32
JPAN SABAH
Kerjasama SKM - ANGKASA - IKMa
Terus berusaha memperkasakan gerakan koperasi di Sabah
Oleh: Nadiah Kamarudin
Negeri Sabah, saya bersama pasukan saya mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memperkasakan lagi gerakan koperasi di negeri ini dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), SKM dan IKMa. 2. Apakah pelaksanaan dan pembaharuan terhadap sektor koperasi yang ingin dilaksanakan oleh JPAN Sabah pada tahun ini? Pada tahun ini, ANGKASA Negeri Sabah akan melaksanakan tiga misi utama. Pertama adalah untuk meningkatkan keahlian ANGKASA di negeri ini. Sehingga 29 Disember 2021, hanya 39 peratus daripada 1,616 koperasi berdaftar adalah ahli ANGKASA. Justeru, kami akan menjalankan kempen keahlian ANGKASA secara lebih agresif supaya jumlah peratusan koperasi yang bernaung di bawah ANGKASA meningkat ke 50 peratus menjelang tahun 2023. Kedua adalah dengan melaksanakan pelbagai program pendidikan dan latihan kepada anggota koperasi secara bersasar dan berasaskan kepada kehendak serta keperluan semasa. Program pendidikan dan latihan ini juga adalah untuk meningkatkan kefahaman anggota terhadap falsafah, nilai dan prinsip koperasi tulen selaras dengan kenyataan jati diri koperasi. Ketiga adalah merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi melalui projek Barangan Asas 100 (BA100). Projek rintis BA100 di bawah kelolaan ANGKASA Negeri Sabah terletak di bangunan dua tingkat di Api-Api Centre, Kota Kinabalu. Tempat tersebut akan berperanan sebagai pusat inkubator sementara untuk koperasi mempromosikan produk mereka. 3. Apakah usaha ANGKASA Negeri Sabah dalam menggalakkan lebih banyak koperasi menerapkan digitalisasi dalam pengoperasian perniagaan mereka? Koperasi perlu bergerak seiring dengan perkembangan inovasi baharu kerana aktiviti kehidupan kita sendiri telah meletakkan teknologi dan digitalisasi sebagai antara elemen terpenting dalam budaya penyampaian masa kini. Sehubungan itu, kami akan menawarkan beberapa program pendedahan khususnya program kemahiran teknologi maklumat (ICT) kepada
anggota koperasi seperti Sistem Perakaunan Berkomputer ANGKASA (SPBA), pembinaan laman web serta penggunaan aplikasi JiMAT Shop dan JiMAT BIZ. Kami juga amat mengalu-alukan cadangan daripada anggota koperasi berhubung keperluan program dan latihan khususnya dalam bidang ICT. 4. Bolehkah jelaskan cabaran yang menghalang perkembangan sosioekonomi koperasi di Sabah selama ini dan langkah bagi mengatasinya? Saya melihat cabaran datang daripada dua aspek iaitu dalaman dan luaran koperasi. Cabaran utama dari segi dalaman adalah untuk membina keyakinan anggota dan meletakkan kepercayaan terhadap koperasi sebagai sebuah entiti perniagaan yang boleh membantu mereka membangunkan sosioekonomi. Jika kita perhatikan, kebanyakan koperasi yang baru ditubuhkan menghadapi isu kekurangan modal yang menyebabkan mereka tidak mampu untuk memulakan perniagaan. Penglibatan anggota juga hanya di tahap yang minimum dan mereka hanya memberikan sumbangan modal syer sahaja selain mengharapkan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) untuk memikirkan strategi perniagaan koperasi. Cabaran dari segi luaran adalah koperasi sentiasa berhadapan dengan persaingan dengan entiti perniagaan yang besar dan memiliki kelebihan dalam pelbagai bidang. Pada masa yang sama, koperasi berhadapan dengan situasi dan persekitaran yang sentiasa berubah. 5. Apakah harapan yang ingin disampaikan oleh Dr. kepada barisan kepimpinan koperasi di negeri Sabah? ANGKASA Negeri Sabah mempunyai misi yang jelas iaitu berusaha untuk membangunkan gerakan koperasi dengan menyatukan koperasi melalui kempen keanggotaan ANGKASA, mengadakan program pembangunan modal insan dan memperkasakan perniagaan koperasi. JPAN Sabah juga berharap semoga melalui usaha yang dijalankan, koperasi semakin berupaya untuk membina perniagaan yang lebih berjaya dan mampu menyumbang kepada kesejahteraan anggota dan masyarakat.
Dr. Zhamriee Gulamrasul Pengerusi JPAN Sabah
1. Tahniah atas pemilihan sebagai Pengerusi JPAN Sabah yang baharu. Bolehkah Dr. berikan sedikit pandangan mengenai perkembangan terkini sektor koperasi di Sabah? Jumlah koperasi di Sabah sehingga 30 Jun 2021 adalah sebanyak 1,623 dengan keanggotaan seramai 330 ribu orang. Satu peningkatan yang agak ketara berbanding hanya 251 buah koperasi dengan keanggotaan seramai 41 ribu orang pada tahun 1977. Peningkatan tersebut adalah atas kegigihan dan usaha berterusan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan ANGKASA untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam perusahaan sosial (social enterprise) . Walaupun gerakan koperasi Sabah menduduki tempat ketiga dari segi bilangan koperasi yang berdaftar di Malaysia, namun prestasi kewangannya dilihat masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Sehingga 30 Jun 2021, jumlah perolehan yang dicatat oleh koperasi di Sabah adalah RM207.54 juta sekali gus meletakkan negeri ini di kedudukan kelapan daripada 14 buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan. Keadaan ini memberi gambaran kepada kita bahawa pertumbuhan bilangan koperasi di Sabah tidak seiring dengan perolehan yang direkodkan. Sebagai individu yang diberikan amanah untuk menerajui kepimpinan ANGKASA Dr. Zhamriee Gulamrasul mula mengambil alih tanggungjawab mengemudi ANGKASA Negeri Sabah pada 21 Ogos 2021 menggantikan Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh. PELANCAR telah mengadakan satu sesi temu bual bersama beliau untuk mengetahui lebih lanjut mengenai usaha yang sedang dan akan dilaksanakan bagi memperkasakan lagi gerakan koperasi di negeri tersebut.
Program taklimat dan dialog bersama Koperator Sabah dan ANGKASA Negeri Sabah yang telah berlangsung pada 24 Disember 2021 memberi ruang kepada koperasi untuk berkongsi idea dan pandangan.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease