8
Oleh: Nadiah Kamarudin
Usaha bagi meningkatkan kerjasama strategik antara koperasi dengan agensi dan jabatan kerajaan sangat perlu bagi memperkukuh peranan sektor koperasi sebagai penyumbang ketiga kepada pertumbuhan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat selepas sektor kerajaan dan swasta. proaktif mewujudkan kerjasama dengan agensi kerajaan,” ujar beliau. Beliau turut berkata bahawa
Namun di sebalik gerak kerja yang dilaksanakan, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi penekanan iaitu sejauh mana koperasi khususnya yang tergolong di bawah kluster sederhana, kecil dan mikro melihat kepentingan kerjasama tersebut selain turut terlibat secara aktif dalam program atau inisiatif yang dilaksanakan oleh agensi. Menurut Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, usaha berterusan daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan agensi-agensi di bawahnya perlu diwujudkan agar pendedahan kepada koperasi mengenai peranan dan fungsi agensi kerajaan lebih difahami. Begitu juga kementerian lain yang boleh dimanfaatkan oleh gerakan koperasi. “Apabila wujud jalinan antara koperasi dengan agensi kerajaan, secara tidak langsung akan memberi semangat tambahan kepada koperasi bahawa terdapat pelbagai pihak yang bersedia untuk membantu koperasi dan anggota dari segi bantuan kewangan dan khidmat kepakaran serta menyediakan program latihan dan bimbingan perniagaan,” kata beliau. Secara amnya, fungsi utama agensi adalah memastikan semua program dan usaha oleh kerajaan khususnya pembangunan sosioekonomi rakyat dapat berjalan dengan lancar. Selain itu, agensi kerajaan juga berperanan untuk menyebar luas dasar dan hasrat kerajaan iaitu membantu meningkatkan taraf hidup rakyat. Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri mempunyai sejumlah 31 kementerian yang merangkumi lebih 200 agensi. Melihat kepada angka tersebut, peluang untuk koperasi dan anggota terlibat dalam program khususnya yang berfokuskan pada pembangunan perniagaan dan keusahawanan adalah cukup luas. Tambah Prof. Abdul Rahman, perlu ada inisiatif juga daripada koperasi sendiri untuk mengenali lebih dekat mana-mana agensi dengan mengkaji latar belakang dan peranannya serta bentuk bantuan yang diberikan. “Koperasi harus mengambil pendekatan
ANGKASA terus komited memainkan peranannya sebagai pemudah cara yang menghubungkan koperasi dengan agensi kerajaan. Sehingga kini, ANGKASA bekerjasama dengan pelbagai agensi dengan sokongan kementerian agar dapat membantu koperasi meneroka peluang perniagaan baharu dan melonjakkan perniagaan sedia ada.
Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Haji Idris Mohd Salleh untuk membincangkan mengenai Program Pembangunan Perniagaan Kenaf.
Beliau selaku Pengerusi Sektor Perladangan ANGKASA telah menjalinkan kerjasama dengan agensi di bawah Kementerian Perusahaan dan Komoditi untuk memaju dan menjayakan perniagaan koperasi. Sebagai contoh, Program Pensijilan Minyak Sawit Mapan Malaysia (MSPO) antara ANGKASA dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melibatkan 53 buah koperasi, Program Pemprosesan Fiber Kenaf bersama Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Program Pemerkasaan Pusat Pengumpulan Koko bersama Lembaga Koko Malaysia (LKM) dan Program Pembangunan Produk Sagu bersama Craun Research Sdn. Bhd (anak syarikat kerajaan Sarawak). Selain itu, kerjasama berterusan antara ANGKASA dengan SIRIM Berhad sejak tahun 2016 juga turut membantu menambah baik produk keluaran koperasi dari segi pembungkusan dan pensijilan sehingga berjaya menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa. Kepimpinan koperasi perlu ambil inisiatif menjadikan agensi sebagai platform yang berperanan penting melestarikan ekonomi dan membantu mengurangkan kos sara hidup anggota serta mengoptima sumber yang ada. Usaha tersebut mampu mentransformasikan koperasi sebagai pemacu kepada pembangunan sosioekonomi yang inklusif seperti yang terkandung di dalam Dasar Keusahawanan Nasional 2030.
Produk keluaran koperasi yang melalui proses penambah baikan dari segi pembungkusan dan pensijilan menerusi kerjasama antara ANGKASA dengan agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, SIRIM Berhad.
Kerjasama yang terjalin antara ANGKASA dengan agensi di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melancarkan proses untuk koperasi mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mapan Malaysia (MSPO).
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease