31
Melaka hub koperasi agropelancongan JPAN MELAKA
Oleh: Mohd Idzdihar Nooridzahir
Agropelancongan merupakan salah satu kon sep pelancongan yang popular dan mendapat permintaan cukup tinggi dalm kalangan pelancong terutamanya daripada luar negara. Sektor ini berupaya mentransformasikan kehidupan di luar bandar melalui aktiviti sosioekonomi selain memperkenalkan identiti dan warisan komuniti setempat. Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Melaka kini dalam proses untuk memperkasakan sektor pelancongan koperasi. Usaha itu selaras dengan misi untuk menjadikan negeri tersebut sebagai hub koperasi argopelancongan menjelang tahun 2025. Menurut Pengerusi JPAN Melaka, Haji Ab Rahim Md Tawel, peranan sektor pelancongan negeri Melaka amat penting dan mampu menyumbang sehingga 48 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri Malaka. Sebagai sebuah negeri yang menjadikan sektor pelancongan antara sumber pendapatan utamanya, pastinya masalah penularan COVID-19 memberi kesan negatif kepada ekonomi negeri. Jika sebelum ini sasaran yang diletakkan oleh kerajaan negeri terhadap ketibaan pelancong domestik dan antarabangsa adalah seramai 20 juta bagitahun2020.Kini,sasaranyangberanidiletakkan pada tahun ini hanya 5.6 juta pelancong sahaja. Untuk rekod, JPAN Melaka telah menganjur dan merancang beberapa program dan aktiviti pelancongan koperasi dengan kerjasama kerajaan negeri dan agensi berkaitan. Antaranya
seperti program 10 Ribu Langkah Inter-Generasi Keluarga Malaysia, Lendu Lasak Monsoon Challenge dan Kembara 100 tahun Koperasi. Selain itu, JPAN Melaka juga turut mengorak langkah dengan menganjurkan kursus penternakan kupang untuk dijadikan sebagai aktiviti agro-pelancongan koperasi yang terbaharu. Inisiatif ini dijalankan bagi membantu meningkatkan bilangan produk pelancongan koperasi dan untuk mengalih tumpuan pelancong ke luar bandar bagi menyertai pelbagai program menarik bersifat eko dan agro. JPAN Melaka juga telah mengenal pasti koperasi yang menjalankan perniagaan inap desa untuk dijadikan model agro-pelancongan dan disatukan di bawah satu jaringan CoopStay. Melaluinya, ANGKASA akan membimbing dan mengukuhkan koperasi ahli yang menjalankan perniagaan berkaitan agro-pelancongan dengan menganjurkan pelbagai aktiviti seperti kursus dan bengkel. Usaha tersebut penting bagi memastikan perniagaan koperasi terus aktif dengan pelbagai pengisian aktiviti menarik. JPAN Melaka juga berharap lebih banyak koperasi dapat bergabung tenaga dan pelaburan bagi mempelbagai serta merancakkan lagi aktiviti ekonomi berasaskan agro-pelancongan. Dengan pencapaian dan perancangan termasuk kempen mempromosi Melaka, di samping beberapa pendekatan baharu lain, ANGKASA Melaka yakin akan mampu mengangkat argo pelancongan ke tahap paling tinggi, sekali gus mencapai sasaran pelancong tahun ini. Inisiatif tersebut diharap mampu menjana pendapatan tambahan kepada koperasi selain mencapai misi untuk menjadikan negeri Melaka sebagai hub agro-pelancongan utama di Malaysia.
Haji Ab. Rahim Md. Tawel Pengerusi JPAN Melaka
Koperasi Keluarga Hajah Che Me (KOCHEME) menganjurkan Lendu Lasak Monsoon Challenge dengan kerjasama ANGKASA.
10K Langkah Inter-Generasi Keluarga Malaysia.
Projek agropelancongan penternakan kupang.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease