WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAN 2022

4

Sekapur Sireh Assalamualaikum dan salam keluarga koperasi Sumbangan gerakan koperasi terhadap pembangunan sosioekonomi rakyat di Malaysia sejak 100 tahun yang lalu begitu bermakna dan kekal relevan sehingga ke hari ini sehingga berjaya menjadi antara penyumbang utama dalam sektor ekonomi negara. Kewujudan sebanyak 14,657 koperasi berdaftar pada hari ini dengan jumlah keanggotaan seramai 6.5 juta membuktikan keyakinan tinggi masyarakat terhadap sumbangan koperasi. Peranan yang dimainkan menerusi pelbagai aktiviti perniagaan bukan sahaja telah berjaya meletakkan koperasi sebagai pemangkin dalam meningkatkan kualiti hidup, malah turut dijadikan sebagai platform penting terhadap keupayaannya untuk membina kesejahteraan anggota serta meningkatkan kemakmuran masyarakat secara bersama. Perkembangan sosioekonomi melalui gerakan koperasi yang membanggakan pada masa ini turut memberi kesan kepada usaha dan sasaran kerja yang lebih kuat serta bersepadu oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Kami sentiasa menjadi pendengar kepada suara koperasi selain membantu menyeimbangi antara keperluan semasa dan perancangan ekonomi jangka panjang agar koperasi dapat terus bergerak ke hadapan serta tidak ketinggalan dalam menghadapi arus perubahan semasa. SKM juga akan menjalin kerjasama lebih erat dengan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan ANGKASA menerusi 'Aspirasi

Haji Zazali Haron Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Koperasi Malaysia' yang bakal berfungsi sebagai simbol penyatuan dan persefahaman keluarga koperasi di Malaysia. Penyelarasan semula kerjasama tersebut penting bagi memastikan koperasi dapat dibantu dan dibangunkan secara lebih bersepadu dan cekap oleh ketiga-tiga cabang tersebut. Semoga dengan pelaksanaan Aspirasi Koperasi Malaysia, segala perancangan melibatkan program dan aktiviti koperasi di seluruh negara akan menjadi lebih tersusun, efisyen dan efektif. Kejayaan yang telah dan akan dicapai merupakan hasil perancangan daripada semua pihak yang terlibat dalam gerakan koperasi ini. Oleh itu, marilah kita semua dalam keluarga besar koperasi berusaha dengan lebih kuat agar kejayaan yang lebih cemerlang dapat dinikmati. Perancangan ini bermula melalui mesyuarat agung. Tunaikan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan berkesan. Syabas dan tahniah diucapkan atas penganjuran Mesyuarat Agung Negeri 2022 dan selamat bersidang diucapkan kepada semua

perwakilan. Terima Kasih.

KANDUNGAN

06 COOPCARE ANGKASA: Simbol Cakna Koperasi Terhadap Masyarakat 08 Perkukuh Kerjasama antara Koperasi dengan Agensi Kerajaan 10 MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) Pelindung Pewarisan Terunggul 12 Evolusi dan Kejayaan Program 100 Product Champion

14 Ke Arah Tadbir Urus dan Kepimpinan yang Lebih Baik 16 Adaptasi Digitalisasi untuk Mesyuarat Agung Gerakan Koperasi 18 Fokus Majukan Koperasi Kariah Masjid dan Koperasi Sekolah 19 Pengusaha Ikan Sangkar Digalak sertai Konsortium Koperasi Ternakan Ikan Negeri Pahang Berhad

20 Koperasi Kariah Masjid 21 Inisiatif ANGKASA Johor Kembangkan Projek Tanaman Kelapa Pandan 22 Koperasi dan Pembangunan Komuniti 23 Lebih Banyak Koperasi Digalakkan sertai Projek BA100 bantu Jana Pembangunan Sosioekonomi

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease