usaha meningkatkan sosioekonomi mereka. Dato’ Haji Ibrahim berkata, konsep berkoperasi ini juga selari dengan pengamalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan yang berasaskan pemuafakatan dan kerjasama.
Adat bersendikan hukum, Hukum bersendikan kitabullah, Kuat adat, tak gaduh hukum, Kuat hukum, tak gaduh adat, Ikut hukum muafakat, Ikut adat muafakat. Kelebihan Nabi dengan mukjizat, Kelebihan umat dengan muafakat, Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia dengan muafakat, Air melurut dengan bandarnya, Benar menurut dengan muafakat.
Amalan demokrasi dalam Adat Perpatih sudah lama digunakan sebelum lahirnya sistem demokrasi berparlimen di negara kita. Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan adalah adat yang berasal dari Minangkabau yang telah diubahsuai mengikut kehendak masyarakat setempat. Pemilihan pemimpin dalam Adat Perpatih adalah daripada bawah iaitu :
Anak buah memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Undang, Undang memilih Yang Dipertuan.
Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Pengerusi JPAN Negeri Sembilan
Ini juga sama seperti pemilihan pengerusi dalam koperasi iaitu pemimpin dipilih oleh anggota. Pemilihan pemimpin dalam koperasi mengikut peringkat juga sama seperti dalam Adat Perpatih. Dalam koperasi ada pemilihan Anggota Lembaga Koperasi, Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) dan seterusnya Lembaga ANGKASA. Dalam pemilihan pemimpin, Adat Perpatih menyatakan,
Kalau singkat minta disambung Kalau panjang minta dikerat Kalau koyak minta ditampal.
Malu tak berbelah bagi Malu seorang malu semua.
Sekali air bah, Sekali tebing berubah. Sekali raja mangkat, Sekali adat berubah. Sekali hukum beredar, Sekali musim bertukar.
Kalau alim minta doanya Kalau kaya minta ringgitnya Kalau cerdik minta akalnya Kalau rimbun tempat berteduh.
Tak lekang dek panas Tak lapuk dek hujan.
Walau bagaimanapun, pemimpin koperasi yang dipilih dan dilantik hendaklah menjalankan tugas dan tanggungjawab sepertimana yang termaktub dalam Undang-Undang Kecil (UUK) Koperasi. Kepimpinan koperasi hendaklah menjalankan amanah anggota untuk meningkatkan sosioekonomi dan taraf hidup mereka. Oleh itu pemimpin koperasi perlulah melakukan seperti adat,
Ini jelas dalam Perbilangan Adat,
Begitulah Sistem Adat Perpatih yang sesuai dengan amalan demokrasi dan kehidupan kita sebagai anggota masyarakat dan juga sebagai anggota koperasi. Pada hari ini, Sistem Adat Perpatih masih lagi utuh terpakai di Negeri Sembilan dalam empat luak yang mempunyai Undang iaitu Luak Sungai Ujung, Luak Jelebu, Luak Johol dan Luak Rembau di samping luak-luak Tanah Mengandung iaitu Luak Ulu Muar, Luak Inas, Luak Terachi, Luak Gunung Pasir dan Luak Jempol yang diketuai oleh seorang Penghulu Luak yang bernaung terus di bawah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Kekuatan sistem adat yang masih terpakai di Negeri Sembilan ini menyebabkan Gerakan Koperasi juga turut bersama-sama bergerak selari dengan sistem adat itu sendiri. Jelas bahawa konsep berkoperasi juga sama dengan Sistem Adat Perpatih yang memfokuskan kepada nilai perpaduan, berdikari, kesamaan, kesaksamaan, kesetiaan dan bersatu hati serta yang lebih penting adalah pengamalan prinsip demokrasi itu sendiri.
“Penghulu beraja kemuafakat, Muafakat beraja kepada yang benar, Benar berdiri dengan sendirinya nan Dinamakan alur dan patut.”
Berat sama dipikul. Ringan sama dijinjing, Hati kuman sama dicecah Hati gajah sama dilapah Ke bukit sama didaki Ke lurah sama dituruni Ke laut sama direnangi Melihat contoh yang lama Melihat tuah yang menang Sesat dihujung jalan Balik ke pangkal jalan. Yang usang diperbaharui Yang elok dipakai Yang buruk dibuang.
Adat – Berjenjang naik,
Bertangga turun
Penganjuran seminar mengenai ilmu berkoperasi dapat meningkatkan ilmu dalam kalangan anggota koperasi.
Biar mati anak, jangan mati adat.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease