WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAN 2022

24

Koperasi buka peluang pekerjaan komuniti luar bandar JPAN TERENGGANU

Oleh: Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Koperasi memainkan peranan penting sebagai pencetus dan pencipta ekonomi dalam mewujudkan peluang pekerjaan serta mata pencarian. Penubuhan sesebuah koperasi dapat membuka ruang baharu terhadap peluang pekerjaan sekali gus menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Terengganu, Haji Mohamed Yusoff berkata, pelbagai peluang pekerjaan dan perniagaan terbuka luas melalui penubuhan koperasi dan penglibatan komuniti itu sendiri sebenarnya mampu membantu meningkatkan sumbangan koperasi terhadap pembangunan sosioekonomi negeri. Katanya, peranan koperasi sewajarnya dikembangkan kerana koperasi adalah wadah untuk membantu anggota serta masyarakat dalam memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup. “Sekiranya aktiviti koperasi ini dapat dikembangkan, ia mampu memberi lebih banyak peluang ekonomi dan pekerjaan, meningkatkan pendapatan rakyat serta menjana pendapatan negara. “Penubuhan koperasi juga sangat penting terutama untuk masyarakat luar bandar kerana selain dapat membantu ekonomi mereka, koperasi juga boleh membantu mengurangkan penghijrahan masyarakat ke bandar bagi mencari kerja,” ujarnya. Haji Mohamed berkata, peluang pekerjaan dan

koperasi mampu meningkatkan keupayaan kumpulan komuniti yang tidak bernasib baik untuk melindungi kepentingan mereka dengan menyediakan peluang pekerjaan sesuai dengan prinsip ketujuh koperasi iaitu ‘Berprihatin Terhadap Masyarakat’. “Koperasi adalah jentera yang paling berkesan mengatasi kemiskinan dan keseimbangan sosial serta ekonomi masyarakat sesebuah negara melalui penjanaan peluang pekerjaan masyarakat setempat. Misalnya Rekomendasi 193 (Rekomendasi Penggalakan Koperasi), Persidangan Buruh Antarabangsa yang bersidang di Geneva, Switzerland pada 3 Jun 2002 mengiktiraf koperasi sebagai institusi yang mewujudkan peluang pekerjaan, menggembleng sumber, menjana pelaburan dan menyumbang kepada ekonomi,” katanya. Pembabitan koperasi dalam memajukan tanah terbiar juga dilihat lebih praktikal dalam meningkatkan taraf hidup anggota dan masyarakat khususnya dalam sektor pertanian dan penternakan. Galakan ini bukan sahaja dapat membantu membangunkan sosioekonomi masyarakat, malah secara tidak langsung memastikan jaminan pengeluaran produk pertanian dan asas tani mencukupi untuk negara dan tidak bergantung kepada sumber import sekiranya terus berdepan dengan kesukaran yang tidak dijangka seperti kesan pandemik COVID-19. Justeru, penglibatan komuniti khususnya golongan belia di luar bandar dalam memajukan sektor pertanian koperasi diharap dapat membuka peluang pekerjaan kerana pulangan hasil pertanian juga mampu memberi pulangan yang tinggi dan menguntungkan Beliau berharap penyertaan lebih ramai anggota masyarakat dalam koperasi dapat menjana lebih banyak aktiviti ekonomi. Usaha itu penting demi memastikan kepentingan dan aspirasi bersama khususnya dalam bidang ekonomi, sosial dan budaya dapat dicapai tanpa mengabaikan nilai-nilai murni dalam berkoperasi.

Haji Mohamed Yusoff Pengerusi JPAN Terengganu

pendapatan adalah faedah ketara yang mampu diwujudkan melalui penubuhan koperasi selain berperanan dalam mengukuhkan sokongan masyarakat melalui semangat bekerjasama antara anggota, seterusnya menjadikan komuniti lebih rapat dan bersepadu. Menurut beliau, sebagai sektor ketiga terpenting selepas sektor awam dan swasta,

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Haji Mohamed melawat ladang melon Manis Terengganu milik Koperasi Melon Manis Terengganu berhad (KopMet) pada April 2021

Haji Mohamed (dua dari kanan) ketika melakukan lawatan tapak di Lata Muar, Eco Farm Sungai Tong, Setiu Terengganu.

Tanah terbiar boleh dimajukan sektor koperasi bagi membuka peluang pekerjaan kepada komuniti luar bandar (gambar hiasan).

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease