10
AURA Pusat Kecemerlangan Koperasi
Pengurus Besar Bahagian Sekretariat ANGKASA Ahli Jawatankuasa Pemandu AURA Oleh HAJI ANUAR BULIN
ANGKASA sendiri mengambil inisiatif menaja tiga orang pelajar menyambung pengajian di peringkat PhD di UMK dalam bidang yang ada kepentingan kepada ANGKASA dan koperasi. Selain itu, buat masa sekarang AURA sedang mengadakan perbincangan lebih lanjut bersama pihak IKMa dan SKM bagi melaksanakan kajian kes mengenai koperasi kariah masjid. Kajian ini dijalankan melalui kerjasama antara AURA, ANGKASA, IKMa dan SKM. Usaha ini bagi meningkatkan lagi kajian dalam bidang koperasi yang mana penemuannya boleh digunakan untuk pembangunan koperasi dengan lebih berkesan di masa hadapan. Di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, pihak AURA telah menghantar cadangan permohonan penyelidikan kepada beberapa universiti seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universitas Mercu Buana, Jogjakarta Indonesia dan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mendapat geran penyelidikan. Ini bagi mewujudkan jaringan atau kolabrasi penyelidikan sama ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan memberi fokus kepada kerjasama penyelidikan di peringkat negara ASEAN. Penyelidikan adalah kriteria utama yang perlu dipenuhi AURA dalam meletakkannya sebagai pusat kecemerlangan koperasi dengan mempunyai kepakaran dan mempunyai penyelidikan multi- disiplin dalam bidang koperasi yang dikenal pasti ANGKASA/AURA yang berkualiti tinggi, beriltizam dan berterusan. Dalam konteks ini, gandingan industri (ANGKASA/koperasi), universiti (UMK) dan agensi (SKM/IKMa) mampu memberi impak besar kepada penemuan baru yang boleh memberi kesan besar kepada kemajuan dan perubahan landskap gerakan koperasi negara ini. AURA akan memperhebatkan penyelidikan dalam bidang koperasi yang menjadi teras utama dan berusaha mendapatkan geran yang lebih besar pada masa hadapan bagi menampung segala kos pentadbiran di samping menjana pendapatan. Geran berfokus dari sumber tertentu
seperti kerajaan, agensi dalam dan luar negara bagi menjayakan program penyelidikan. Fokus penyelidikan dalam bidang yang ada kepentingan untuk gerakan koperasi, masyarakat dan negara serta boleh dikomersialkan bagi menjana pendapatan AURA. Dari segi kepimpinan dan kelestarian modal insan, AURA telah mengenal pasti kepimpinan dan ahli penyelidik yang akan berada di pusat kecemerlangan ini sama ada daripada pihak UMK, ANGKASA, IKMa atau pihak luar. Kepimpinan AURA diterajui oleh pengurusan tertinggi ANGKASA dan UMK yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing bersesuaian dengan keperluan koperasi. AURA yang beribu pejabat di UMK, Pengkalan Chepa juga mempunyai pengarah, dua orang felow bersekutu dan tiga orang pembantu tadbir. UMK telah mewujudkan pejabat AURA yang telah beroperasi sepenuhnya dan bakal dirasmikan pada tahun ini. Selain menjalankan fungsi penyelidikan bidang koperasi, AURA juga akan menyediakan platform kepada pengurusan ANGKASA dan agensi pembangunan koperasi untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falasafah (PhD) dalam bidang koperasi; melaksanakan latihan yang berkaitan kepimpinan, keusahawanan dan inovasi koperasi; melaksanakan program ‘ Training of Trainers (TOT) untuk pegawai-pegawai ANGKASA dalam bidang keusahawanan dan inovasi; sebagai perunding kepada ANGKASA untuk bidang keusahawanan koperasi dan pembangunan data raya sektor koperasi; menganjurkan seminar dan konvensyen bertaraf nasional dan antarabangsa berkaitan keusahawanan koperasi; dan lain-lain program atau projek yang ditentukan dari semasa kesemasa. Diharapkan AURA akan menjadi pusat kecemerlangan koperasi yang unggul berteraskan penyelidikan yang menjadi pemangkin kelestarian koperasi.
AURA merupakan institusi ataupun pusat penyelidikan milik bersama ANGKASA dan UMK yang ditubuhkan dengan matlamat untuk menjadi pusat rujukan kecemerlangan koperasi. Sebagai pusat kecemerlangan, AURA akan menjadi pusat pengembangan ilmu koperasi yang menggabungkan kepakaran dan kemahiran yang asli dan rintis bagi memberikan kepimpinan ilmu dalam bentuk penggubalan dasar dan inovasi yang memberi impak kepada kemajuan dan kelestarian koperasi di negara ini. Perkara ini penting supaya gerakan koperasi di negara ini releven dengan keadaan semasa dan dapat terus memberi sumbangan yang berkesan kepada pembangunan masyarakat dan negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Penubuhan AURA penting untuk pembangunan koperasi khususnya dalam bidang kepimpinan, keusahawanan dan penyelidikan selaras aspirasi nasional untuk memperkasakan lagi kerjasama strategik antara industri dan institusi pendidikan tinggi dalam pembangunan sosioekonomi negara. Kajian dalam bidang koperasi masih banyak yang belum diterokai sepenuhnya dan memerlukan kepakaran dan kerjasama daripada pihak universiti dan penyelidik profesional. Justeru, melalui AURA kepakaran UMK sebagai universiti keusahawanan negara akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan ini. Penubuhan AURA dapat meningkatkan sumbangan UMK dalam penyelidikan dan pendidikan khususnya keusahawanan koperasi sebagai satu cabang keusahawanan sosial. Perkara itu menjadi tonggak kegiatan akademik terutama penyelidikan dan inovasi. Sejajar dengan itu, AURA sedang bergerak untuk mencapai tahap itu melalui fungsi yang dijalankan antaranya meningkatkan penyelidikan dalam bidang terpilih koperasi yang diperlukan masa kini.
Sesi Libat Urus Bersama 100 Koperasi Terbaik bagi mendapat maklumbalas mengenai Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi yang sedang dibangunkan ANGKASA bersama SKM dan IKMa dengan UMK sebagai perunding.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease