28
Kerja berfokus jamin capai matlamat JPAN KELANTAN Oleh: Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kelantan akan terus memberi fokus kepada gerak kerja yang jelas bagi memastikan produktiviti gerakan koperasi di negeri berkenaan terus berkembang. Pengerusinya, Encik Wan Mohamad Zain Wan Abdullah berkata, skop gerak kerja yang berfokus sentiasa diberi perhatian serius dalam kalangan pemimpin gerakan koperasi di negeri ini supaya tumpuan ke arah mencapai matlamat tercapai. Katanya, setiap Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan anggota perlu menetapkan hala tuju dan fokus kepada objektif kewujudan koperasi masing-masing serta perlu kekal pada garis panduan yang sedia ada supaya tidak lari daripada landasan sebenar dan matlamat penubuhan koperasi. “Penekanan terhadap kerja berfokus ini dapat menghasilkan kualiti kerja yang baik melalui kaedah atau gerak kerja yang sentiasa dipandu dan dipantau dari masa ke semasa bagi memastikan matlamat yang diingini mencapai sasaran. “Pengagihan tugas yang bijak dan berkesan dalam kerangka kerja perlu mantap melalui infrastruktur tadbir urus yang berkesan. Sistem tadbir urus pengawalseliaan yang mantap, bertanggungjawab dan telus adalah aspek penting dalam mengekalkan kekuatan perniagaan koperasi yang dinamik dan berdaya tahan bagi menghadapi perubahan pasaran yang begitu pesat,” ujarnya. Menurut Encik Wan Mohamad Zain, gerak kerja berfokus banyak memberi manfaat kepada semua peringkat termasuk peka kepada persekitaran supaya tidak alpa dan leka sehingga boleh mengakibatkan objektif sesuatu projek pelaksanaan gagal. Katanya, setiap ALK perlu proaktif dalam memikirkan usaha mempelbagaikan perniagaan koperasi bagi membantu mengembangkan pendapatan koperasi. Mereka perlu selangkah ke hadapan dengan meletakkan diri bersama- sama dengan kelompok lain seperti agensi korporat dalam membuka minda berkaitan perniagaan. “Pemimpin perlu menyedari bahawa setiap anggota mempunyai bakat tersendiri dan koperasi wajar memberikan kesempatan bagi membolehkan anggota menggunakan
daya kreativiti dan inovasi yang dimiliki untuk menghasilkan output dan memberi tumpuan terhadap kerja yang dilaksanakan. “Selain itu, pemimpin perlu mewujudkan persekitaran yang terbuka, telus dan ikhlas serta memberi peluang kepada yang dipimpin untuk menambahkan kemahiran serta kebolehan dalam membuat keputusan. Situasi ini katanya membolehkan anggota lebih bersifat bertanggungjawab dalam menyokong pertumbuhan ekonomi gerakan koperasi serta memaksimumkan potensi mereka dan menggalakkan komitmen secara bersama. Beliau menambah, dalam mencapai matlamat yang diinginkan, perubahan minda dalam kalangan pemimpin dan anggota ke arah pemikiran kreatif dan inovatif dan berbudaya keusahawanan perlu dilaksanakan dengan mengutamakan keperluan yang signifikan. Menurutnya, inovasi dan kreativiti dalam sesebuah koperasi dapat meningkatkan daya saing sekali gus menghasilkan sistem penyampaian perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pelanggan serta anggota koperasi. “Melihat kepada kepentingan inovasi dalam memberi sumbangan kepada peningkatan ekonomi sesebuah negara, koperasi harus mengambil langkah bijak menyahut cabaran melakukan inovasi dalam koperasi melalui kreativiti dan melangkah untuk melakukan transformasi ke arah mencapai sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi gerakan koperasi Malaysia,” katanya.
Encik Wan Mohd Zain Wan Abdullah Pengerusi JPAN Kelantan
Pusat Dialisis Lestari adalah subsidiari milik Koperasi Warga Universiti Sains Malaysia Kelantan Berhad terletak di Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan yang terlibat dalam bidang kesihatan.
Koperator perlu diberi pendedahan ilmu berkoperasi melalui seminar supaya matlamat penubuhan koperasi seiring dengan pasaran cabaran ekonomi semasa. (Gambar dirakam pada Mac 2019).
Wisma Koperasi Ummah Berhad (Ko-Ummah) di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu Kelantan.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease