WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAN 2022

23

Lebih banyak koperasi digalakkan sertai Projek BA100 JPAN SELANGOR

Oleh: Nor Azah Abd. Aziz

Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor berharap agar lebih banyak koperasi terutamanya koperasi kariah masjid dan koperasi sekolah yang menceburi aktiviti perniagaan runcit menyertai projek Barangan asas 100 atau BA100 pada tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato’ Haji Mohd. Alias Hamzah berkata, sehingga tahun lalu, hanya lima peratus atau 12 daripada 45 buah koperasi kariah masjid dan sembilan peratus atau 26 koperasi sekolah daripada 281 koperasi sekolah di negeri Selangor menyertai projek tersebut. Menurut beliau, untuk memastikan hasrat itu tercapai, lebih banyak inisiatif promosi sama ada secara mingguan ataupun bulanan akan diadakan seperti penganjuran karnival jualan. Selain itu, barangan yang dijual juga perlu dipelbagaikan supaya semua keperluan mampu diperoleh dengan lebih mudah oleh pengguna. Koperasi kariah masjid juga perlu mendapatkan sokongan daripada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam menyediakan garis panduan. Perkara tersebut dapat membantu koperasi dalam

menyediakan lebih jelas supaya sebarang perubahan yang berlaku kepada pentadbir masjid lebih diperakui sekali gus memastikan aktiviti dan pentadbiran koperasi dapat berjalan dengan lebih lancar. Jawatankuasa Kariah Masjid juga boleh membuka ruang premis perniagaan dan diuruskan oleh anggota. Koperasi sekolah juga perlu dokumen secara mendapatkan sokongan daripada Pengetua ataupun Pengerusi koperasi selain Jabatan Pendidikan Negeri bagi merealisasikan hasrat menyertai projek tersebut. Selain itu, Dato’ Haji Mohd. Alias turut mencadangkan agar lebih banyak bengkel dan seminar diadakan bagi membolehkan agensi yang berkaitan menyalur maklumat secara lebih komprehensif dan mendalam seperti panduan dan faedah penyertaan termasuklah insentif ataupun geran yang boleh dipohon oleh koperasi yang berminat. Perbincangan meja bulat juga akan dijadikan platform bagi menarik minat koperasi yang belum terlibat. Kerjasama dengan ANGKASA Pusat melalui Unit BA100 juga amat penting agar segala pertanyaan atau permasalahan yang timbul dapat dijawab dan diatasi dengan segera.

Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah Pengerusi JPAN Selangor

Senarai Koperasi Kariah Masjid yang menyertai Projek BA100 tahun 2021

1. 2. 3.

Nurul Yaqin Kelana Jaya Bandar Rincinq AI Azhariah Seksyen 18 Shah Alam

4. Nurul Yaqin Kundang 5. TTDI Jaya Shah Alam 6. Sauiana Utama 7. Taming Sari Jaya 8. AI Hasanah Bangi 9. Annur Klang 10. Surau Taman Melawati KS 11. Annur Taman Pelanqi Semenyih 12. Taman Subang Perdana

Kedai koperasi SMK Bukit Rahman Putra.

Senarai Koperasi Sekolah yang menyertai Projek BA100 tahun 2021

1. 2. 3.

SMK Perimbun SMK Gombak Setia SMK Bandar Tasik Puteri

15. SMK Puncak Alam 16. Kolej Vokasional Sepang 17. SMK Bukit Rahman Putera 18. SMK Puncak Alam 3 19. SMK Sungai Pusu 20. SMK Subang 21. SMK Seri lndah 22. SMK Bandar Banting 23. SMKAbd Jalil 24. SMPKV 25. SMK Jalan Reko Kajang 26. SMK Bandar Utama Damansara 2 27. SMK SQ Ramal Kajang

4. Rawang 5. SMK Kajanq Utama 6. SMK Jalan 3 BBB 7. SMK Alam Megah 2 Shah Alam 8. SMK Dato'Abu Bakar Baginda Sepang 9. SMK Rawang 10. SMK Bandar Baru Batang Kali 11. SMK Darul Ehsan 12. SMK Seri Serdang 13. Kolej Islam Sultan Alam Shah 14. SMK Seri Puteri

Koperasi Kariah Masjid Nurul Yaqin Kundang Rawang Berhad.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease