33
ANGKASA Wilayah Persekutuan komited bantu luas pasaran produk koperasi JPAN Oleh: Nadiah Kamarudin WILAYAH PERSEKUTUAN
Pengerusi perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain sedar bahawa peranan sebagai Pengerusi yang dipegang olehnya sejak dipilih menerusi Mesyuarat Agung Negeri pada 19 September 2021 hadir bersama dengan tanggungjawab yang cukup besar. Jawatankuasa Sehingga 30 Jun 2021, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah merekodkan pendaftaran koperasi bagi Wilayah Persekutuan sebanyak 1,091 buah dengan keanggotaan seramai 2.26 juta dan perolehan terkumpul sebanyak RM2.50 bilion. Jumlah perolehan tersebut meletakkan kedudukan Wilayah Persekutuan jauh lebih tinggi berbanding 13 negeri yang lain manakala 37 daripada 100 koperasi terbaik pada tahun 2020 juga merupakan dari wilayah itu. Walau bagaimanapun, masih terdapat sebilangan koperasi terutamanya koperasi kecil dan mikro yang masih memerlukan sokongan dan bantuan dari segi bimbingan serta latihan untuk membangunkan perniagaan. Justeru, Datuk Abdul Razak dan barisan kepimpinan ANGKASA Wilayah Persekutuan komited untuk menggerakkan usaha secara lebih bersepadu. Usaha tersebut penting bagi membantu perjalanan selain memperkasa peranan koperasi sebagai penyumbang pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan rakyat melalui pembangunan perniagaan. Dalam usaha membantu koperasi meluaskan pasaran produk mereka, ANGKASA Wilayah Persekutuan telah mengadakan kerjasama dengan pihak Amirul Halal Mart iaitu sebuah rangkaian pasar mini yang sedia memasarkan produk koperasi di lapan cawangan miliknya. “Selain menawarkan kepada 38 buah koperasi untuk meletakkan produk di cawangan mereka, pihak Amirul Halal Mart juga turut membuka peluang kepada koperasi untuk memulakan perniagaan francais dan membeli saham mereka,” kata Datuk Abdul Razak. Tambah beliau, kerjasama dalam kalangan 16 ANGKASA Negeri akan turut dititiberatkan dalam usaha untuk memastikan produk keluaran koperasi dalam Wilayah Persekutuan dapat dipasarkan ke negeri-negeri lain. “Selain aktif mengenal pasti koperasi yang mengeluarkan produk mereka sendiri, kami akan turut mengadakan kunjungan ke setiap ANGKASA Negeri untuk mendapatkan kerjasama bagi membantu mempromosi produk koperasi dari Wilayah Persekutuan,” katanya. Penubuhan koperasi kariah masjid juga menjadi salah satu agenda ANGKASA Wilayah Persekutuan. Antara usaha yang sedang dilaksanakan adalah mengenal pasti masjid- masjid yang berpotensi untuk ditubuhkan koperasi. Sebagai gerak kerja permulaan, ANGKASA Wilayah Persekutuan sedang membantu Koperasi Kariah Masjid Al-Akram KL Berhad untuk membuka kedai runcitnya yang pertama melalui projek Barangan Asas 100 (BA100). Usaha itu diharap dapat menjadikan koperasi tersebut sebagai pemangkin dan model kepada masjid- masjid yang lain untuk menubuhkan koperasi mereka sendiri.
Penubuhan koperasi tetap menjadi antara keutamaan ANGKASA Wilayah Persekutuan. Kami telah mengadakan beberapa siri perjumpaan terutama dengan Pengerusi persatuan penduduk rumah pangsa, program perumahan rakyat dan pengusaha taska untuk menggalakkan mereka menubuhkan koperasi dan menjadi anggota ANGKASA. Menurut Datuk Abdul Razak, pihaknya bersedia untuk menawarkan khidmat runding dan nasihat dari segi pentadbiran koperasi dan pembangunan perniagaan kepada mana- mana pihak yang berminat untuk menubuhkan koperasi. Sehingga 28 Januari 2022, sebanyak 720 daripada 1,073 buah koperasi di Wilayah Persekutuan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia sudah menjadi ahli ANGKASA. “Ini bermakna, terdapat 353 buah lagi koperasi yang masih belum menjadi ahli ANGKASA dan ini merupakan angka yang besar. Oleh itu, tugas bagi meyakinkan mereka (koperasi bukan ahli ANGKASA) untuk menjadi ahli serta membantu koperasi yang kurang aktif adalah antara tugasan yang perlu dipikul oleh semua anggota JPAN ANGKASA Wilayah Persekutuan,” katanya.
Datuk Haji Abdul Razak Hussain Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan
Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan anggota tentera sebagai petugas barisan hadapan, ANGKASA Wilayah Persekutuan melalui Program CoopCare ANGKASA Prihatin COVID-19 telah menyumbangkan sebanyak 200 pek barangan keperluan asas menerusi Projek BA100 kepada Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad pada 10 Disember 2021.
Datuk Haji Abdul Razak menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan asas menerusi Projek Barangan Asas 100 (BA100) kepada petugas Alam Flora pada 8 Disember 2021 melalui Program CoopCare ANGKASA Prihatin COVID-19.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease