6
Oleh: Mohd Zakuan Azmi
Inisiatif pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melalui jenama COOPCARE ANGKASA bukan sahaja perlu dinilai sebagai antara wahana terbaik dalam usaha membina imej positif gerakan koperasi terhadap masyarakat, malah usaha tersebut juga bertepatan dengan salah satu prinsip yang menjadi panduan kepada koperasi di seluruh dunia iaitu ‘Berprihatin Terhadap Masyarakat’. Selaras dengan usaha yang digerakkan bagi membantu anggota koperasi dan masyarakat yang terkesan ekoran berlakunya ketidakstabilan sosioekonomi akibat bencana alam seperti banjir, pandemik COVID-19 dan kebakaran. ANGKASA mengambil inisiatif menerusi pendekatan COOPCARE bagi membantu anggota serta masyarakat yang terkesan dan memerlukan bantuan.
Bolehkah Datuk Seri jelaskan mengenai perananCOOPCARE? Misi bantuan kemasyarakatan di bawah payung COOPCARE ANGKASA digerakkan secara proaktif dari semasa ke semasa. Selain sumbangan dalam bentuk barangan keperluan harian di bawah Projek Barangan Asas 100 (BA100), pasukan sukarelawan COOPCARE juga turut memainkan peranan seperti membantu kerja-kerja pengagihan bantuan, pembersihan selain turut mengambil bahagian sebagai petugas barisan hadapan beberapa pusat pemberian vaksin. Sejauh manakah peranan COOPCARE ANGKASA memberi impak kepada kesejahteraan masyarakat? Kita ambil contoh misi bantuan bencana banjir yang melanda kebanyakan negeri baru- baru ini. Inisiatif tersebut telah digerakkan melalui COOPCARE ANGKASA. Menerusinya, ANGKASA telah menyasarkan bantuan segera kepada sekurang- kurangnya 2,000 buah keluarga yang terjejas teruk selain meneruskan misi bantuan COOPCARE ANGKASA Prihatin COVID-19 kepada anggota koperasi dan masyarakat dengan peruntukan sebanyak RM5 juta. Sudah pasti kesan atau impak yang mahu dicapai menerusi peranan dan sumbangan yang diberikan itu adalah untuk menunjukkan bahawa koperasi adalah platform terbaik dalam membangunkan sosioekonomi masyarakat. Bantuan itu juga sekali gus mampu memberi cerminan positif kepada masyarakat terhadap keunikan berkoperasi selain menjayakan usaha kerajaan menerusi program kesejahteraan rakyat berlandaskan ‘Keluarga Malaysia’.
Program COOPCARE ANGKASA Prihatin Bencana Banjir meneruskan misi menunaikan Tanggungjawab Sosial Koperasi (CSR) dengan memperluaskan sumbangannya melalui kerjasama dengan Yayasan Bank Rakyat. Usaha murni tersebut direalisasikan melalui satu majlis penyerahan yang berlangsung di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, pada 9 April 2021. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyerahkan sumbangan berupa 100 pek barangan asas Projek Barang Asas (BA 100) bernilai RM5,000 kepada Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin.
Sebanyak 67 program sumbangan barangan asas di bawah projek BA100 telah dijayakan dalam tempoh tersebut melibatkan 5,955 penerima terutamanya golongan B40 yang terjejas. Di samping itu juga, sebanyak 44 program melibatkan pasukan barisan hadapan (frontliners) telah dilaksanakan menerusi COOPCARE melibatkan 53,356 penerima. Selain sumbangan tunai, ANGKASA juga memperuntukkan bajet tersebut dengan membeli barangan keperluan harian di bawah projek BA100, kit kesihatan seperti pelitup muka dan pembersih
Apakah yang disalurkan melalui COOPCARE ANGKASA? Sesuai dengan keperluan dan permintaan, bajet yang diperuntukkan bagi melaksanakan misi sumbangan tersebut telah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Sebagai contoh, bermula 1 Mac 2020 hingga 30 September 2021 sahaja, ANGKASA telah memperuntukkan sejumlah RM856,648.35 untuk menjayakan program COOPCARE dan nilai tersebut telah dibelanjakan mengikut keperluan dan permintaan. bentuk sumbangan
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease