JUN 2022 JILID: WP04 /6
ANGKASACoop
www.angkasa.coop
RM1.00
Kerajaan Sambut Baik Usaha ANGKASA Perkasa Industri Ternakan Ayam
Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob bergambar dengan wakil ANGKASA di Putrajaya. Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob bergambar dengan wakil ANGKASA di Putrajaya.
Oleh MOHD ZAKUAN AZMI
Katanya, melibatkan ekosistem pengeluaran ayam berskala besar yang akan digerakkan bersama sektor koperasi. ANGKASA bersama NAFAS pula akan berperanan memastikan matlamat tersebut dapat direalisasikan seperti yang dirancang. kerjasama tersebut Menurut Dato' Seri Ismail Sabri, inisiatif akan dilaksanakan oleh ANGKASA dan NAFAS itu sangat bertepatan dengan hasrat kerajaan yang sedang berusaha untuk memastikan stok dan harga ayam di pasaran lebih terkawal dan mencukupi. Selain itu, inisiatif tersebut juga akan dapat membantu sektor koperasi untuk meningkatkan pengeluaran sekali gus menjana perolehan yang lebih tinggi.
Selain ternakan ayam, ANGKASA dan NAFAS juga akan berperanan dalam mengembangkan industri penanaman jagung bijian sebagai langkah mengurangkan kebergantungan negara terhadap import bahan mentah untuk makanan ayam. Hadir sama dalam perbincangan tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Jusoh dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim.
Kerajaan menyambut baik inisiatif ANGKASA dalam memperkasakan ekosistem industri ternakan ayam yang diusahakan oleh koperasi. ANGKASA bersama Pertubuhan Pelandang Kebangsaan (NAFAS) akan berperanan sebagai pemudah cara bagi proses rantaian nilai tersebut dengan kerjasama daripada pihak NAFAS. Hal tersebut disuarakan sendiri oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob sewaktu sesi perbincangan bersama wakil ANGKASA di Putrajaya pada 14 Jun 2022.
BERSAMBUNG DI MUKA 2
2 ANGKASA
JUN 2022
Perbincangan antara Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah.
Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menerima cenderamata berupa Setem Jubli Emas ANGKASA 1971 - 2021 daripada Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah.
DARI MUKA 1 Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dalam perbincangan tersebut menyatakan ANGKASA untuk melaksanakan rancangan pembukaan 10 buah ladang ternakan ayam daging berkonsepkan ladang kontrak sebagai langkah permulaan dan ANGKASA akan menjadi penyepadu ( integrator) kepada projek tersebut. “Sebagai penyepadu utama koperasi, ANGKASA akan memastikan kerja pembekalan anak ayam, dedak ayam termasuk ubat dapat dibekalkan secara konsisten kepada penternak selain membeli semula hasil ternakan tersebut untuk diedarkan ke rangkaian kedai koperasi di seluruh negara. Usaha tersebut juga dapat membantu koperasi menaik taraf ladang-ladang ternakan ayam sedia ada bagi meningkatkan jumlah keluaran. Menerusi usaha tersebut, ANGKASA akan mewujudkan sebuah syarikat dengan pemilikan ekuiti bersama pihak koperasi bagi mewujudkan hak pemilikan bersama,” katanya.
Sesi perbincangan antara Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dengan wakil ANGKASA di Putrajaya.
Pelan perancangan bagi projek tersebut merangkumi pelan jangka masa pendek, jangka masa sederhana dan jangka masa panjang melibatkan kerjasama strategik dari dalam dan luar negara. Usaha tersebut bakal membuka peluang kerjasama dan guna sama bagi meningkatkan kepakaran khususnya dalam bidang pemakanan, teknologi pembiakan baka serta sistem penternakan. Justeru, ANGKASA mengharapkan sokongan daripada kerajaan dalam pelbagai bentuk seperti bantuan kewangan, insentif mahupun infrastrktur bagi memudahkan pelaksanaan perniagaan koperasi dalam industri tersebut.
RINGKASAN STATISTIK TERNAKAN AYAM KOPERASI
BIL. KOPERASI TERLIBAT
39 18
BIL. TERNAKAN
774,000 750,780 3,753,900
- -
SEDIA ADA
- PENGELUARAN 1 PUSINGAN (97%) - PENGELUARAN SETAHUN (5 PUSINGAN)
DALAM PROSES
21
KOPERASI SEDIA ADA (18 BUAH)
JENIS REBAN TERBUKA
TERTUTUP
TERBUKA & TERTUTUP
JUMLAH
BIL. REBAN
22
35
6
63
PASARAN -
SENDIRI KONTRAK JUMLAH
6
-
12 18
Sidang Pengarang
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Pruf Dan Rekaletak • Haji Anuar Ismail • Datin Hajah Fauziah Zainal
Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dr. Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Koperasi Pos Nasional Berhad Wisma KOPONAS 70-74, Jalan Tun Sambanthan 50470 Kuala Lumpur Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd. No. 21 Jalan 2/27E, Seksyen 10 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Muat Turun Aplikasi
Mudah Alih PELANCAR PERCUMA
• Nadiah Kamarudin • Rahmat Mohd. Did
• Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor
3 ANGKASA
JUN 2022
Jalin Kerjasama Strategik Tingkat Pengeluaran Ayam Segar ANGKASA - Mars Global Sdn. Bhd.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (baju batik) bertukar dokumen MoU bersama Ketua Pegawai Eksekutif Mars Global Sdn. Bhd., Encik Mohd Norulhizam Mohd Ramli.
Sesi lawatan ke kilang pemprosesan ayam Mars Global Sdn. Bhd. di Kulai, Johor pada 13 Jun 2022.
Oleh RAHMAT MOHD DID
Hasil lawatan ANGKASA ke kilang memproses ayam segar Mars Global Sdn. Bhd. di Kulai, Johor pada 13 Jun 2022, satu Memorandum Persefahaman telah dimeterai antara keduanya di ibu pejabat ANGKASA pada 29 Jun 2022 dalam usaha mempertingkatkan bekalan ayam segar dalam pasaran melalui platform koperasi. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, ANGKASA menyasarkan penglibatan sekurang-kurangnya 100 buah koperasi dalam industri ternakan ayam halal dengan jangkaan pengeluaran sehingga 30 juta ekor setahun. “Kami amat menghargai penglibatan daripada pelbagai pihak termasuk swasta seperti Mars Global yang sudi bekerjasama untuk memastikan visi ini dapat dicapai seterusnya memberi manfaat bukan sahaja kepada anggota koperasi, malahan seluruh rakyat Malaysia,” katanya. Tiga koperasi yang turut terlibat dalam kerjasama bersama Mars Global Sdn. Bhd. ialah Koperasi Perniagaan Guru-Guru Muar Berhad, Koperasi Pelabuhan Johor Berhad dan Koperasi Kolej Vokasional Tanjung Puteri Berhad. Pengerusi Mars Global Sdn. Bhd., Haji Hadi Abdullah berkata, pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Johor untuk memberi penjelasan kepada 25 koperasi yang berminat di Johor terlebih dahulu sebelum meluaskan projek ke seluruh negara. “Terdapat beberapa model kerjasama yang telah diatur dan boleh diusahakan bersama dengan koperasi. Antaranya adalah pengurusan reban baharu atau sedia ada milik koperasi untuk tujuan ternakan ayam berskala tinggi dan penghasilan produk ayam segar secara Original Equipment Manufacture (OEM) menggunakan jenama koperasi,” ujar beliau.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (tiga dari kanan) bergambar bersama tiga wakil koperasi yang menceburi industri ternakan ayam selepas majlis menandatangani MoU di Kulai, Johor.
Pengerusi JPAN Johor, Haji Sazali Abd. Hamid pula dalam ucapannya berkata, fokus JPAN Johor adalah untuk mengenal pasti tanah koperasi yang bersesuaian untuk dijadikan ladang ternakan serta usaha untuk mendapatkan geran atau pinjaman mudah daripada kerajaan. Hadir sama adalah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Pengerusi ANGKASA Negeri Johor, Haji Sazali Abd. Hamid; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh; Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif Mars Global Sdn. Bhd., Encik Mohd Norulhizam Mohd Ramli; Penasihat Undang-Undang ANGKASA, Dato’ Haji Mohamad Shariff Haji Abu Samah dan Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Strategik, Encik Mohd Ismail Ibrahim.
Dari Meja Presiden
Isu peningkatan harga dan bekalan ayam semasa yang melanda negara benar-benar membimbangkan sehingga menyebabkan kerajaan dan pelbagai pihak mengambil peranan proaktif menangani isu ini dengan kadar segera. Sebagai badan apeks kepada gerakan koperasi negara, ANGKASA tidak terkecuali memainkan peranan membantu kerajaan dalam menangani masalah kenaikan harga ayam yang pada dasarnya sektor koperasi juga terlibat secara signifikan dalam industri ternakan ayam. Usaha proaktif ini adalah selaras dengan saranan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) ke arah memperkukuh kerjasama awam dan swasta khususnya dalam meningkatkan hasil pertanian terutamanya industri ternakan ayam. Langkah awal ANGKASA dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bakal menjadi penanda aras kepada usaha untuk terlibat dalam keseluruhan ekosistem industri ayam bagi menjamin sekuriti makanan negara. ANGKASA menaruh keyakinan dengan sokongan padu keanggotaan tujuh juta ahli melalui 14,835 koperasi akan berupaya
membantu kerajaan menangani masalah kenaikan harga ayam dan bekalan makanan negara. Dalam hal ini, ANGKASA akan memainkan peranan dalam ekosistem industri ayam melalui penyertaan koperasi secara langsung dalam sektor penternakan. Strategi mewujudkan platform model ‘Reban Komuniti’ atau ‘Community Farm’ dalam sektor koperasi diharap dapat merealisasikan usaha menangani masalah kekurangan bekalan ayam negara sekali gus menstabilkan kembali harga ayam dalam pasaran. Sebagai penyedia platform dalam bidang penternakan, ANGKASA menggalakkan syarikat pengusaha industri ayam untuk bersama mewujudkan konsep model sebegini yang dapat menjadi pelengkap kepada industri sedia ada selain memastikan keselamatan makanan negara terjamin.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA
4 ANGKASA
JUN 2022
Kerajaan Sokong Usaha ANGKASA Perkasa Rantaian Perbekalan Ayam
Oleh RAHMAT MOHD DID
Kerajaan
melalui
Kementerian
Pertanian
dan mengalu- alukan penglibatan gerakan koperasi dalam memperkasakan industri ayam selaras dengan usaha mengatasi isu kekurangan bekalan selain memastikan keselamatan makanan negara. Industri Makanan (MAFI) Lanjutan daripada perjumpaan bersama Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada 14 Jun 2022, ANGKASA bersama Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah mengadakan perbincangan bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MAFI, Datuk Badrul Hisham Mohd pada 21 Jun 2021 di Putrajaya bagi membentangkan kertas kerja Projek Pembangunan Industri Ternakan Ayam Koperasi. Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik berkata, walaupun penglibatan koperasi dalam bidang ternakan ayam masih kecil, namun dengan strategi yang betul mampu memberi manfaat kepada lebih 14, 835 koperasi dan 7 juta anggotanya di seluruh Malaysia.
Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MAFI, Datuk Badrul Hisham Mohd mempengerusikan sesi Ketua Setiausaha (Pembangunan) MAFI, Datuk Badrul Hisham Mohd mempengerusikan sesi perbincangan.
Datuk Badrul Hisham bergambar bersama wakil daripada ANGKASA, NAFAS dan Badrul Hisham bergambar bersama wakil daripada ANGKASA, NAFAS dan LPP.
Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman ketika sesi perbincangan. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman ketika sesi perbincangan.
“Fokus kami adalah untuk bertindak sebagai pelengkap kepada industri sedia ada tidak kira kerajaan atau agensi dengan menawarkan perbekalan daripada koperasi sedia ada. Setakat ini, ANGKASA mempunyai 18 koperasi yang menjadi ahli ANGKASA terlibat dengan penternakan ayam dengan pengeluaran tahunan sebanyak 3,753,900 ekor. Jika ANGKASA dan koperasi diberi ruang penglibatan yang lebih besar dengan galakan dan sumber peruntukan kewangan, kami yakin gerakan ini mampu membantu kerajaan menangani permasalahan sumber pengeluaran dan harga ayam secara makro,” ujar beliau. Tambahnya, ANGKASA juga sedang giat mengusahakan projek tanaman jagung bijian yang menyasarkan ladang berkeluasan 4,000 hektar di seluruh Malaysia.
“Kami telah mengenal pasti 2,000 hektar tanah dan sampel tanah juga sedang diuji di makmal untuk memastikannya sesuai dijadikan sebagai tapak semaian jagung bijian,” jelasnya. Pada masa yang sama, NAFAS turut membentangkan kertas kerja Pelan Pelaksanaan Stokpail Ayam Pertubuhan Peladang 2022 yang menyasarkan peningkatan perkongsian pasaran ayam kepada 20 peratus berbanding 1. 72 peratus sekarang. Mengulas tentang idea dan pembentangan daripada ANGKASA dan NAFAS, Datuk Badrul Hisham berkata, kerajaan perlu bekerjasama dengan jabatan kerajaan lain, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), swasta serta koperasi demi memastikan aspirasi keselamatan makanan negara tercapai. “MAFI akan bertindak sebagai pemudah cara dan membantu entiti ini untuk menjadi penyumbang berkesan dengan pakej rangsangannya selain
memperbaiki polisi sedia ada seperti harga siling; ekosistem agro makanan; meningkatkan peluasan tanah bagi kerajaan negeri dan pusat; inisiatif pertanian pintar; inisiatif ladang kontrak dan banyak lagi,” ujarnya. Hadir sama dalam perbincangan tersebut ialah Setiausaha Bahagian Sekuriti Makanan MAFI, Encik Mazlan Othman; Timbalan Setiausaha Cawangan Ternakan, Bahagian Sekuriti Makanan MAFI, Encik Mohd Khairuzaki Paiman; Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan LPP, Encik Amir Matamin; Timbalan Pengarah Bahagian Pengeluaran dan Perniagaan LPP, Puan Marlina Mohd; Pengurus Besar Bahagian Perniagaan ANGKASA, Haji Nor Azmi Abd. Jalil; Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Penilaian LPP, Encik Ahmad Perbuana Ismail dan Penolong Pengurus Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani ANGKASA, Puan Farihah Arifin.
5
Ke Arah Memperkasakan Ekonomi ANGKASA – UMK Research Academy (AURA)
Oleh DR. NOOR RAIHANI ZAINOL DAN SAFINAH SAUPI
Visi AURA
ANGKASA – UMK Research Academy (AURA) merupakan pusat penyelidikan dan pembangunan kecemerlangan koperasi milik bersama ANGKASA dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). AURA yang ditubuhkan pada 1 Mei 2021 melalui beberapa siri perbincangan antara pihak ANGKASA dengan UMK. Bermula pada 15 Januari 2020, satu mesyuarat kerjasama antara UMK dengan ANGKASA yang dipengerusikan bersama oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Prof. Dato’ Dr. Noor Azizi Ismail, Naib Canselor UMK pada ketika itu telah bersetuju untuk menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi penubuhan AURA. Seterusnya pada 13 Februari 2020, perbincangan mengenai skop kerjasama telah diadakan di ANGKASA yang dipengerusikan oleh Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, bersama pengurusan UMK. Lanjutan daripada perbincangan tersebut, UMK telah membentangkan usul penubuhan AURA dalam Mesyuarat Pengurusan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), UMK pada 16 Februari 2020 dan dipersetujui penubuhannya sebagai sebuah entiti pusat kecemerlangan koperasi. AURA diletakkan di bawah FKP dan dikawal selia oleh Pejabat Timbalan Naib Censelor (Penyelidikan dan Inovasi). Melalui beberapa siri perbincangan, akhirnya telah membawa kepada termeterainya MoU antara ANGKASA dengan UMK dalam satu majlis ringkas yang diadakan di ANGKASA pada 17 Julai 2020. Seterusnya Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu AURA yang pertama dipengerusikan oleh Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya dan dihadiri pengurusan UMK. Mereka ialah Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah; Dekan, Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Prof. Dr. Roselina Ahmad Saufi dan Pengarah Kanan, Institut Keusahawanan UMK, Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad. Wakil ANGKASA pula dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA iaitu Haji Nasir Khan Yahaya; Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti aitu Encik Mohd. Ismail Ibrahim dan Pengurus Besar Bahagian Sekretariat iaitu Encik Hasnan Haji Mustapha. MoU tersebut bertujuan untuk menggariskan peranan dan memuktamadkan jalinan kerjasama antara UMK dengan ANGKASA dalam usaha untuk meningkatkan taraf pendidikan, penyelidikan dan pembangunan gerakan koperasi. Objektif MoU adalah untuk memastikan kedua-dua belah pihak saling berusaha untuk memperkuat, mempromosi dan mengembangkan kerjasama dalam bidang koperasi, perniagaan dan keusahawanan atas dasar persamaan dan faedah bersama.
Menerajui penyelidikan, latihan dan pembangunan koperasi demi kesejahteraan industri koperasi.
Misi AURA
Memastikan pembangunan koperasi melalui penyelidikan, latihan dan pembangunan insaniah bagi mencipta ekonomi yang mampan, progresif, berpaksikan ilmu dan nilai yang tinggi.
Objektif AURA
• Menjadi pusat rujukan dan kecemerlangan koperasi berteraskan penyelidikan, latihan dan konsultansi yang mempunyai aktiviti, • Melaksanakan penyelidikan
dan pembangunan insaniah ke arah kelestarian koperasi dan kesejahteraan masyarakat.
Rasional Penubuhan AURA
Skop AURA
• Merealisasikan kerjasama antara UMK dengan ANGKASA yang merupakan pemangkin industri koperasi di Malaysia. • Penubuhan AURA menyahut mandat yang diutarakan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 dan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030). DKN 2030 menyasarkan budaya dan pemikiran ke arah keusahawanan sosial sementara WKB menyasarkan pengagihan ekonomi yang adil, terangkum dan inklusif. Justeru, aktiviti AURA akan membantu memperkasakan objektif WKB dan DKN. • Tujuan utama penubuhan AURA adalah untuk menjadi pusat rujukan dan pemindahan ilmu berteraskan penyelidikan, latihan dan perundingan koperasi.
• Bidang tumpuan atau tujahan AURA adalah dalam aspek pembangunan dan kelestarian koperasi. • Skop AURA meliputi penyelidikan, latihan dan pembangunan berteraskan industri koperasi. • Melaksanakan penyelidikan di peringkat pascasiswazah dengan kerjasama FKP dan fakulti lain yang berkaitan. • Menjadi hub penyelidikan kepada ANGKASA.
6
Sepanjang tahun 2021, AURA telah berjaya melaksanakan 33 webinar AURA yang berfokus pada perkembangan terkini dan isu semasa berkaitan koperasi, lima Kursus Kepimpinan, lima Kursus Keusahawanan dan 11 program syarahan secara dalam talian dengan kerjasama Bahagian Kepimpinan Modal Insan dan Keusahawanan. Pada tahun 2022, fokus program adalah khidmat perundingan sebagai perunding bagi penyediaan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi, Program Pemerkasaan Kepimpinan Koperasi, webinar dan memperbanyakkan penyelidikan dalam bidang koperasi selaras dengan usaha menjadikan AURA sebagai pusat rujukan dan kecemerlangan koperasi. Selaras dengan maklum balas daripada program yang telah dijalankan pada tahun 2021 dan diikuti pula program secara berfasa pada tahun 2022, satu analisis berkaitan dengan penganjuran program telah dilakukan dan dijadikan sebagai penanda aras untuk penambahbaikan dan juga cadangan pada tahun seterusnya. Analisis tersebut penting bagi memastikan pengisian modul program bertepatan dengan permintaan koperasi. Selain itu, program tersebut selari dengan polisi dan standard yang telah ditetapkan supaya koperasi mengikut laluan yang betul bagi mencapai objektif dan sasaran yang ditetapkan. Bagi memantapkan sesi program yang dirancang, latihan juga diberikan untuk memastikan koperasi mendapat pendedahan secara teori dan praktikal untuk pembangunan koperasi secara menyeluruh. Kajian rintis juga telah dilakukan kepada beberapa koperasi yang terdiri daripada koperasi besar, sederhana, kecil dan mikro untuk mendapatkan maklum balas berkaitan dengan kemahiran dan teknik yang diperlukan untuk pengurusan dan operasi dalam koperasi. Melalui program dan latihan yang diberikan, koperasi dapat mewujudkan satu ekosistem dan sistem sokongan bersama secara bersepadu untuk memartabatkan pembangunan gerakan koperasi di Malaysia. Kesimpulannya, AURA yang kini memasuki tahun kedua penubuhannya dengan pelaksanaan aktiviti awal lebih berfokus kepada usaha pembangunan modal insan terutamanya dalam bidang keusahawanan selari dengan aspirasi kerajaan seperti yang dinyatakan dalam Dasar Keusahawanan Nasional (DKN 2030).
Ahli Jawatankuasa Pemandu AURA Wakil ANGKASA:
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (Pengerusi Bersama)
Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik
Dr. Mohd Azlan Yahya
Encik Hasnan Haji Mustapha (Setiausaha Kerja)
Haji Anuar Bulin
Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh
Wakil UMK:
Prof. Dr. Razli Che Razak (Pengerusi Bersama)
Prof.Dr. Ts. Arham Abdullah
Prof. Dr. Roselina Ahmad Saufi
Prof. Madya Dr. Mohd Nor Hakimin Yusoff
Dr. Ahmad Ridhuwan Abdullah Dr. Noor Raihani Zainol
Prof. Dr. Mohammad Ismail
Sejajar dengan pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TRANSKoM 2021-2025), AURA mempunyai matlamat untuk membantu koperasi sebagai sektor yang menyumbang kepada ekonomi negara dan pembangunan setempat. Secara tidak langsung, usaha tersebut dapat membantu kerajaaan mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG’s). AURA bersama ANGKASA juga turut menganjurkan program yang mengupas isu-isu dan cabaran dalam koperasi dengan pendedahan dan topik terkini yang disampaikan oleh panel yang berpengalaman. Program tersebut termasuklah webinar; siri syarahan; seminar; latihan kepimpinan dan latihan keusahawanan. Tujuan utama program adalah untuk membantu koperasi mentadbir urus operasi dan juga pengurusan dengan lebih efisyen yang bukan sekadar bergantung kepada teori semata-mata. Program tersebut bukan hanya menyasarkan anggota koperasi, malah turut melibatkan Anggota Lembaga Koperasi di Malaysia. Kebanyakan peserta terdiri daripada wakil koperasi daripada pelbagai sektor di seluruh negara. Panel jemputan atau penceramah pula terdiri dalam kalangan industri koperasi itu sendiri, ahli akademik dan juga daripada agensi yang berkaitan dengan koperasi. Pengisian modul program juga padat dengan maklumat yang terkini dan lebih inovatif untuk pemodenan koperasi yang merangkumi operasi; pengurusan; kepimpinan dan teknologi.
Ahli Jawatankuasa Pelaksana AURA
Wakil ANGKASA: 1. Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik – Pengerusi Bersama 2. Dr. Mohd. Azlan Yahya 3. Encik Wan Mohamad Zain Wan Abdullah 4. Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh 5. Encik Hasnan Haji Mustapha (Setiausaha Kerja) 6. Haji Anuar Bulin 7. Haji Rahim Abdul Rahman 8. Encik Halim Haji Ibrahim 9. Encik Ahmad Marzuki Ismail 10. Encik Mohd Ismail Ibrahim Wakil UMK: 1. Prof. Dr. Ts. Arham Abdullah – Pengerusi Bersama 2. Prof. Dr. Roselina Ahmad Saufi 3. Prof. Madya Dr. Mohd Nor Hakimin Yusoff 4. Dr. Ahmad Ridhuwan Abdullah 5. Dr. Noor Raihani Zainol (Setiausaha Kerja) PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN KOPERASI AURA merupakan sebuah pusat penyelidikan yang menjadi pusat rujukan dan pemindahan ilmu yang berasaskan penyelidikan, penerbitan, latihan dan perundingan dalam bidang koperasi dan keusahawanan sosial. AURA juga berperanan sebagai pusat rujukan bagi pembangunan koperasi yang beroperasi di UMK.
7
AURA Fokus Tingkatkan Kapasiti Keusahawanan
Oleh: Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA
Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pemandu AURA
AURA mampu berperanan sebagai pusat kecemerlangan koperasi yang memberi fokus kepada pembangunan kapasiti keusahawanan, kepimpinan dan perniagaan untuk koperasi yang masih kurang berkemahiran dalam lapangan atau aktiviti yang diceburi. Perkara tersebut juga sesuai dengan kepakaran UMK sebagai universiti yang ditubuhkan khusus untuk menerajui pendidikan keusahawanan negara dan ANGKASA sebagai badan puncak yang menerajui pembangunan perniagaan koperasi khususnya dalam meningkatkan kemahiran keusahawanan selaras dengan pendigitalan dunia perniagaan hari ini. AURA telah mengambil langkah proaktif melaksanakan Kursus Pemerkasaan Kepimpinan Keusahawanan untuk kepimpinan dan pengurusan tertinggi ANGKASA di Langkawi sebagai projek rintis yang mana pada pandangan saya, kursus tersebut wajar diperluas kepada koperasi. Saya difahamkan kursus Pemerkasaan Kepimpinan Koperasi itu telah diinovasikan melibatkan kepakaran UMK, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan ANGKASA yang bakal dilaksanakan pada tahun ini melalui Bahagian Pembangunan Sumber Manusia ANGKASA dengan kerjasama AURA. Apa yang menariknya, kursus tersebut bukan sahaja terbuka kepada pengurusan koperasi (JAD, ALK dan Pengurusan) tetapi juga pengurusan di peringkat kementerian dan agensi berkaitan (KUSKOP, SKM, IKMa, ANGKASA), GLC dan rakan strategik ANGKASA. Ini bagi membentuk integrasi; kesatuan; kesepaduan dan kerjasama serta muafakat yang tinggi dalam menggerakkan pencapaian dan kemajuan gerakan koperasi selaras dengan Aspirasi Koperasi Malaysia dan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025. Keduanya, menggerakkan secepat mungkin dan memperkasakan penyelidikan dalam bidang koperasi yang masih kurang dan belum diteroka sepenuhnya. Gerakan koperasi dan ANGKASA memerlukan kepakaran UMK dalam menjalankan dan menghasilkan penyelidikan bersama yang berkredibiliti dalam bidang koperasi. Pencapaian penyelidikan bertaraf nasional dan antarabangsa juga diharap dapat memberikan sumbangan kepada kemajuan koperasi sekali gus meletakkan AURA sebagai pusat rujukan dan kecemerlangan koperasi di Malaysia, sejajar dengan matlamat utama penubuhannya. Saya percaya, AURA telah menggariskan penyelidikan koperasi sebagai keutamaan dalam perancangan tahun 2022. Saya juga amat berharap agar AURA dapat berkolaborasi dengan
IKMa bagi menjalankan penyelidikan kajian kes berkaitan Koperasi Kariah Masjid (KKM) dalam masa terdekat selaras dengan resolusi yang dipersetujui semasa Persidangan Koperasi Kariah Masjid Peringkat Kebangsaan 2022. Saya juga berharap penyelidikan mengenai koperasi dapat diperhebatkan dalam sektor- sektor utama koperasi. Data dan penemuan ini bukan sahaja berguna dan menjadi asas penting dalam membuat keputusan dalam merancang pembangunan dan memajukan koperasi tetapi berguna dalam memperkayakan sumber rujukan dalam bidang koperasi untuk tatapan masyarakat umum dan generasi akan datang. Ketiga, AURA menjadi ‘pintu’ atau jaringan penghubung dalam mempromosikan dan menarik golongan belia siswazah menceburkan diri dalam penubuhan dan perniagaan koperasi. Pada peringkat pertama mungkin boleh dianjurkan ‘Talk Series’ bertemakan ‘Koperasi Untuk Semua’ selama setengah hari kepada pelajar keusahawanan dan perniagaan tahun akhir. Bagi projek rintis, saya sarankan supaya memberi fokus pada pelajar UMK dahulu. Fokus pengisian pada topik kelebihan berkoperasi, koperasi sebagai pilihan perniagaan, cara-cara menubuhkan koperasi dan perkongsian koperator yang berjaya dalam perniagaan koperasi. Pelajar- pelajar yang berminat akan dibimbing dalam menubuh dan menjalankan perniagaan koperasi melalui program inkubator. Keempat, memperbanyakkan penerbitan dalam bidang koperasi dalam pelbagai bentuk seperti melalui penerbitan ilmiah; buku; jurnal dan didaftarkan dalam data katalog negara untuk rujukan dan pengembangan ilmu koperasi. Saya difahamkan usaha ini sedang dilakukan oleh AURA melalui penerbitan buku kompilasi 10 webinar AURA yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2021. AURA sedang merancang untuk memperbanyakkan lagi penerbitan berkenaan koperasi khususnya dalam bentuk penyelidikan. AURA juga boleh melaksanakan projek pembangunan standard koperasi; program kepimpinan korporat koperasi; program berkonsepkan ‘business coaching’ dan program ekonomi berimpak tinggi yang menyokong koperasi dalam sektor pertanian; kewangan; kesihatan, tenaga dan teknologi maklumat. Pengukuhan perniagaan koperasi boleh dilakukan dalam beberapa cara seperti tadbir urus, pengurusan kewangan, prestasi pasaran dan penglibatan belia. Selain itu, bagi menjayakan usaha tersebut, AURA perlu memupuk dan memperkasakan kerjasama dengan rakan strategik lain seperti KUSKOP, SKM dan IKMa dalam menjayakan
program melalui kumpulan kerja teknikal, penyelidikan bersama koperasi, agenda pembelajaran yang direka bentuk bersama dan penyebaran sumber pembangunan koperasi melalui medium yang mudah diakses oleh koperasi. Bagi menyokong dan mengembangkan perniagaan dan produk koperasi, UMK melalui AURA boleh membuka peluang kepada usahawan kecil dan koperasi untuk mendapat perkhidmatan dan kepakaran universiti dari pelbagai aspek perniagaan. Misalnya diadakan sesi pertemuan dengan usahawan dan koperasi untuk mereka membentangkan produk di universiti yang dihadiri pelajar keusahawanan dan perniagaan; universiti; pelabur dan pakar teknologi; inovasi; produk dan perniagaan universiti bagi membantu menaik taraf produk tersebut supaya dapat memasuki pasaran tempatan dan antarabangsa. Bagi produk yang memerlukan nilai tambah, univerisiti boleh menyerahkan projek tersebut kepada pelajar untuk dinaiktaraf sehingga berjaya dipasarkan. Kaedah tersebut bukan sahaja dapat mendekatkan usahawan dengan universiti, malah dalam masa yang sama memberi peluang kepada pelajar membangunkan daya kreativiti dan inovasi yang mereka pelajari melalui projek tersebut. AURA telah menjalankan peranan seperti yang telah ditetapkan tetapi perlu mempertingkatkan lagi usaha bagi meningkatkan kemahiran keusahawanan dan perniagaan koperasi di negara ini. Saya berharap agar AURA dapat merancakkan lagi bidang baharu yang diperlukan koperasi, di samping menjana bidang kerjasama baharu yang dapat memberi impak dan manfaat. Ini bagi melahirkan modal insan koperasi yang berilmu dan berkemahiran tinggi dalam bidang perniagaan dan keusahawanan yang akhirnya dapat membangunkan perniagaan koperasi dan ekonomi negara serta memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhannya.
8
AURA - ANGKASA Perkukuh Kerjasama Bidang Penyelidikan Koperasi Wawancara bersama Prof. Dr. Razli Che Razak Naib Canselor UMK Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pemandu AURA
Oleh NOR AZAH ABD. AZIZ
Apakah manfaat AURA kepada UMK, ANGKASA dan gerakan koperasi? Terima kasih atas ucapan. Semoga dengan pelantikan ini dapat membantu untuk melonjakkan AURA sebagai sebuah pusat rujukan dalam bidang berkaitan koperasi. AURA mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan sebagai pusat rujukan utama gerakan koperasi. AURA telah berjaya menganjurkan 33 program pada tahun 2021 dan juga Latihan Kepimpinan Keusahawanan untuk Anggota Lembaga Koperasi (ALK). AURA juga telah menunjukkan prestasi yang baik dengan penambahan struktur, penglibatan dalam kajian koperasi, dan juga pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan koperasi. Perkembangan AURA juga adalah bertepatan dengan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia yang memacu kepada pembangunan sosioekonomi negara. AURA dilihat sebagai satu platform untuk memperkasakan koperasi melalui aktiviti/program yang dijalankan merangkumi pemindahan ilmu, kajian kes, dan pelbagai lagi. Dengan penubuhan AURA, pelbagai aktiviti dan konsultasi dapat dilakukan untuk memberikan khidmat kepakaran khususnya kepada koperasi sederhana, kecil, dan mikro untuk memastikan kelangsungan perniagaan. AURA perlu memikirkan perancangan pembangunan dan transformasi sektor koperasi dengan kerjasama bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan agensi-agensi yang terlibat. Melalui jalinan kerjasama tersebut dan saling membantu, ia bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi anggota koperasi, malahan dapat meningkatkan ekonomi negara sekali gus meningkatkan kesejahteraan dan sosioekonomi masyarakat setempat. Tujuan utama penubuhan AURA adalah untuk menjadi pusat rujukan dan pemindahan ilmu dalam bidang koperasi. Bagaimanakah hasrat ini dapat direalisasikan? Hasrat ini dapat dicapai melalui perancangan yang strategik antara pihak ANGKASA dan juga pihak AURA dengan kerjasama SKM, IKMa dan Sebelum itu PELANCAR mengucapkan tahniah atas pelantikan Prof. sebagai Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pemandu AURA.
Prof. Dr. Razli Che Razak Naib Canselor UMK Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pemandu AURA
agensi lain yang memberi tumpuan kepada isu dan cabaran yang terkini. Ekosistem koperasi tersebut dapat diwujudkan sebagai tarikan kepada koperasi yang lain untuk mewujudkan persekitaran yang produktif. AURA harus mempunyai kekuatan tersebut untuk memastikan kewujudan dan peranannya diketahui serta difahami oleh masyarakat dan orang lain. UMK juga akan membantu AURA untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan dari segi dana dan juga kepakaran atau sumber yang ada. AURA juga perlu melibatkan diri dengan gerakan koperasi untuk memastikan program yang akan dianjurkan nanti bersesuaian dan mengikut perkembangan semasa koperasi. Melalui penglibatan AURA dalam penyelidikan yang memfokuskan pelbagai sektor koperasi memberikan banyak input dan maklumat terutamanya dalam operasi, pengurusan, kewangan dan perundangan.
Maklumat ini penting untuk memastikan model perniagaan, tadbir urus dan kemajuan teknologi seiring dengan perkembangan semasa untuk kelestarian jangka panjang. AURA juga perlu bersikap terbuka dengan meluaskan rangkaian kerjasama yang bukan sahaja di peringkat tempatan, malah di peringkat antarabangsa. Pada pandangan Prof., apakah kepakaran yang boleh UMK sumbangkan dalam pembangunan gerakan koperasi di negara ini? Kepakaran tenaga pengajar terutama dalam bidang yang berkaitan dengan keusahawanan. Penglibatan aktif pensyarah dalam penerbitan, penyelidikan dan seminar merupakan satu
Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman menyampaikan cenderamata berupa produk koperasi kepada Prof. Dr. Razli selepas mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ANGKASA-AURA pada 12 Mei 2022.
9
kaedah untuk mempromosikan koperasi dan memberikan pendedahan dari segi maklumat, operasi dan tadbir urus yang berkaitan dengan koperasi. Kreativiti dan inovasi mahasiswa boleh menghasilkan idea produk atau penyelesaian kepada permasalahan tersebut. Penglibatan pelajar bersama dengan koperasi yang tersenarai dapat memberikan pendedahan kepada pelajar dan pada masa yang sama dapat membantu koperasi kecil dan mikro untuk terus kompeten. UMK juga menawarkan subjek program yang bersesuaian dengan bidang koperasi untuk memastikan kesesuaian koperasi dalam konteks usahawan. Program yang ditawarkan juga akan menghasilkan pelajar yang mempunyai daya pemikiran keusahawanan dan cenderung menjadi usahawan. UMK merupakan universiti yang berteraskan keusahawanan yang mempunyai tenaga kepakaran
dalam penyediaan latihan, inkubator dan juga perundingan dalam aktiviti keusahawanan. Kebanyakan tenaga pengajar mempunyai pengalaman yang luas dan terlibat dalam penyediaan modul latihan berkaitan dengan keusahawanan. Bagaimanakah AURA dapat menyahut mandat yang diutarakan melalui Dasar Keusahawanan Negara (DKN2030) dan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030)? Dasar penubuhan AURA adalah berpandukan kepada DKN2030 dan juga WKB2030 untuk memastikangerakankoperasidapatdibangunkan selaras dengan kemajuan sebagai penyumbang kepada ekonomi negara. Koperasi juga merupakan sebahagian daripada keusahawanan sosial yang mana sosialnya menjurus kepada kebajikan anggota dan dalam masa yang sama, membantu masyarakat setempat melalui penawaran produk atau perkhidmatan. Justeru, koperasi itu sendiri mempunyai misi sosial yang perlu dilakukan sebagai tanggungjawab kepada anggota dan masyarakat. Di negara luar, koperasi menjadi pemangkin kepada perusahaan sosial untuk terus berkembang bagi membantu kerajaan menyelesaikan masalah sosial di Malaysia. Sehubungan itu, AURA sentiasa memastikan visi dan objektif yang ditetapkan adalah selari dengan DKN 2030 dan WKB2030. Ini termasuklah program yang dirancang menekankan kesejahteraan dan kelestarian bukan sahaja kepada koperasi malahan kepada anggota koperasi yang terdiri daripada koperasi besar, koperasi sederhana, koperasi kecil dan koperasi mikro. Pelbagai penyelidikan juga akan dilakukan terutama dari segi pengurusan dan tahap
pencapaian koperasi untuk memastikan semua koperasi memainkan peranan dalam ekonomi setempat dan juga negara. Apakah contoh program yang boleh dilaksanakan AURA dalam memperkasakan pembangunan dan kelestarian gerakan koperasi di negara ini? Program webinar atau seminar bersiri yang menjemput panel berpengalaman dalam bidang koperasi dan industri yang terlibat dengan koperasi sama ada secara langsung atau tidak langsung. Konvensyen yang melibatkan pelbagai pakar dalam tadbir urus dan operasi koperasi yang terdiri daripada industri dan juga institusi. Latihan kepimpinan keusahawanan yang menekankan kepada pemimpin yang mempunyai ciri-ciri dan berminda usahawan. Program chit-chat bersama usahawan koperasi untuk mendapatkan input dan maklumat daripada koperasi yang terdiri daripada sektor yang berlainan. Apakah harapan Prof. terhadap masa depan AURA? Harapan saya adalah untuk melihat AURA menjadi sebuah pusat rujukan unggul kepada gerakan koperasi di Malaysia. AURA juga diharapkan dapat mewujudkan ekosistem yang mampan dalam pembangunan yang lebih terbuka dan inovatif bagi melahirkan generasi perintis dalam koperasi. AURA juga akan sentiasa berdedikasi dan bersemangat untuk membangunkan koperasi dengan memperbanyakkan penglibatan koperasi sebagai pemangkin kepada ekonomi negara.
Rakan Strategik
Memperkenalkan Sistem Dalam Talian (Online)
Harga Berpatutan, Jom Sertai Kami!!
Sayang keluarga, Rancang Harta. Perancangan hari ini kebahagiaan masa hadapan.
www.myangkasaamanah.com.my
Untuk Hubungi / Maklumat Lanjut
C-504 Blok C Glomac Busines Centre Jalan SS 6/1 Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor
admin@myangkasaamanah.com.my www.myangkasaamanah.com.my
myangkasaamanahberhad myangkasaamanah
03-7887 5600 /4300 09-7887 2300
10
AURA Pusat Kecemerlangan Koperasi
Pengurus Besar Bahagian Sekretariat ANGKASA Ahli Jawatankuasa Pemandu AURA Oleh HAJI ANUAR BULIN
ANGKASA sendiri mengambil inisiatif menaja tiga orang pelajar menyambung pengajian di peringkat PhD di UMK dalam bidang yang ada kepentingan kepada ANGKASA dan koperasi. Selain itu, buat masa sekarang AURA sedang mengadakan perbincangan lebih lanjut bersama pihak IKMa dan SKM bagi melaksanakan kajian kes mengenai koperasi kariah masjid. Kajian ini dijalankan melalui kerjasama antara AURA, ANGKASA, IKMa dan SKM. Usaha ini bagi meningkatkan lagi kajian dalam bidang koperasi yang mana penemuannya boleh digunakan untuk pembangunan koperasi dengan lebih berkesan di masa hadapan. Di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, pihak AURA telah menghantar cadangan permohonan penyelidikan kepada beberapa universiti seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universitas Mercu Buana, Jogjakarta Indonesia dan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mendapat geran penyelidikan. Ini bagi mewujudkan jaringan atau kolabrasi penyelidikan sama ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan memberi fokus kepada kerjasama penyelidikan di peringkat negara ASEAN. Penyelidikan adalah kriteria utama yang perlu dipenuhi AURA dalam meletakkannya sebagai pusat kecemerlangan koperasi dengan mempunyai kepakaran dan mempunyai penyelidikan multi- disiplin dalam bidang koperasi yang dikenal pasti ANGKASA/AURA yang berkualiti tinggi, beriltizam dan berterusan. Dalam konteks ini, gandingan industri (ANGKASA/koperasi), universiti (UMK) dan agensi (SKM/IKMa) mampu memberi impak besar kepada penemuan baru yang boleh memberi kesan besar kepada kemajuan dan perubahan landskap gerakan koperasi negara ini. AURA akan memperhebatkan penyelidikan dalam bidang koperasi yang menjadi teras utama dan berusaha mendapatkan geran yang lebih besar pada masa hadapan bagi menampung segala kos pentadbiran di samping menjana pendapatan. Geran berfokus dari sumber tertentu
seperti kerajaan, agensi dalam dan luar negara bagi menjayakan program penyelidikan. Fokus penyelidikan dalam bidang yang ada kepentingan untuk gerakan koperasi, masyarakat dan negara serta boleh dikomersialkan bagi menjana pendapatan AURA. Dari segi kepimpinan dan kelestarian modal insan, AURA telah mengenal pasti kepimpinan dan ahli penyelidik yang akan berada di pusat kecemerlangan ini sama ada daripada pihak UMK, ANGKASA, IKMa atau pihak luar. Kepimpinan AURA diterajui oleh pengurusan tertinggi ANGKASA dan UMK yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing bersesuaian dengan keperluan koperasi. AURA yang beribu pejabat di UMK, Pengkalan Chepa juga mempunyai pengarah, dua orang felow bersekutu dan tiga orang pembantu tadbir. UMK telah mewujudkan pejabat AURA yang telah beroperasi sepenuhnya dan bakal dirasmikan pada tahun ini. Selain menjalankan fungsi penyelidikan bidang koperasi, AURA juga akan menyediakan platform kepada pengurusan ANGKASA dan agensi pembangunan koperasi untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falasafah (PhD) dalam bidang koperasi; melaksanakan latihan yang berkaitan kepimpinan, keusahawanan dan inovasi koperasi; melaksanakan program ‘ Training of Trainers (TOT) untuk pegawai-pegawai ANGKASA dalam bidang keusahawanan dan inovasi; sebagai perunding kepada ANGKASA untuk bidang keusahawanan koperasi dan pembangunan data raya sektor koperasi; menganjurkan seminar dan konvensyen bertaraf nasional dan antarabangsa berkaitan keusahawanan koperasi; dan lain-lain program atau projek yang ditentukan dari semasa kesemasa. Diharapkan AURA akan menjadi pusat kecemerlangan koperasi yang unggul berteraskan penyelidikan yang menjadi pemangkin kelestarian koperasi.
AURA merupakan institusi ataupun pusat penyelidikan milik bersama ANGKASA dan UMK yang ditubuhkan dengan matlamat untuk menjadi pusat rujukan kecemerlangan koperasi. Sebagai pusat kecemerlangan, AURA akan menjadi pusat pengembangan ilmu koperasi yang menggabungkan kepakaran dan kemahiran yang asli dan rintis bagi memberikan kepimpinan ilmu dalam bentuk penggubalan dasar dan inovasi yang memberi impak kepada kemajuan dan kelestarian koperasi di negara ini. Perkara ini penting supaya gerakan koperasi di negara ini releven dengan keadaan semasa dan dapat terus memberi sumbangan yang berkesan kepada pembangunan masyarakat dan negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Penubuhan AURA penting untuk pembangunan koperasi khususnya dalam bidang kepimpinan, keusahawanan dan penyelidikan selaras aspirasi nasional untuk memperkasakan lagi kerjasama strategik antara industri dan institusi pendidikan tinggi dalam pembangunan sosioekonomi negara. Kajian dalam bidang koperasi masih banyak yang belum diterokai sepenuhnya dan memerlukan kepakaran dan kerjasama daripada pihak universiti dan penyelidik profesional. Justeru, melalui AURA kepakaran UMK sebagai universiti keusahawanan negara akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan ini. Penubuhan AURA dapat meningkatkan sumbangan UMK dalam penyelidikan dan pendidikan khususnya keusahawanan koperasi sebagai satu cabang keusahawanan sosial. Perkara itu menjadi tonggak kegiatan akademik terutama penyelidikan dan inovasi. Sejajar dengan itu, AURA sedang bergerak untuk mencapai tahap itu melalui fungsi yang dijalankan antaranya meningkatkan penyelidikan dalam bidang terpilih koperasi yang diperlukan masa kini.
Sesi Libat Urus Bersama 100 Koperasi Terbaik bagi mendapat maklumbalas mengenai Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi yang sedang dibangunkan ANGKASA bersama SKM dan IKMa dengan UMK sebagai perunding.
11
Inovasi Memperkasakan Kepimpinan Koperasi
Peserta terlibat dalam bengkel kursus kepimpinan koperasi di Pulau Langkawi pada 27 hingga 29 November 2021.
Dr. Mohd Azlan Yahaya Anggota Lembaga ANGKASA Ahli Jawatankuasa Pemandu AURA
Oleh SAFINAH SAUPI
menampilkan konsep baharu dengan beberapa penambahbaikan yang mengambil kira semua aspek yang sesuai untuk latihan kepimpinan. Dari segi pemilihan tempat. "Kursus CLP kedua akan dibuat di Pusat Latihan UPNM yang mempunyai fasiliti ketenteraan sesuai untuk latihan kepimpinan. Kursus ini diubah suai dengan memasukkan aktiviti fizikal luar dan tidak tertumpu dalam kelas kuliah semata-mata. Kepakaran tenaga pengajar akan digandingkan dengan pihak UMK ataupun AURA dengan UPNM supaya lebih menarik bagi keseimbangan aktiviti fizikal dan mental," ujar beliau. Sasaran peserta daripada kalangan JAD, Pengurus Besar dan Pengurus Kanan yang belum mengikuti kursus CLP di Langkawi, Pengurus dalam ANGKASA pusat, Pengurus Negeri dan kombinasi peringkat pengurusan dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan koperasi terpilih dengan jumlah peserta 50 orang untuk satu program bagi menjamin keberkesanan kursus. Komposisi peserta meliputi 20 daripada ANGKASA, 10 SKM, 10 IKMa dan 10 koperasi. Bagi kursus CLP kedua ini, Bahagian Kepimpinan Modal Insan dan Keusahawanan (BPKMIK) akan mengenal pasti koperasi untuk dijemput menghantar pihak pengurusan mereka. Antara koperasi yang akan ditawarkan untuk menyertai kursus ini ialah Coop Bank Pertama; Bank Rakyat; koperasi FELDA; koperasi FELCRA; koperasi Tentera dan KOHIJRAH. SKM akan mengeluarkan surat jemputan kepada koperasi tersebut. Satu
mesyuarat penyelarasan pelaksanaan kursus ini bersama agensi yang terlibat akan diadakan bagi keberkesanan pelaksanaan kursus ini. Urusetia bagi kursus CLP adalah Bahagian Sekretariat, BPKMIK dan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia ANGKASA kerana kursus ini akan menjadi sebahagian daripada pembangunan modal insan ANGKASA dan koperasi. Kolaborasi dalam pelaksanaan kursus dan penyertaan ANGKASA, agensi dan koperasi bermatlamat untuk merapatkan kesaling hubungan, penyatuan, kerjasama dan membentuk permuafakatan dalam gerak kerja dan tindakan. Usaha ini bagi menjadikan gerakan koperasi sebagai penyumbang berkesan kepada pembangunan sosioekonomi negara yang makmur, inklusif dan mampan selaras dengan Aspirasi Koperasi Malaysia. Dari segi pengisian, kursus selama tiga hari, dua malam akan diisi dengan slot seperti dialog bersama pemimpin koperasi; TransKoM; kepimpinan dan integriti dalam koperasi; motivasi dan aktiviti fizikal. Sekiranya kursus ini berjaya, model ini akan diletakkan di bawah program Aspirasi Koperasi Malaysia dan dilaksanakan untuk kumpulan seterusnya yang terdiri daripada Pengurus Negeri, SKM negeri, IKMa negeri dan koperasi mengikut negeri. Ini merupakan inovasi dalam kaedah pelaksanaan kursus pemerkasaan koperasi yang belum pernah dilaksanakan sebelum ini. Satu usaha untuk meningkatkan interaksi antara agensi berkaitan pembangunan koperasi dengan ANGKASA
Mengasah bakat kepimpinan adalah merupakan satu usaha yang tiada hentinya. Usaha ini sentiasa perlu diperhebatkan demi membina dan melahirkan kepimpinan yang dapat membawa koperasi mendepani cabaran baharu, memenuhi keperluan semasa dan seterusnya menjadikan koperasi berprestasi tinggi. Ini kerana kepimpinan adalah satu komponen penting dalam meningkatkan daya saing dan merupakan titik permulaan pembangunan sesebuah organisasi termasuk koperasi. Unsur penting kepimpinan yang perlu dimajukan adalah pemimpin yang berwawasan. Kepimpinan berwawasan yang mampu mengembangkan institusi, imaginasi dan kreativiti untuk menjana pendapatan dan meningkatkan kemajuan koperasi. Justeru, menyedari pentingnya mengasah bakat kepimpinan koperasi secara berterusan dengan ilmu baharu, di samping memperkukuh daya tahan fizikal dan mental, ANGKASA dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui AURA dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bakal berkolaborasi menjayakan Kursus Kepimpinan Koperasi kedua (Cooperative Leadership Program – CLP) yang akan dilaksanakan Ogos ini. Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahaya berkata, kursus ini merupakan hasil kejayaan CLP pertama yang dianjurkan di Pulau Langkawi, khusus untuk kepimpinan dan pengurusan tertinggi ANGKASA yang menggunakan kepakaran UMK. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapan semasa penutupan kursus tersebut menyarankan kursus CLP diperluas untuk pengurusan dan Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA dan seterusnya kepada koperasi. Katanya, bagi meningkatkan keberkesanan kursus ini, ANGKASA
dan koperasi yang terlibat. Selain itu, kursus ini merupakan peluang ke pada pengurusan yang terlibat dalam mem beri latihan dan pen didikan koperasi untuk mendapatkan latihan serta kemahiran. Harapan ANGKASA, program CLP akan menjadi projek berterusan dan boleh diperkenalkan di peringkat koperasi an tarabangsa dengan fokus koperasi serumpun di bawah A SEAN Co- Operative Organization (ACO).
Peserta bergambar pada kursus Pemerkasaan Kepimpinan Keusahawanan untuk kepimpinan dan pengurusan tertinggi ANGKASA di Pulau Langkawi , pada 27 hingga 29 November 2021.
12 ANGKASA
JUN 2022
Promosi Pelancongan Koperasi Sabah ke Peringkat Global B2B Coops’ Tourism – Semporna & Lahad Datu The Hidden Mirror of Sabah
Pemandangan menarik di Pulau Semporna, Sabah.
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Platform media sosial dan e-dagang wajar dikembangkan dari sudut saluran informasi dan pengiklanan selaras dengan usaha untuk mempromosikan pelancongan koperasi. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyatakan, platform media sosial semakin berkembang dan sesuai bagi tujuan promosi dan sebagai usaha terbaik memajukan sektor pelancongan koperasi. Beliau yang juga Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia Pasifik (ICA-AP) berkata, negeri Sabah merupakan permata pelancongan Asia bertaraf dunia yang wajar diteroka dan diketengahkan di peringkat global. Katanya, Sabah yang terkenal sebagai lokasi pelancongan dengan tarikan alam semulajadi yang mempersonakan juga memiliki pelbagai khazanah seni, kebudayaan dan cara hidup suku kaum serta etnik. Kelebihan tersebut sekiranya dapat dipromosikan secara kreatif oleh koperasi menerusi platform media sosial, mampu menarik minat dan meningkatkan jumlah kehadiran pelancong.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ketika menyampaikan ucapan perasmian.
impak kewangan yang lebih tinggi seterusnya menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara. “ANGKASA komited membantu koperasi berkaitan industri pelancongan untuk mencari peluang di peringkat rantau ASEAN dan juga dunia melalui jaringan ACO, ICA-AP dan ICA supaya kedudukan Sabah sebagai hab pelancongan terus diperkukuhkan,” ujarnya.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian webinar Program B2B Coops Tourism Semporna dan Lahad Datu – The Hidden Mirror of Sabah yang diadakan secara maya pada 10 Jun 2022. Katanya, ANGKASA sentiasa mencari ruang dan peluang perniagaan sehingga ke pasaran antarabangsa supaya koperasi dapat meneroka segmen yang lebih besar dan menjana
Keindahan memukau Pulau Buta, Lahad Datu, Sabah.
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease