WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAN 2022

7

tangan (hand sanitiser), produk makanan ringan termasuklah perbelanjaan bagi menguruskan pasukan sukarelawan bencana banjir dan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Setiap Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) juga telah diberi peruntukan sebanyak RM10,000 bagi menggerakkan aktiviti COOPCARE di peringkat negeri masing-masing. ANGKASA juga turut merekodkan sebanyak 27 koperasi sekolah yang terjejas akibat banjir sebagai penerima ‘Program Bantuan Banjir Koperasi Sekolah 2021’. Usaha telah pun digerakkan secara berperingkat melalui inisiatif Bahagian Sekolah ANGKASA bermula awal tahun ini. Apakah harapan Datuk Seri terhadap masa depan COOPCARE ANGKASA? ANGKASA akan terus menggerakkan inisiatif ini bagi sebagai memenuhi visinya sebagai pemacu unggul kelestarian sosioekonomi gerakan koperasi dengan mengambil langkah untuk membantu anggota koperasi dan masyarakat dalam segenap aspek. Selain memberi sumbangan secara terus atau melibatkan sokongan pasukan sukarelawan, ANGKASA berharap agar kolaborasi yang lebih giat antara agensi dapat dijalin bagi memperkasakan lagi gerak kerja COOPCARE membantu masyarakat yang memerlukan dengan sesegera mungkin. Saya juga mahu menyeru kepada semua warga koperasi agar turut sama menyertai barisan sukarelawan COOPCARE ini. Kita sebenarnya memerlukan lebih ramai anggota sukarelawan supaya lebih banyak aktiviti bantuan dapat diatur dan digerakkan dalam satu-satu masa terutamanya sewaktu misi bantuan banjir yang berlaku hampir serentak di banyak kawasan.

Sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada salah seorang daripada 20 anggota Koperasi Sabena Berhad yang terkesan dengan banjir lumpur di Yan, Kedah pada 18 Ogos 2021.

Petugas sukarelawan di bawah Program Sukarelawan COOPCARE ANGKASA membantu seorang warga emas mengisi Borang Persetujuan Suntikan Vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sepang pada 31 Julai 2021.

ANGKASA dengan kerjasama Nasional FM dan Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM) menyantuni penduduk sekitar Kampung Padang Jawa, Shah Alam yang terlibat dengan bencana banjir. Sejumlah 50 pek barangan keperluan harian di bawah Projek Barang Asas 100 (BA100) dengan nilai keseluruhan RM5,000 telah disumbang melalui Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah yang sempat meluangkan masa melawat beberapa buah rumah mangsa banjir di sekitar Padang Jawa pada 21 Januari 2022.

Petugas sukarelawan COOPCARE ANGKASA membantu melancarkan proses pemberian vaksin.

Warga kerja ANGKASA turut menyertai Skuad Sukarelawan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) bagi membantu aktiviti membersihkan rumah pasca banjir di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat Johor pada 17 Januari 2022.

Sumbangan barangan keperluan harian di bawah program COOPCARE ANGKASA anjuran ANGKASA Negeri Pahang Barat (Zon 3) kepada anggota koperasi yang terjejas dan petugas barisan hadapan Majlis Daerah Kuala Lipis pada 28 Julai 2021.

Sebanyak 50 pek barangan keperluan harian telah disampaikan oleh ANGKASA kepada golongan asnaf anggota Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad di Tanjung Kling, Melaka pada 29 Ogos 2021.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease