WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAN 2022

29

Peluang koperasi di Sarawak teroka perniagaan baharu Pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan Timur JPAN SARAWAK

Oleh: Nadiah Kamarudin

Pemindahan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan Timur yang akan dikenali sebagai Nusantara pada tahun 2024 akan memberi impak pembangunan sempadan di Sabah dan Sarawak dalam jangka masa panjang. PELANCAR telah mengadakan satu sesi temu bual khas bersama Pengerusi ANGKASA Negeri Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin untuk mengetahui usaha yang akan dilaksanakan bagi membantu koperasi menghadapi situasi lonjakan ekonomi dan meneroka peluang perniagaan baharu.

3. Apakah strategi yang mahu digerakkan oleh ANGKASA Negeri Sarawak sendiri bagi membantu koperasi meneroka peluang tersebut? Kesedaran perlu ditingkatkan di kalangan koperasi mahupun usahawan koperasi. Mereka harus tahu peluang- peluang yang ada dan membuat persiapan lebih awal. ANGKASA Negeri Sarawak tidak mahu koperasi hanya menjadi penonton pada ketika pihak lain sudah mula mengorak langkah. Justeru, kami telah mengadakan perbincangan dengan pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kota Samarahan melalui Sustainability Cooperative Business Group (SCBG) yang dianggotai oleh pensyarah-pensyarah kanan UiTM bagi menganjurkan seminar dan webinar yang berkaitan dengan lonjakan ekonomi yang akan berlaku dan bagaimana koperasi-koperasi di Sarawak khususnya perlu terlibat dalam lonjakan ini. Menariknya, usaha ini akan turut melibatkan jaringan universiti dari Kalimantan dan negara Brunei bagi bertukar-tukar ilmu, kepakaran dan pengalaman. Melalui usaha ini, akan timbul kesedaran dalam kalangan kepimpinan dan anggota koperasi terhadap peluang perniagaan yang akan wujud di Nusantara dan kawasan di sekitarnya seperti Pontianak, Samarinda dan Balik Papan. Diskusi ilmiah ini nanti akan berkongsi banyak perkara tentang peluang-peluang perniagaan, mewujudkan jaringan serta persediaan yang perlu dilakukan dalam tempoh dua tahun ini. Apabila sempadan mula dibuka kelak, ANGKASA Negeri Sarawak mempunyai perancangan untuk membawa koperasi-koperasi ke Kalimantan khususnya di kawasan Timur untuk mula ‘berjinak-jinak’ dengan kawasan yang akan menjadi tumpuan ekonomi dunia. 4. Apakah bentuk saranan yang ingin Tuan sampaikan di sini kepada kepimpinan koperasi? Saya melihat pemindahan ibu kota Indonesia sebagai satu peluang untuk membina jaringan perniagaan yang lebih luas. Koperasi khususnya di Sabah dan Sarawak bertuah kerana mendapat peluang ini. Saya juga berharap agar koperasi dapat terlibat sama dalam program kesedaran yang akan dianjurkan ANGKASA Negeri Sarawak dengan kerjasama UiTM Sarawak seperti webinar dan seminar. Sekiranya koperasi perlu pergi ke Kalimantan Timur untuk mengintai peluang ekonomi yang terdapat di sana, lakukanlah. Koperasi perlu pantas dalam tindakan. Tanpa persediaan dan persiapan rapi, kita akan ketinggalan. Jangan terlalu gopoh dan bertindak tanpa ilmu dan maklumat secukupnya. Kita tidak mahu koperasi seperti mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. 5. Bolehkah Tuan ceritakan serba sedikit mengenai dapur halal wakaf yang sedang diusahakan oleh ANGKASA Negeri Sarawak? Dapur halal wakaf adalah sebuah projek yang kita sedang usahakan dengan pihak UiTM Cawangan Kota Samarahan melalui Institut Perwakafan dan Penyelidikan Halal (IwaH). Matlamat utama adalah bagi membantu koperasi meningkatkan kebolehpasaran produk-produk meraka dengan mendapatkan pensijilan halal bagi produk- produk makanan dan minuman yang dikeluarkan koperasi. Lokasi dapur halal wakaf tersebut terletak di kampus Kota

1. Sejauh manakah pemindahan ibu negara tersebut dapat meningkatkan impak sosioekonomi koperasi dan anggota? Pemindahan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan Timur dengan nama baharu iaitu Nusantara pasti akan menjadikan kawasan tersebut tumpuan aktiviti ekonomi untuk rakyat Indonesia dan tarikan pelancong ibarat semut menghurung gula. ANGKASA Negeri Sarawak menjangkakan ‘tempias ekonomi’ kesan pembangunan ibu kota Indonesia yang baharu ini akan turut dirasai di Sarawak. Dengan pembukaan ibu kota Nusantara ini, dijangkakan bilangan penduduk di kawasan tersebut akan meningkat dengan mendadak dan seterusnya akan mendorong kepada peluang-peluang perniagaan seperti pembekalan tenaga kerja, produk-produk makanan dan minuman, perabot, pakaian, perkhidmatan, pengangkutan serta pelancongan. Pada Oktober 2019, kami telah menerima kunjungan Sultan Pontianak ke-9, Sultan Syarif Mahmud Melvin Alkadrie bersama beberapa usahawan dan koperasi dari Pontianak. Antara perkara yang telah dibincangkan adalah potensi untuk membentuk kerjasama ekonomi rentas negara antara koperasi di Sarawak dengan koperasi di Kalimantan apabila ibu kota Nusantara mula dibuka kelak. Perjalanan menerusi jalan darat dari Kuching ke Pontianak mengambil masa selama enam jam manakala penerbangan terus Air Asia dari Kuching ke Pontianak yang hanya mengambil masa selama 55 minit pastinya akan lebih mempercepatkan aktiviti ekonomi yang akan terjalin nanti. Kami juga telah berhubung dengan badan apeks koperasi di Indonesia iaitu Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN) untuk menyatakan hasrat bagi menjalin kerjasama. Sehubungan itu, koperasi di Sarawak wajar membuat persediaan untuk menghadapi impak ekonomi tersebut. 2. Situasi lonjakan ekonomi yang dijangka berlaku pastinya akan memberi kesan positif terhadap perolehan koperasi. Sektor perniagaan seperti apakah yang dirasakan memiliki kelebihan atau berpotensi? Banyak sektor yang boleh mendapat kesan positif. Pertamanya adalah dari segi sektor pelancongan. Permintaan akan wujud kerana keinginan untuk membeli- belah atau bercuti di ibukota yang baharu ini. Begitu juga bagi rakyat Indonesia yang mahu bercuti di Sarawak. Justeru, ini akan membuka ruang kepada koperasi-koperasi yang terlibat dalam aktiviti pelancongan. Keduanya, produk- produk makanan dan minuman yang dihasilkan oleh koperasi-koperasi di Sarawak. Melalui program ‘100 Product Champion’, produk-produk ini boleh dipasarkan ke pasaran yang lebih besar dan terbuka. Saiz pasaran yang berkembang di ibu kota Nusantara nanti pastinya akan membuka lebih banyak ruang untuk produk-produk koperasi dari Sarawak ditempatkan di sana. Ketiga adalah yang terkait dengan pembekalan tenaga kerja Indonesia bagi mengisi permintaan sebagai pembantu rumah atau pekerja di ladang-ladang sawit yang diusahakan oleh koperasi. Selain itu, perusahaan yang melibatkan perabot rumah dan pakaian juga dijangka akan turut mendapat impak yang sangat baik.

Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin Pengerusi JPAN Sarawak

Samarahan dan lengkap dengan mesin pemprosesan makanan termasuk mesin retort serta menepati spesifikasi dan keperluan untuk menghasilkan produk halal. Usaha ini akan memudahkan produk keluaran koperasi untuk dipasarkan di pasar raya tempatan dan ke peringkat antarabangsa. Sudah tentu usaha ini akan turut melibatkan institusi dan agensi kerajaan negeri dan pusat seperti Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan juga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Memandangkan pihak UiTM sudah menyediakan tapak, ANGKASA Negeri Sarawak akan berusaha untuk penyediaan dari segi infrastruktur. Sekiranya sudah berjalan nanti, dapur halal ini bukan sahaja boleh digunakan untuk tujuan produk- produk koperasi tetapi juga untuk produk-produk makanan dan minuman yang dihasilkan oleh individu ataupun syarikat swasta. Dengan penghasilan produk yang mendapat pensijilan halal ini, sudah pasti nilai kebolehpasarannya akan lebih tinggi sekaligus menambah pendapatan koperasi, membuka lebih banyak peluang-peluang pekerjaan dan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Pengerusi ANGKASA Negeri Sarawak telah mengadakan kunjungan ke rumah Sultan Pontianak ke-9, Sultan Syarif Mahmud Melvin Alkadrie pada 10 September 2019.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease