30
Kepimpinan beretika dan menambah nilai kecemerlangan JPAN Perlis JPAN PERLIS
Oleh: Mohd Zakuan Azmi
sangat baik demi membantu memotivasikan diri sendiri supaya lebih berdisiplin dan bertanggungjawab. "Walaupun sasaran kerja mungkin tidak terlalu besar, jika pasukan kerja dalam JPAN ini dapat mencapai sasaran kerja dalam waktu yang singkat dari masa yang ditetapkan, ini merupakan satu kelebihan atau kejayaan yang cukup baik. Menerusinya juga, saya dapat menilai semula tahap keberkesanan dan keupayaan pasukan saya dalam memberi perkhidmatan kepada gerakan koperasi di negeri Perlis untuk tahun 2022 ini", katanya. 3. Membentuk 'Mindset' yang betul dalam kalangan anggota JPAN dan warga kerja. Pemikiran yang betul dalam kerja berpasukan adalah salah satu kunci kejayaan dalam meningkatkan keteguhan pasukan kerja.
"Di dalam JPAN, saya sentiasa terapkan budaya kerja secara berpasukan berbanding kerja secara individu. Selain itu, pemikiran yang betul dan sepakat dalam satu pasukan bukan sahaja dapat membina keharmonian dan menjamin produktiviti di tempat kerja, malah secara tidak langsung dapat mendorong kepada penzahiran idea dan pandangan yang bernas demi kemajuan JPAN Perlis. "Sebagai individu yang diberi peranan menerajui kepimpinan ANGKASA di negeri Ini, saya berharap agar semua pihak dapat bersama-sama bergerak sealiran selain sentiasa patuh dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. ", ujar beliau mengakhiri perbualan.
Haji Sahimi Shari Pengerusi JPAN Perlis
Usaha untuk membina struktur kepimpinan yang lebih teguh dan cemerlang memerlukan disiplin yang bukan sahaja perlu kuat, malah turut melibatkan usaha dan kesungguhan yang tinggi. Semuanya demi memastikan matlamat memperkasa dan melestarikan ekonomi koperasi di negeri Perlis tercapai. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perlis, Haji Sahimi Shari Sewaktu ditemubual PELANCAR berkata, tiga pendekatan utama telah diambil bagi membentuk dan merealisasikan kecemerlangan JPAN Perlis. 1. Memberi keutamaan kepada komunikasi. Komunikasi menjadi tunggak yang sangat penting dalam membentuk kerja berpasukan yang lebih mantap dan kuat. "Sebagai Pengerusi, saya cuba untuk mengenali dan memahami 12 anggota JPAN dan enam warga kerja ANGKASA di negeri ini. Komunikasi yang berkesan amat penting dalam pembinaan pasukan kerja terutamanya ketika merancang aktiviti di peringkat negeri. Melalui hubungan rapat dan komunikasi yang berkesan, JPAN Perlis dapat bersama-sama dalam satu pasukan menjana perkembangan sosioekonomi gerakan koperasi khususnya di negeri Perlis di samping membantu kelancaran program yang dirancang”, katanya. Selain itu, kemahiran mendengar secara aktif, kemahiran berunding dan komunikasi non-verbal juga sangat ditekankan supaya semua pihak sentiasa peka dengan sebarang bentuk sama ada melalui pergerakan, ekspresi wajah sehinggalah kepada nada suara seseorang dan seterusnya perlu tahu serta sedia bertindak untuk terus membantu. 2. Sasaran kerja yang realistik. Setiap anggota JPAN dan warga kerja yang dipertanggungjawabkan terhadap sesuatu tugasan atau amanah perlu memliliki sasaran kerja yang realistik. Hal ini
Bangunan ANGKASA Perlis.
Mesyuarat Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perlis.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease